Tuesday, September 24, 2013

PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN UNTUK SEKOLAH RENDAH


PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN

DALAM  BAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH RENDAH

                       Oleh : Kama Bin Shaffeei

                                 Mohd Ruman Bin Mohammad

                                 Wan Mohd Haidir Bin Wan Ahmad

    

 ABSTRAK

 
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang prinsip pengajaran pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Masalah pemulihan menjadi tajuk utama di dada akhbar sebaik sahaja keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  ( UPSR ) diumumkan pada setiap tahun. Masalah pemulihan ini berterusan apabila murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M ( Membaca, menulis dan mengira )  ini melangkah masuk ke Kelas Peralihan atau Tingkatan satu di sekolah menengah. Pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ini terus ketinggalan dan tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan baik di Sekolah Rendah . Masalah ini akhirnya turut mengundang gejala negatif dan masalah disiplin yang lain. Oleh itu bagaimanakah masalah pemulihan di sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayu  ini dapat diatasi ? Apakah tindakan yang perlu diambil oleh guru-guru l yang berhadapan dengan pelajar-pelajar pemulihan ini ?
 
1.0 PENDAHULUAN
 Isu mengenai masalah pemulihan ini seringkali timbul setiap kali keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah dari segi Bahasa Melayu dan Matematik. Mengikut kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada tahun 2005 seramai 120,000 pelajar Sekolah Rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah tahun 2005 tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis. 42,000 daripadanya atau 0.8 peratus pula merupakan pelajar Sekolah Menengah.
Ketua Pengarah Pendidikan (Pelajaran) turut memandang serius masalah 3M ini kerana masa depan murid terbabit akan terjejas dan mudah terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral, sekali gus turut menyebabkan remaja terbabit terlibat dengan gejala sosial. Kementerian Pelajaran juga menyatakan yang akan memasukkan murid yang mendapat gred D dan E dalam UPSR tahun 2005 ke kelas Pemulihan sebaik sahaja pelajar tersebut mendaftar memasuki ke tingkatan satu pada Januari 2006.
Berikutan itu kementerian pelajaran turut memperkenalkan Kelas Intervensi Awal 2M iaitu mengadakan satu ujian khusus untuk kanak-kanak tahun satu bagi mengetahui tahap kebolehan membaca dan menulis. Keratan akhbar menyatakan kelemahan dalam Bahasa Melayu, terutamanya kemahiran menyampaikan idea menerusi penulisan akan menjejaskan peluang pelajar tersebut untuk menjawab kertas lain pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, namun masalah ini masih wujud. Terdapat banyak punca yang menyebabkan pelajar ini tidak menguasai 3M di sekolah rendah. Masalah ini berterusan apabila pelajar melangkah masuk ke sekolah menengah.
Selain daripada itu masalah juga timbul apabila guru yang mengajar mengatakan seseorang pelajar itu sebagai bermasalah, bodoh dan sebagainya. Akibatnya pelajar pemulihan ini terus ketinggalan. Ada juga guru yang mengatakan itu bukan kerja mereka. Ramai diantara guru seperti ini beranggapan bahawa tugas pemulihan hanya perlu dilakukan oleh guru khas pemulihan sahaja. Namun pihak pentadbir juga mengambil pelbagai usaha bagi membantu pelajar yang bermasalah ini.
Oleh itu pendidikan pemulihan ini sangat penting selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sekurang-kurangnya menguasai kemhairan 3M atau kemahiran asas berkomunikasi akan tercapai bagi mengatasi masalah-masalah ini.
                Sehubungan itu, rasionalnya  Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah ingin mencapai objektif atau sasaran kerja utama (SKU ) Kementerian Pendidikan Malaysia (1995 ) agar tiada pelajar buta huruf dalam Sistem Pendidikan Negara menjelang tahun 2000.Namun begitu, objektif tersebut tidak tercapai kerana masih terdapat pelajar yang keciciran terutama di sekolah rendah yang tidak boleh membaca dan menulis.
 
2.0  DEFINISI KONSEP
 2.1  Pemulihan
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
                  Pemulihan adalah langkah-langkah khas untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Ia dilakukan dalam suatu jangka masa dan memerlukan teknik atau kaedah yang tersendiri bergantung kepada jenis masalah yang mereka hadapi.
         Menurut Jamilah (1999), berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan (Pelajaran)  masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang lambat belajar dikategorikan kepada masalah pembelajaran ringan dan masalah pembelajaran yang berat. Murid-murid yang lambat menguasai kemahiran bahasa berbanding rakan sebaya yang lain merupakan murid yang bermasalah pembelajaran ringan. Manakala masalah pembelajaran berat merujuk kepada pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira.
            Kerajaan telah mengambil perhatian kepada masalah pemulihan  sejak awal lagi melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.Terdapat beberapa perubahan yang dibuat ke atas Dasar pendidikan negara bagi memastikan sistem pendidikan berjalan lancar. Di bawah laporan ini penekanan diberikan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) .(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman ,2003).
Buku Panduan KBSR 1982 mendefinisikan pemulihan sebagai ‘proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira’. Pengajaran pemulihan merupakan aktiviti – aktiviti yang dijalankan apabila mendapati seseorang murid itu gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam program biasa  maka disini program pemulihan ini adalah bertujuan sebagai menolong seseorang murid itu untuk menguasai kemahiran berkenaan.
Berdasarkan definsi-definisi diatas dapatlah disimpulkan pendidikan pemulihan adalah sasaran kepada mana mana pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas 3M tidak kira had umur mereka. Oleh itu, program pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu dilaksanakan di Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah yang  mempunyai pelajar yang buta huruf.
 
2.2  Penggayaan
 Penggayaan ialah suatu konsep di mana seseorang guru akan menggunakan daya kreativiti membina bahan yang lebih mencabar kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan yang agak lebih daripada pelajar yang lain.
           Dalam konteks ini, pemilihan sumber atau aktiviti yang mencabar akan mendorong pelajar yang mempunyai keupayaan lebih baik daripada yang lain. Ia boleh dilaksanakan secara bersendirian atau kumpulan.
 
  • Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi memberi peluang murid mengembangkan sifat dan potensi  ingin tahu, berdikari, berdaya cipta, dan bakat pemimpin
  • Disediakan untuk semua murid selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran asas
3.0  PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN
 
    • Guru mengajar berdasarkan kelompok dan tahap kemajuan murid.
    • Guru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur, serta terancang.
    • Guru mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid di dalam bilik darjah.
3.1 Prinsip Pendidikan Pemulihan
a.         Mewujudkan hubungan mesra antara guru     dengan murid.
b.         Mewujudkan hubungan mesra antara murid-murid dengan murid.
c.         Perhatian secara individu
d.         Melibatkan mereka dalam aktiviti kelas
e.         Mengkaji latar belakang murid-murid.
f.          Menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan yang dicapai oleh
            kanak-kanak tersebut.
g.         Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur serta terancang.
h.         Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara
 
3.2 Prinsip Pengajaran Pemulihan Yang Melibatkan Deria Rasa, Penglihatan, dan
      Pendengaran.
 a.         Mendengar dan melatih tubi sesuatu huruf atau perkataan.
b.         Meneliti dan menganggar panjang pendek sesuatu perkataan sambil
             menyebutnya.
 c.        Menggunakan bahan maujud supaya mereka berpeluang merasa atau meneliti         sendiri sesuatu bentuk.
d.         Menekap atau menyurih huruf atau    perkataan sambil menyebutnya.
e.         Latihan yang direka secara terancang serta mempunyai daya unsur maju agar          pelajar dapat meneliti serta memahaminya dengan lebih jelas.
 
4.0  PRINSIP PENGAJARAN PENGGAYAAN
 Menggunakan kemahiran dari kelas biasa bagi memperluas pengalaman dan pengetahuan
  • Melakukan aktiviti pembelajaran yang menarik
  • Menggunakan masa lapang bagi memperkembang minat dan bakat
  • Menyemai sifat berdikari dan minat belajar
4.1 Prinsip Menjalankan Aktiviti Pengayaan
 a.         Lebih bercorak belajar sendiri serta    mempunyai arahan yang jelas
b.         Menarik, mencabar, serta sejajar dengan kebolehan, minat, dan bakat murid.
c.         Berbentuk projek
d.         Ada kaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
 
4.2 Teknik-Teknik Aktiviti Pengayaan
a.         Bacaan tambahan
b.         Kerja projek
c.         Permainan dan rekreasi
d.         Melukis atau mewarna
e.         Membuat padanan
f.          Kerja rumah (latihan tambahan)
g.         Modul pembelajaran kendiri

5.0  KAEDAH – KAEDAH PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN YANG DIGUNAKAN

 
Beberapa prinsip perlu dipatuhi semasa merancang dan melak­sanakan program pemulihan untuk mendapatkan hasil yang ber­kesan. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:


5.1  Menentukan objektif pengajaran pemulihan.

               Guru harus pasti dengan objektif yang hendak dicapai semasa pengajaran pemulihan dijalankan :

(a) untuk membantu murid-murid mengatasi masalah pem­belajaran,

(b) untuk membimbing murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran, dan

(c) untuk mewujudkan keyakinan din di kalangan murid. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibat­kan deria rasa, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

5. 2 Menyusun strategi pengajaran pemulihan.

(a) Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemu­lihan.
(b) Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
(c) Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid­murid itu bermasalah dalam pembelajaran.
(d)  Menjalinkan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya. Ini dapat dilaku­kan dengan cara seperti berikut;

      (i)    memberi perhatian secara individu,

      (ii)    melibatkan murid secara kelas atau secara berkum­pulan,

      (iii)   mengkaji latar belakang murid dan mencari punca masalahnya,

           (iv)   menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu ke­jayaan yang dicapai oleh murid,

      (v)    mewujudkan situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan

              pelajarannya.

 

5.3  Merancang dan menyusun aktiviti pengajaran pemulihan.

(a)  Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.

       (b) Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pel­bagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya.

(c)  Makiumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disam­paikan seberapa segera yang boleh.

 

5.4 Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai.

 
Ada banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh di­gunakan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya:

(a)    Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan ke­mudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan itu melalui contoh-contoh dan seterusnya mengaplikasi per­aturan yang diberi. Contohnya, guru perlu mengajar aturan abjad terlebih dahulu sebelum mengajar murid mengeja suku kata dan perkataan, kemudian mengaplikasi aturan abjad dengan membina perkataan sebagai contoh.

 

(b)       Pendekatan Induktif

Dalam pendekatan ini guru mengajar secara tidak lang­sung iaitu murid digalakkan mencari, meneliti dan mem­pelajari sendiri sesuatu hukum atau peraturan. Guru banyak memberi contoh sebagai panduan untuk murid  memahami sesuatu hukum. Contohnya, guru akan me­mulakan pelajaran dengan satu perkataan bermakna ber­dasarkan gambar. Murid diminta menamakan gambar dan mengeja perkataan tersebut. Guru boleh memberi­kan beberapa contoh sebagai panduan untuk murid me­mahami konsep yang sedang diajar.

 

(c)       Pendekatan Eklektik

       Pendekatan ini diwujudkan hash daripada gabungan be­berapa pendekatan. Biasanya     menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang di­gunakan lebih seimbang, berfaedah dan berkesan ke­pada murid kumpulan sasar.
 

(d)       Kaedah Komunikatif

Dalam kaedah ini pelajar berpeluang berinteraksi di an­tara satu dengan lain sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan ke dalam kum­pulan-kumpulan kecil. Biasanya dengan cara ini, pelajar akan berasa lebih selesa bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka mendapat lebih ba­nyak peluang belajar sendiri walaupun tanpa bimbingan guru. Melalul aktiviti dan tugasan yang disediakan, pelajar mendapat peluang bertukar-tukar pendapat serta berpe­luang menggunakan bahasa mereka sendiri dan menye­lesaikan tugasan mengikut tahap kemampuan mereka.
 

(e)       Pendekatan Main Sambil Belajar


 Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh menggunakan kaedah ‘bermain sam­bil belajar’ secara berkesan untuk membantu respons murid terhadap situasi pembelajaran. ‘Main’ merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan em­pati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk mengana­lisis secara objektif. Untuk menggunakan pendekatan ini, guru perlu me­nyediakan murid dalam situasi yang boleh memberi mo­tivasi. Contohnya mengadakan permainan selepas murid menguasai sesuatu kemahiran asas.

                 Permainan yang dicadangkan seharusnya menimbulkan unsur-unsur pe­nyelesaikan masalah. Murid berpeluang menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan kebolehan menyelesai­kan masalah. Cara ini memberi peluang kepada murid menentukan keperluannya untuk mempertingkatkan ke­fahaman konsep dan memperbaiki kemahiran dalam mengaplikasikan konsep.

 

(f)         Teknik Bercerita

 Satu teknik yang dapat menarik perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang hendak disampaikan. Murid da­pat belajar dalam suasana yang seronok. Melalui teknik bercerita guru dapat meningkatkan kemahiran mende­ngar dan daya kreativiti murid. Untuk menyampaikan ce­rita dengan lebih menarik, guru boleh menggunakan be­neka. Semasa bercerita guru harus menggunakan suara, gerak badan dan mimik muka yang sesuai dengan cerita. Pada akhir cerita, akilviti susulan boleh dilakukan, misalnya melalui soalan-soalan yang diajukan kepada murid-murid.

 

(g)     Teknik Latih Tubi       

Teknik mi sesual digunakan dalam pengajaran lisan se­bagai latih tubi komunikatif. Contohnya, guru menyebut perkataan dan meminta murid mengulanginya beberapa kali sehingga murid dapat menguasainya dengan balk. Ataupun guru boleh menyediakan rajah tukar ganti dan memandu murid-murid menyebutnya secar berulang­ulang.

 

(h)     Teknik Bersoal Jawab dan lain-lain.

 

5.5 Memilih dan menggunakan bahan yang sesuai

 Semasa memilih bahan pengajaran pembelajaran, aspek-aspek pendengaran, penglihatan dan psikomotor perlu diambil kira.

 

5.6 Menjalankan aktivti pengukuhan


Aktiviti pengukuhan dijalankan selepas murid menguasai kema­hiran bahasa yang hendak diatasi. Aktiviti ini merupakan latihan yang ditambah untuk memberi peluang murid membiasakan diri dengan kemahiran tersebut supaya mereka benar-benar faham dan dapat meyakinkan diri untuk menguasainya.

 5.7 Membuat penilaian dan tindakan susulan

 Penilaian boleh dibuat semasa aktiviti dijalankan dan juga pada akhir pembelajaran untuk mengukur pencapaian dan kebolehan murid menguasal kemahiran yang diatasi.

Tindakan susulan dilakukan selepas mendapat keputusan atau hash penilalan. Berdasarkan makiumat tersebut, guru boleh menentukan kedudukan murid sama ada dimasukkan ke dalam kelas normal atau diulang pemulihan ataupun jika masalah tidak dapat di atasi, murid itu dirujuk kepada pakar tertentu.

                Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru harus­lah memahami dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksa­nakan nanti dapat mencapal objektifnya. Guru juga perlu menguasal beberapa kaedah pengajaran sebelurn meran­cang aktiviti.

 
6.0  PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN PRINSIP PENGAJARAN
       PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN
 
Dalam menilai aktiviti Program Pemulihan Bahasa Melayu Sekolah Rendah beberapa pendekatan boleh diakukan antaranya ialah :
 
6.1 .Penyediaan Bilik Khas
Bagi melaksanakan aktiviti pemulihan, sekolah perlu ada se­buah bulk khas. Sekiranya tiada bulk khusus untuk pemuli­han, guru boleh mewujudkan sebuah bulk khas untuk menja­lankan aktiviti pemulihan. Contohnya, jika terdapat bulk stor yang tidak digunakan, bilik ini bolehlah dibersihkan dan di­susun atur dengan kemas menjadi sebuah bulk pemulihan. Lengkapkan bilik mi dengan perabot yang perlu seperti keru­si dan meja, papan tulis, papan kenyataan/papan pamer, almari untuk menyimpan buku dan peralatan.
             Bilik ini juga seelok-eloknya dihiasi dengan kain langsir dan alas meja her­warna cerah disertai dengan sejambangan bunga kecil di atas meja guru. Susun meja dan kerusi murid supaya sesuai untuk pengajaran secara kumpulan kecil dan individu. Pasti­kan ada ruang yang cukup untuk laluan dan tidak mengha­lang pergerakan. Peralatan yang disebut di atas tidak semes­tinya dibeli oleh pihak sekolah, sebaliknya pihak pentadbir sekolah boleh mendapatkannya melalul sumbangan daripa­da PIBG, guru-guru, murid-murid mahupun masyarakat setempat.
 
6.2  Program Celik Huruf
Aktiviti asas ke arah pemulihan ini ialah mengadakan prog­ram celik huruf. Melalui program celik huruf setiap guru dibe­rikan seorang anak angkat yang terdiri daripada murid pemulihan. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap pres­tasi dan peningkatan pencapaian anak angkatnya. Guru juga bertindak sebagai kaunselor bagi murid berkenaan. Perjum­paan guru dengan anak angkatnya ditetapkan selama 30 minit setiap hari pada waktu yang dipilih seperti waktu rehat ataupun waktu makan tengah hari.
              Dalam perjumpaan ini guru boleh mengenal pasti masalah murid dengan cara berbual atau berbincang dan sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah itu. Selain daripada itu, waktu ini juga boleh digunakan untuk membimbing murid itu membaca atau lain-lain aktiviti kemahiran asas. Setiap perjumpaan haruslah direkodkan untuk mengkaji perkemba­ngan murid tersebut.
 
6.3  Program ‘Bacalah Sayang’
Pihak sekolah boleh melantik satu jawatankuasa khas untuk merancang dan mengendalikan program ini. Jawatankuasa program mi mewujudkan satu sudut bacaan umum untuk murid pemulihan.
                         Petikan mudah ditulis dan murid-murid pe­mulihan dikehendaki menyalinnya dalam sebuah buku khas. Guru pemulihan dan guru mata pelajaran akan menyemak dan membaca petikan tersebut pada setiap minggu. Bahan ba­caan tambahan seperti buku cerita yang ringkas dan mena­rik disediakan dengan kerjasama perpustakaan sekolah. Buku cerita mi dipenggalkan perkataan-perkataannya dengan menggunakan warna. Buku-buku mi disimpan di perpusta­kaan dan digunakan semasa aktiviti di dalam bilik darjah.
 
6.4  Kelas Khas Pendidikan Pemulihan
            Matlamat kelas khas pemulihan ialah membolehkan murid menguasai 32 kemahiran asas dalam bahasa Melayu. Sebaik-­baiknya kelas mi hendaklah dikendalikan oleh guru yang di­latih khas dalam bidang pendidikan pemulihan. Sekiranya terlalu ramai murid yang perlu dipulihkan, pihak sekolah bo­lehlah menetapkan hanya beberapa kelas seperti murid Tahun Dua dan Tiga sahaja diberikan pemulihan terlebih dahulu.
                 Sebelum aktiviti kelas khas bermula, guru boleh men­jalankan ujian saringan dan diagnostik kepada murid yang dicalonkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran masing­masing. Ujian mi dijalankan pada bulan Disember dan aktiviti pengajaran pembelajaran bermula pada bulan Januari tahun berikutnya. Bagi setiap sesi pemulihan, bilangan murid yang ditetapkan ialah seramai 7 hingga  10 orang.
                 Peruntukan waktu untuk kelas mi adalah sebanyak 20 jam seminggu termasuk dua jam seminggu untuk sesi pan­duan dan bimbingan kaunseling bertujuan untuk memoti­vasikan murid pemulihan. Peningkatan murid dinilai dan semasa ke semasa mela­lui borang prestasi murid yang ditailkan bersama makiumat peribadi murid. Bagi memberikan galakan kepada murid, carta prestasi dipamerkan supaya murid menyedari tahap pencapalan mereka. Bagi setiap kemahiran yang telah berja­ya dikuasai oleh murid akan diberi ganjaran. Murid yang berjaya pada tahap cemerlang eloklah diberi hadiah ta­hunan pada majils penyampaian hadiah. Murid yang mening­kat prestasinya, walaupun belum mencapai tahap cemerlang juga diberi hadiah sebagai ganjaran.
                   Kelas pemulihan khas hendaklah dilengkapi dengan pelbagai ke­perluan pembelajaran seperti kerusi meja, alat tulis, barang per­mainan dan keceriaan kelas untuk menarik minat murid pemu­lihan. Papan-papan pamer juga perlu digantung pada dinding kelas untuk mempamerkan makiumat tentang latar belakang murid, prestasi kemahiran, prestasi sikap dan sosial serta prestasi aka­demik. Hasil kerja murid yang baik dan boleh dijadikan contoh juga eloklah dipamerkan sebagai bahan motivasi kepada murid lain.
                  Pastikan juga kelas mendapat udara yang segar dan terhindar daripada bunyi bising dan juga bau yang kurang menyenangkan. Elakkan daripada meletak kelas mi di hujung bangunan sekolah atau di bawah tangga. Murid pemulihan juga perlu mendapat la­yanan yang sama seperti murid normal yang lain.
 
7.0  CADANGAN
 
Masalah pemulihan bahasa melayu ini perlu diatasi segera bagi membolehkan pelajar tidak ketinggalan dan berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Rendah . Antara cadangan yang diharap dapat membantu pelajar ini ialah:
  • Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan perjawatan Guru Pemulihan Khas di sekolah rendah yang benar-benar mempunyai ramai pelajar pemulihan.
  • Pihak pentadbir perlu memastikan guru-guru yang mengajar bersikap bertanggungjawab bagi membantu memulihkan pelajar pemulihan.
  • Perlunya peruntukkan bagi kelas pemulihan untuk membeli bahan bantu mengajar agar pengajaran lebih berkesan.
  • Menyeragamkan ujian diagnostik bagi mengenal pasti pelajar pemulihan yang melangkah masuk ke sekolah rendah dan menengah.
  • Kementerian pelajaran perlu meganjurkan kursus kepada guru-guru yang tidak terlatih dalam bidang pemulihan.
 
 
8.0  KESIMPULAN
 
Secara kesuluruhannya didapati Pendidikan Pemulihan merupakan salah satu cara membantu pelajar yang gagal menguasai 3M. Kelas Pemulihan di sekolah rendah adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk apabila pelajar dari sekolah rendah melangkah masuk ke sekolah menengah.
Oleh itu, semua guru harus memikul tanggungjawab bagi membantu pelajar pemulihan. Guru perlu sentiasa mempelbagaikan kaeadah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar. Aktiviti pemulihan yang dijalankan perlu menunjukkan perubahan positif dalam pencapaian Ini perlu kerana penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) adalah asas kepada penguasaan ilmu dan kemahiran yang lain.
 Tugas memulihkan pelajar memerlukan minat dan kesabaran seseorang guru bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar selaras dengan falsafah pendidikan negara.  Namun begitu kerjasama dan khidmat sokongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru, pihak pentadbir dan juga kementerian adalah sangat diperlukan bagi masalah ini dapat diatasi secara  bersama.
 
 
  BIBLIOGRAFI
 
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003). Falsafah pendidikan dan Kurikulum,
            Tanjong Malim: Quantum Books.
 
Chua Tee Tee & Ko Boh Boon (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan Khas Bacaan  
           Asas., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
 
Eee Ah Meng (1998). Pedagogi 111 Pengujian dan penilaian,pemulihan. Shah Alam:
           Fajar Bakti.
 
Jamilah Ahmad (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Shah Alam :
           Fajar Bakti.
 
Mohd Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia.
            Kuala Lumpur:  Berita Publishing Sdn Bhd.
 
Mok Soon Sang (1994). Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Kuala
            Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
 
Olive C. Sampson (1975). Remedial Education. London and Boston: Routledge & Kegan
             Paul.
www.pdf + Kajian Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 



 

PEMULIHAN KHAS: Peranan Guru


Peranan guru biasa dalam Pelaksanaan Pemulihan

 Eee Ah Meng (1998) menyatakan seseorang guru boleh mengendalikan kes-kes ringan sahaja. Oleh itu guru biasa boleh menjalankan aktiviti pemulihan bagi kes-kes ringan sahaja. Ini bermakna bukan sahaja guru pemulihan malah guru biasa juga bertanggung jawab bagi membantu pelajar pemulihan. Pengajaran pemulihan perlu dijalankan secara sistematik supaya pelajar mendapat faedah (Olive 1975).

            Mengikut Eee Ah Meng (1998) terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas biasa. Antaranya ialah pengenalpastian pelajar, penganalisisan masalah, perancangan, pengajaran, penilaian dan tindakan susulan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah bagimengenal pasti pelajar-pelajar yang lambat. Antaranya pemerhatian, ujian dagnostik, soal jawab, kuiz  dan temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa.

            Langkah kedua selepas pengenalpastian pelajar ialah penganalisisan masalah. Pemerhatian merupakan salah satu cara menganalisis masalah pembelajaran. Iaitu melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan memerhati.Ujian juga merupakan salah satu cara mengenal pasti masalah atau kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.

            Selepas mengenal pasti pelajar perancangan program pemulihan perlulah dibuat. Perancangan perlulah mengambil kira keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti aktiviti pembelajaran yang benar-benar boleh mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pelbagai aspek perlu diambil kira dalam merancang program. Antaranya ialah pembinaan bahan-bahan bantu mengajar dari segi saiz dan rupa.

            Proses pengajaran pula dibuat selepas perancangan pengajaran dilakukan. Pengajaran boleh dilakukan melalui pengajaran kumpulan kecil, pengajaran rakan sebaya dan juga pengajaran individu. Pengajaran dalam kumpulan kecil dijalankan kepada pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Ahli-ahli dalam kumpulan kecil ini hendaklah bertukar-tukar kerana pelajar yang lemah Bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam Matematik dan sebaliknya. Manakala bagi pengajaran rakan sebaya, seseorang pelajar yang cerdas boleh membimbing rakan-rakannya yang lambat untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru. Pengajaran individu pula diberi kepada seseorang pelajar dan dibimbing bagi mengatasi masalah yang dihadapinya dengan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar.

            Setelah proses pengajaran dilakukan penilaian perlu dibuat bagi memastikan objektif-objektif pengajaran pemulihan tercapai. Sebagai tindakan susulan, pelajar-pelajar yang berjaya menguasai sesuatu kemahiran akan dipindahkan ke kumpulan yang lain mengikut kebolehannya. Bagi pelajar yang masih belum menguasai kemahiran-kemahiran tertentu mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan.

            Ini bermakna perancangan adalah penting bagi memastikan masalah-masalah pelajar yang telah dikenal pasti dapat diatasi. Pelbaagi kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar pemulihan yang tahap kognitif mereka tidak sama dengan pelajar-pelajar yang seusia.Kaedah pengajaran perlu sesuai dengan kebolehan pelajar-pelajar dan tahap pembacaan mereka. Maka secara keseluruhannya perancangan serta kreativiti guru adalah sangat penting agar sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar-pelajar pemulihan adalah lebih sistematik dan juga berkesan.