PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN
DALAM
BAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH RENDAH
Mohd
Ruman Bin Mohammad
Wan Mohd Haidir Bin Wan Ahmad
ABSTRAK
Kertas kerja ini akan membincangkan
tentang prinsip pengajaran pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu di
Sekolah Rendah. Masalah pemulihan menjadi tajuk utama di dada akhbar sebaik
sahaja keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) diumumkan pada setiap tahun. Masalah
pemulihan ini berterusan apabila murid-murid yang tidak menguasai kemahiran
asas 3M ( Membaca, menulis dan mengira )
ini melangkah masuk ke Kelas Peralihan atau Tingkatan satu di sekolah
menengah. Pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ini terus
ketinggalan dan tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dengan baik di Sekolah Rendah . Masalah ini akhirnya turut mengundang
gejala negatif dan masalah disiplin yang lain. Oleh itu bagaimanakah masalah
pemulihan di sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayu ini dapat diatasi ? Apakah tindakan yang perlu
diambil oleh guru-guru l yang berhadapan dengan pelajar-pelajar pemulihan ini ?
1.0
PENDAHULUAN
Ketua Pengarah Pendidikan
(Pelajaran) turut memandang serius masalah 3M ini kerana masa depan murid
terbabit akan terjejas dan mudah terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak
bermoral, sekali gus turut menyebabkan remaja terbabit terlibat dengan gejala
sosial. Kementerian Pelajaran juga menyatakan yang akan memasukkan murid yang
mendapat gred D dan E dalam UPSR tahun 2005 ke kelas Pemulihan sebaik sahaja
pelajar tersebut mendaftar memasuki ke tingkatan satu pada Januari 2006.
Berikutan itu kementerian
pelajaran turut memperkenalkan Kelas Intervensi Awal 2M iaitu mengadakan satu
ujian khusus untuk kanak-kanak tahun satu bagi mengetahui tahap kebolehan
membaca dan menulis. Keratan akhbar menyatakan kelemahan dalam Bahasa Melayu,
terutamanya kemahiran menyampaikan idea menerusi penulisan akan menjejaskan
peluang pelajar tersebut untuk menjawab kertas lain pada peringkat Penilaian
Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun pelbagai usaha
telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, namun masalah ini masih wujud.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan pelajar ini tidak menguasai 3M di
sekolah rendah. Masalah ini berterusan apabila pelajar melangkah masuk ke
sekolah menengah.
Selain daripada itu masalah juga
timbul apabila guru yang mengajar mengatakan seseorang pelajar itu sebagai
bermasalah, bodoh dan sebagainya. Akibatnya pelajar pemulihan ini terus
ketinggalan. Ada juga guru yang mengatakan itu bukan kerja mereka. Ramai
diantara guru seperti ini beranggapan bahawa tugas pemulihan hanya perlu
dilakukan oleh guru khas pemulihan sahaja. Namun pihak pentadbir juga mengambil
pelbagai usaha bagi membantu pelajar yang bermasalah ini.
Oleh itu pendidikan pemulihan
ini sangat penting selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
sekurang-kurangnya menguasai kemhairan 3M atau kemahiran asas berkomunikasi
akan tercapai bagi mengatasi masalah-masalah ini.
Sehubungan itu, rasionalnya
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah ingin mencapai objektif atau
sasaran kerja utama (SKU ) Kementerian Pendidikan Malaysia (1995 ) agar tiada
pelajar buta huruf dalam Sistem Pendidikan Negara menjelang tahun 2000.Namun begitu, objektif tersebut tidak tercapai
kerana masih terdapat pelajar yang keciciran terutama di sekolah rendah yang
tidak boleh membaca dan menulis.
2.0
DEFINISI KONSEP
Program Pemulihan Khas
ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran
khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.Program
Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran
asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pemulihan adalah
langkah-langkah khas untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran. Ia dilakukan dalam suatu jangka masa dan memerlukan teknik atau
kaedah yang tersendiri bergantung kepada jenis masalah yang mereka hadapi.
Kerajaan
telah mengambil perhatian kepada masalah pemulihan sejak awal lagi melalui Laporan Jawatankuasa
Kabinet yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.Terdapat beberapa
perubahan yang dibuat ke atas Dasar pendidikan negara bagi memastikan sistem
pendidikan berjalan lancar. Di bawah laporan ini penekanan diberikan kepada
pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) .(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan
Othman ,2003).
Buku Panduan KBSR 1982
mendefinisikan pemulihan sebagai ‘proses pengajaran dan pembelajaran yang
khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam
menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira’. Pengajaran
pemulihan merupakan aktiviti – aktiviti yang dijalankan apabila mendapati
seseorang murid itu gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti
aktiviti pembelajaran dalam program biasa
maka disini program pemulihan ini adalah bertujuan sebagai menolong
seseorang murid itu untuk menguasai kemahiran berkenaan.
Berdasarkan definsi-definisi
diatas dapatlah disimpulkan pendidikan pemulihan adalah sasaran kepada mana
mana pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas 3M tidak kira had umur mereka.
Oleh itu, program pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu dilaksanakan di Sekolah
Rendah dan juga Sekolah Menengah yang
mempunyai pelajar yang buta huruf.
2.2 Penggayaan
Dalam konteks ini, pemilihan sumber
atau aktiviti yang mencabar akan mendorong pelajar yang mempunyai keupayaan
lebih baik daripada yang lain. Ia
boleh dilaksanakan secara bersendirian atau kumpulan.
- Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi memberi peluang murid mengembangkan sifat dan potensi ingin tahu, berdikari, berdaya cipta, dan bakat pemimpin
- Disediakan
untuk semua murid selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran asas
3.0
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN
- Guru
mengajar berdasarkan kelompok dan tahap kemajuan murid.
- Guru
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur, serta terancang.
- Guru
mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid di dalam bilik
darjah.
3.1 Prinsip Pendidikan Pemulihan
a. Mewujudkan
hubungan mesra antara guru dengan
murid.
b. Mewujudkan
hubungan mesra antara murid-murid dengan murid.
c. Perhatian
secara individu
d. Melibatkan
mereka dalam aktiviti kelas
e. Mengkaji
latar belakang murid-murid.
f. Menunjukkan
penghargaan terhadap sesuatu kejayaan
yang dicapai oleh
kanak-kanak
tersebut.
g. Mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif, teratur serta terancang.
h. Gunakan
banyak latih tubi dan tunjuk cara
3.2 Prinsip Pengajaran Pemulihan Yang
Melibatkan Deria Rasa, Penglihatan, dan
Pendengaran.
b. Meneliti
dan menganggar panjang pendek sesuatu perkataan sambil
menyebutnya.
c. Menggunakan bahan maujud supaya mereka berpeluang merasa atau meneliti sendiri sesuatu bentuk.
d. Menekap
atau menyurih huruf atau perkataan
sambil menyebutnya.
e. Latihan
yang direka secara terancang serta mempunyai daya unsur maju agar pelajar dapat meneliti serta
memahaminya dengan lebih jelas.
4.0
PRINSIP PENGAJARAN PENGGAYAAN
- Melakukan
aktiviti pembelajaran yang menarik
- Menggunakan masa lapang bagi memperkembang minat dan bakat
- Menyemai sifat berdikari dan minat belajar
4.1 Prinsip Menjalankan Aktiviti Pengayaan
b. Menarik, mencabar, serta sejajar dengan
kebolehan, minat, dan bakat murid.
c. Berbentuk projek
d. Ada kaitan dengan kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid.
4.2 Teknik-Teknik Aktiviti Pengayaan
a. Bacaan tambahan
b. Kerja projek
c. Permainan dan rekreasi
d. Melukis atau mewarna
e. Membuat padanan
f. Kerja rumah (latihan tambahan)
g. Modul pembelajaran kendiri
5.0
KAEDAH – KAEDAH PRINSIP PENGAJARAN
PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN YANG DIGUNAKAN
Beberapa prinsip perlu dipatuhi semasa merancang
dan melaksanakan program pemulihan untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Prinsip-prinsip
tersebut adalah seperti berikut:
5.1 Menentukan objektif pengajaran pemulihan.
Guru harus pasti dengan objektif
yang hendak dicapai semasa pengajaran pemulihan dijalankan :
(a) untuk
membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran,
(b) untuk
membimbing murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang
pembelajaran, dan
(c) untuk mewujudkan keyakinan din di
kalangan murid. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan
deria rasa, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.
5. 2 Menyusun strategi pengajaran pemulihan.
(a) Mengenal
pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan.
(b) Mengenal
pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.(c) Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan muridmurid itu bermasalah dalam pembelajaran.
(d) Menjalinkan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya. Ini dapat dilakukan dengan cara seperti berikut;
(i) memberi perhatian secara individu,
(ii) melibatkan
murid secara kelas atau secara berkumpulan,
(iii) mengkaji latar belakang murid dan mencari
punca masalahnya,
(iv) menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan
yang dicapai oleh murid,
(v) mewujudkan
situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan
pelajarannya.
5.3 Merancang dan menyusun aktiviti pengajaran
pemulihan.
(a) Pemilihan
dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
(b) Aktiviti hendaklah menekankan
penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua
derianya.
(c) Makiumat hasil kerja daripada aktiviti
hendaklah disampaikan seberapa segera yang boleh.
5.4 Memilih pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai.
(a) Pendekatan
Deduktif
Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran
dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis
hukum atau peraturan-peraturan itu melalui contoh-contoh dan seterusnya
mengaplikasi peraturan yang diberi. Contohnya, guru perlu mengajar aturan
abjad terlebih dahulu sebelum mengajar murid mengeja suku kata dan perkataan,
kemudian mengaplikasi aturan abjad dengan membina perkataan sebagai contoh.
(b) Pendekatan Induktif
Dalam pendekatan ini guru mengajar secara tidak
langsung iaitu murid digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari sendiri
sesuatu hukum atau peraturan. Guru banyak memberi contoh sebagai panduan untuk
murid
memahami sesuatu hukum. Contohnya, guru akan memulakan pelajaran dengan
satu perkataan bermakna berdasarkan gambar. Murid diminta menamakan gambar dan
mengeja perkataan tersebut. Guru boleh memberikan beberapa contoh sebagai
panduan untuk murid memahami konsep yang sedang diajar.
(c) Pendekatan Eklektik
(d) Kaedah Komunikatif
Dalam kaedah ini pelajar berpeluang berinteraksi di antara satu dengan lain sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya dengan cara ini, pelajar akan berasa lebih selesa bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka mendapat lebih banyak peluang belajar sendiri walaupun tanpa bimbingan guru. Melalul aktiviti dan tugasan yang disediakan, pelajar mendapat peluang bertukar-tukar pendapat serta berpeluang menggunakan bahasa mereka sendiri dan menyelesaikan tugasan mengikut tahap kemampuan mereka.
(e)
Pendekatan Main Sambil Belajar
Murid-murid
yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh menggunakan kaedah
‘bermain sambil belajar’ secara berkesan untuk membantu respons murid terhadap
situasi pembelajaran. ‘Main’ merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan
kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan
menggalakkan keupayaan untuk menganalisis secara objektif. Untuk menggunakan
pendekatan ini, guru perlu menyediakan murid dalam situasi yang boleh memberi
motivasi. Contohnya mengadakan permainan selepas murid menguasai sesuatu
kemahiran asas.
Permainan yang dicadangkan
seharusnya menimbulkan unsur-unsur penyelesaikan masalah. Murid berpeluang
menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan kebolehan menyelesaikan masalah.
Cara ini memberi peluang kepada murid menentukan keperluannya untuk
mempertingkatkan kefahaman konsep dan memperbaiki kemahiran dalam
mengaplikasikan konsep.
(f)
Teknik Bercerita
(g) Teknik
Latih Tubi
Teknik mi sesual digunakan dalam
pengajaran lisan sebagai latih tubi komunikatif. Contohnya, guru menyebut
perkataan dan meminta murid mengulanginya beberapa kali sehingga murid dapat
menguasainya dengan balk. Ataupun guru boleh menyediakan rajah tukar ganti dan
memandu murid-murid menyebutnya secar berulangulang.
(h) Teknik Bersoal Jawab dan
lain-lain.
5.5 Memilih dan menggunakan bahan yang
sesuai
5.6 Menjalankan aktivti pengukuhan
Aktiviti pengukuhan dijalankan selepas
murid menguasai kemahiran bahasa yang hendak diatasi. Aktiviti ini merupakan
latihan yang ditambah untuk memberi peluang murid membiasakan diri dengan
kemahiran tersebut supaya mereka benar-benar faham dan dapat meyakinkan diri
untuk menguasainya.
Tindakan susulan dilakukan selepas
mendapat keputusan atau hash penilalan. Berdasarkan makiumat tersebut, guru
boleh menentukan kedudukan murid sama ada dimasukkan ke dalam kelas normal atau
diulang pemulihan ataupun jika masalah tidak dapat di atasi, murid itu dirujuk
kepada pakar tertentu.
Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami
dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan nanti dapat mencapal objektifnya. Guru juga perlu
menguasal beberapa kaedah pengajaran sebelurn merancang aktiviti.
6.0
PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN PRINSIP
PENGAJARAN
PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN
Dalam menilai aktiviti Program Pemulihan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah beberapa pendekatan boleh diakukan antaranya ialah :
6.1
.Penyediaan Bilik Khas
Bagi melaksanakan aktiviti pemulihan, sekolah
perlu ada sebuah bulk khas. Sekiranya tiada bulk khusus untuk pemulihan, guru
boleh mewujudkan sebuah bulk khas untuk menjalankan aktiviti pemulihan.
Contohnya, jika terdapat bulk stor yang tidak digunakan, bilik ini bolehlah
dibersihkan dan disusun atur dengan kemas menjadi sebuah bulk pemulihan.
Lengkapkan bilik mi dengan perabot yang perlu seperti kerusi dan meja, papan
tulis, papan kenyataan/papan pamer, almari untuk menyimpan buku dan peralatan.
Bilik ini juga seelok-eloknya dihiasi dengan kain langsir dan alas meja
herwarna cerah disertai dengan sejambangan bunga kecil di atas meja guru. Susun meja dan kerusi murid supaya sesuai
untuk pengajaran secara kumpulan kecil dan individu. Pastikan ada ruang yang cukup untuk laluan dan
tidak menghalang pergerakan. Peralatan yang disebut di atas tidak semestinya
dibeli oleh pihak sekolah, sebaliknya pihak pentadbir sekolah boleh
mendapatkannya melalul sumbangan daripada PIBG, guru-guru, murid-murid mahupun
masyarakat setempat.
6.2 Program Celik Huruf
Aktiviti asas ke arah pemulihan ini ialah mengadakan program celik huruf.
Melalui program celik huruf setiap guru diberikan seorang anak angkat yang
terdiri daripada murid pemulihan. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap prestasi
dan peningkatan pencapaian anak angkatnya. Guru juga bertindak sebagai
kaunselor bagi murid berkenaan. Perjumpaan guru dengan anak angkatnya
ditetapkan selama 30 minit setiap hari pada waktu yang dipilih seperti waktu
rehat ataupun waktu makan tengah hari.
Dalam perjumpaan ini guru boleh mengenal pasti masalah murid dengan cara
berbual atau berbincang dan sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah itu.
Selain daripada itu, waktu ini juga boleh digunakan untuk membimbing murid itu
membaca atau lain-lain aktiviti kemahiran asas. Setiap perjumpaan haruslah
direkodkan untuk mengkaji perkembangan murid tersebut.
6.3 Program
‘Bacalah Sayang’
Pihak sekolah boleh melantik
satu jawatankuasa khas untuk merancang dan mengendalikan program ini.
Jawatankuasa program mi mewujudkan satu sudut bacaan umum untuk murid
pemulihan.
Petikan mudah ditulis dan
murid-murid pemulihan dikehendaki menyalinnya dalam sebuah buku khas. Guru
pemulihan dan guru mata pelajaran akan menyemak dan membaca petikan tersebut
pada setiap minggu. Bahan bacaan tambahan seperti buku cerita yang ringkas dan
menarik disediakan dengan kerjasama perpustakaan sekolah. Buku cerita mi
dipenggalkan perkataan-perkataannya dengan menggunakan warna. Buku-buku mi
disimpan di perpustakaan dan digunakan semasa aktiviti di dalam bilik darjah.
6.4
Kelas
Khas Pendidikan Pemulihan
Matlamat kelas khas pemulihan ialah
membolehkan murid menguasai 32 kemahiran asas dalam bahasa Melayu. Sebaik-baiknya
kelas mi hendaklah dikendalikan oleh guru yang dilatih khas dalam bidang
pendidikan pemulihan. Sekiranya terlalu ramai murid yang perlu dipulihkan,
pihak sekolah bolehlah menetapkan hanya beberapa kelas seperti murid Tahun Dua
dan Tiga sahaja diberikan pemulihan terlebih dahulu.
Sebelum aktiviti kelas khas bermula, guru boleh menjalankan ujian
saringan dan diagnostik kepada murid yang dicalonkan oleh guru kelas dan guru
mata pelajaran masingmasing. Ujian mi dijalankan pada bulan Disember dan
aktiviti pengajaran pembelajaran bermula pada bulan Januari tahun berikutnya.
Bagi setiap sesi pemulihan, bilangan murid yang ditetapkan ialah seramai 7
hingga 10 orang.
Peruntukan waktu untuk kelas mi adalah sebanyak 20 jam seminggu termasuk
dua jam seminggu untuk sesi panduan dan bimbingan kaunseling bertujuan untuk
memotivasikan murid pemulihan. Peningkatan murid dinilai dan semasa ke semasa
melalui borang prestasi murid yang ditailkan bersama makiumat peribadi murid.
Bagi memberikan galakan kepada murid, carta prestasi dipamerkan supaya murid
menyedari tahap pencapalan mereka. Bagi setiap kemahiran yang telah berjaya
dikuasai oleh murid akan diberi ganjaran. Murid yang berjaya pada tahap
cemerlang eloklah diberi hadiah tahunan pada majils penyampaian hadiah. Murid
yang meningkat prestasinya, walaupun belum mencapai tahap cemerlang juga
diberi hadiah sebagai ganjaran.
Kelas pemulihan khas hendaklah
dilengkapi dengan pelbagai keperluan pembelajaran seperti kerusi meja, alat
tulis, barang permainan dan keceriaan kelas untuk menarik minat murid pemulihan.
Papan-papan pamer juga perlu digantung pada dinding kelas untuk mempamerkan
makiumat tentang latar belakang murid, prestasi kemahiran, prestasi sikap dan
sosial serta prestasi akademik. Hasil kerja murid yang baik dan boleh
dijadikan contoh juga eloklah dipamerkan sebagai bahan motivasi kepada murid lain.
Pastikan juga kelas mendapat udara yang segar dan terhindar daripada
bunyi bising dan juga bau yang kurang menyenangkan. Elakkan daripada meletak
kelas mi di hujung bangunan sekolah atau di bawah tangga. Murid pemulihan juga
perlu mendapat layanan yang sama seperti murid normal yang lain.
7.0
CADANGAN
Masalah pemulihan bahasa melayu ini
perlu diatasi segera bagi membolehkan pelajar tidak ketinggalan dan berjaya
dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Rendah .
Antara cadangan yang diharap dapat membantu pelajar ini ialah:
- Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan
perjawatan Guru Pemulihan Khas di sekolah rendah yang benar-benar mempunyai
ramai pelajar pemulihan.
- Pihak pentadbir perlu memastikan guru-guru
yang mengajar bersikap bertanggungjawab bagi membantu memulihkan pelajar
pemulihan.
- Perlunya peruntukkan bagi kelas pemulihan
untuk membeli bahan bantu mengajar agar pengajaran lebih berkesan.
- Menyeragamkan ujian diagnostik bagi mengenal
pasti pelajar pemulihan yang melangkah masuk ke sekolah rendah dan
menengah.
- Kementerian pelajaran perlu meganjurkan
kursus kepada guru-guru yang tidak terlatih dalam bidang pemulihan.
8.0
KESIMPULAN
Secara kesuluruhannya didapati
Pendidikan Pemulihan merupakan salah satu cara membantu pelajar yang gagal
menguasai 3M. Kelas Pemulihan di sekolah rendah adalah sangat diperlukan bagi
mengelakkan keadaan bertambah buruk apabila pelajar dari sekolah rendah melangkah
masuk ke sekolah menengah.
Oleh itu, semua guru harus
memikul tanggungjawab bagi membantu pelajar pemulihan. Guru perlu sentiasa
mempelbagaikan kaeadah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar.
Aktiviti pemulihan yang dijalankan perlu menunjukkan perubahan positif dalam
pencapaian Ini perlu kerana penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira) adalah asas kepada penguasaan ilmu dan kemahiran yang lain.
Tugas memulihkan pelajar memerlukan minat dan
kesabaran seseorang guru bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar selaras
dengan falsafah pendidikan negara. Namun
begitu kerjasama dan khidmat sokongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru,
pihak pentadbir dan juga kementerian adalah sangat diperlukan bagi masalah ini
dapat diatasi secara bersama.
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman
(2003). Falsafah pendidikan dan Kurikulum,
Tanjong Malim: Quantum Books.
Chua Tee Tee & Ko Boh Boon
(1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan Khas
Bacaan
Asas., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka
Eee Ah Meng (1998). Pedagogi 111 Pengujian dan
penilaian,pemulihan. Shah Alam:
Fajar Bakti.
Jamilah Ahmad (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu.
Shah Alam :
Fajar Bakti.
Mohd Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan
Malaysia.
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.
Mok Soon Sang (1994). Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam
Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Olive C. Sampson (1975). Remedial Education. London and Boston:
Routledge & Kegan
Paul.
www.pdf
+ Kajian Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah
Kertas Kerja ini ada diterbitkn dalam buku atau jurnal apa ye.. nak jadikn sumber bibliografi kajian
ReplyDeleteKertas Kerja ini ada diterbitkn dalam buku atau jurnal apa ye.. nak jadikn sumber bibliografi kajian
ReplyDelete