PANDUAN TUGASAN KBS 3123 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
TUGASAN 1(PORTFOLIO): 20 MARKAH
PORTFOLIO
• Portfolio
adalah dokumen yang menggambarkan proses perkembangan dan rencana pencapaian
visi di masa yang akan datang. Dalam hal akreditasi, Portfolio digunakan
sebagai instrumen penilaian yang bersifat terbuka (open-ended) dan
multipurpose. Portfolio harus disusun berdasarkan evaluasi diri melalui suatu
analisis kekuatan, kelemahan, peluang, dan tantangan (SWOT analysis) serta
mencakup informasi komprehensif tentang indikator kinerja kunci yang dinilai
(dalam hal ini adalah penyelenggaraan, aset fisik, aset finansial, aset
sumberdaya manusia, dan aset informasi). (wiki.answers.com)
Apa Itu Portfolio?
• Portfolio
merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah
usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk
penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan,
kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.(Arter & Paulson, 1990)
Definisi :
Portfolio
ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama .
Konsep
• Portfolio
atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran
tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau
rekod perkhidmatan.(Teacher Education Division, Ministry of Education Malaysia,
March 1997 ‘PETEP’; Profiling Portfolios For The Teaching Practicum, Kuala
Lumpur.)
Ciri-Ciri Portfolio
Portfolio
mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu rasional,
matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan.
Portfolio
mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia haruslah
dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sesuatu
portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa, dengan syarat ia
tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di dalamnya menggambarkan minat,
objektif pelajar. Dalam masa yang sama, ia juga menggambarkan kehendak guru dan
ibubapa.
Portfolio
seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth).
Kaedah
dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan sokongan, model dan refleksi.
Berbentuk
dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian
yang teliti.
Dijalankan
secara kolaboratif.
Terdapat
fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa,
strategi atau bentuk.
Menggalakkan
pembelajaran secara interaktif.
Kandungan
portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut
logik.
Penilaian portfolio
• Berfokus
kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
• Membolehkan
peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
• Lebih
terbuka dan seimbang.
• Dipantau
melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama
lain-lain bukti pembelajaran.
• Dijalankan
secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke
semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
Jenis-jenis portfolio
yang boleh dibina
Portfolio kerja
harian
Merupakan
bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
Contoh
: soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam
kelas.
Portfolio Hasil
Terbaik (Show Portfolio)
Dipilih
dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
Contoh
: soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul
dalam portfolio harian.
Portfolio dokumen (Documentary Portfolio)
Merupakan
hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu
jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
Contoh:
satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
Kegunaan portfolio
• Guna
menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan
penilaian holistik.
• Mengekalkan
galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan
matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
• Memberi
peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
• Membolehkan
guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar.
• Mempelbagaikan
bukti penilaian.
• Membolehkan
penilaian dalam bidang afektif.
Kerangka Jawapan
Sejarah dan Latar belakang kelas pemulihan khas
Ò Sejarah
pembukaan program
Ò Jumlah
murid
Ò Statistik
murid pemulihan khas
Ò Objektif
Ò Sasaran/kpi
KONSEP
Program Pemulihan
Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira.
MATLAMAT
Program Pemulihan
Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan .
OBJEKTIF
•
Menguasai
kemahiran asas 3M
•
Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
•
Menambah
sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
PUNCA DAN BIDANG KUASA
• Surat siaran Bahagian Sekolah-Sekolah
KPM. Bil.KP(BS)8594/Jld.11/(32) bertarikh
22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
• Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986. (Kelas Khas Pemulihan Di
Sekolah Rendah)
• Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.
V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
• Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas,KPM(2012)
BIDANG KUASA PEKELILING KP(BS)8502/5/PK/Jld. V ( 34) 30
Jun1989
a)
Jawatan
guru pemulihan tidak termasuk dalam nisbah guru:kelas 1.5.Semua sekolah rendah
biasa kecuali SKM.
b)
Guru
yang pernah mengikuti Kursus Pemulihan di MESTIKAN menubuhkan kelas pemulihan.
c)
Hanya
seorang sahaja guru pemulihan yang dulantik disekolah.
d)
Guru
Khas Pemulihan hendaklah sepenuh masa mengajar di kelas pemulihan.
e)
Guru
Besar dan Semua Guru dikehendaki memberi sokongan dan kerjasama.
PERUNTUKAN JAWATAN
GURU PEMULIHAN KHAS
Semua sekolah rendah
kecuali SKM diperuntukkan satu (1) jawatan Guru Pemulihan Khas dan mereka tidak
termasuk dalam perkiraan peruntukan Guru Asas ( n x 1.5 ) seperti dalam
kelayakan peruntukan guru.
No comments:
Post a Comment