Monday, November 11, 2013

BAHAN PERBINCANGAN 2

kumpulan 5
Kumpulan 5


Kumpulan 6


Wednesday, October 30, 2013

BAHAN PERBINCANGAN TUTORIAL KAB 3043 LITERASI 2M


 KUMPULAN 2
 KUMPULAN 3

KUMPULAN 1





Tuesday, October 8, 2013

KAEDAH PENGAJARAN GABUNGAN BUNYI KATA(KGBK)

PERSEDIAAN MENGAJAR

 GABUNGAN BUNYI KATA

HARI PERTAMA



HARI :            Isnin

Masa  :             9.00 pagi – 9.30 pagi


KEMAHIRAN :

Mengenal bentuk huruf vokal  “ a  i   u ”    dan membunyikannya


Objektif:

v  Murid beleh mengecam berbagai jenis bunyi, mendengar dan menyebut; misalnya bunyi haiwan.
v  Mengenal bentuk huruf vokal  “ a  i   u ”    dan membunyikannya
v  Menyalin bentuk huruf-huruf vokal  “ a  i   u ” 

Membuka suasana


Guru bercerita  kepada kanak-kanak bahawa manusia boleh bercakap kerana kita boleh mengeluarkan berbagai-bunyi. Manusia juga bolah mengajuk berbagai bunyi seperti bunyi haiwan,bunyi kenderaan dan sebagainya.
Guru meminta murid mengajuk suara yang diperdengarkan seperti suara kucing, suara katak, suara anjing, bunyi motosikal, bunyi kapal terbang, bunyi kereta dan bunyi hujan dan sebagai nya.




Langkah-langkah


Guru menunjukkan kepada kanak-kanak huruf “ a”  dalam kad imbasan dan menyebut nama huruf  “ a”  kemudiannya bunyinya “aa”. Buat beberapa kali dan suruh kanak-kanak mengikut  cikgu membunyikan huruf  “a” dengan jelas.

            Guru menulis huruf   “a”   di papan hitam kecil dan sebut dan ulang beberapa kali. Guru menyuruh  murid menyebut bunyi  “a -------- aa”  beberapa kali. Guru juga juga boleh menunjukkan kad-kad gambar seperti gambar api” ,  “awan  dan  “ayam”

Kemudian guru menunjukkan kepada kanak-kanak huruf  “ u ”  dalam kad imbasan dan menyebut nama huruf   “ u ”  kemudiannya bunyinya “ uu ”. Buat beberapa kali dan suruh kanak-kanak mengikut  cikgu membunyikan huruf  “i” dengan jelas.

            Guru menulis huruf  “ u ”  di papan hitam kecil dan sebut dan ulang beberapa kali. Guru menyuruh  murid menyebut bunyi  “ u --------uu”  beberapa kali. Guru juga juga boleh menunjukkan kad-kad gambar seperti gambar “ubi” ,  “ubat”  dan  “ ulat ”
           
Kemudian guru menunjukkan kepada kanak-kanak huruf  “ i ”  dalam kad imbasan dan menyebut nama huruf   “ i ”  kemudiannya bunyinya “ ii ”. Buat beberapa kali dan suruh kanak-kanak mengikut  cikgu membunyikan huruf  “i” dengan jelas.





            Guru menulis huruf  “ i ”  di papan hitam kecil dan sebut dan ulang beberapa kali. Guru menyuruh  murid menyebut bunyi  “ i --------ii”  beberapa kali. Guru juga juga boleh menunjukkan kad-kad gambar seperti gambar “ibu” ,  “ikan”  dan  “itik”


Aktiviti permainan
v  Guru menyediakan selonggok kad imbasan berhuruf   “ a  i  u” .                       Murid diminta mengambil huruf yang disebut oleh guru.
v  Guru mengumpul huruf –huruf yang sama
v  Guru mengambil kad huruf dan murid menyebut dan membunyikan bunyinya.
v  Guru mengambil kad huruf dan menyebutnya.

Menulis
Tunjukkan kepada kanak-kanak cara menulis huruf  “ a  i   u ”  satu persatu
v  Menggunakan gerakan jari di udara
v  Menggunakan gerakan jari di papan tulis
v  Kanak-kanak meniru menulis huruf-huruf seperti di lembaran kerja



 KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

HARI KEDUA



HARI :            SELASA 

Masa  :             9.00 pagi – 9.30 pagi


KEMAHIRAN :

Ø  Mengenal bentuk huruf  konsonan  “ b”  membunyikannya

Ø Mengenal dan menyebut suku kata    ba bi bu



Objektif

Objektif unit ini ialah supaya kanak-kanak dapat:
Ø  Mengenal dan membunyikan huruf   b
Ø Mengenal dan menyebut bunyi suku kata ba bi bu
Ø  Membaca beberapa perkataan mudah seperti  “  baba ”, “ abu
Ø Menyalin huruf  “b” suku kata dan rangkai kata abu  baba
Ø  Bersoal jawab dengan guru tentang cerita dua orang kawan babadan abu


  

Membina suasana

Guru mengulang pelajaran lalu, kanak-kanak bermain menyebut huruf vokal a,i,u daripada kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. Ulang beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat menyebut bunyinya.
             Guru bercerita huruf lain juga ada bunyinya, contohnya huruf “b”. Guru boleh menyebut bunyi “b” seperti dalam “ baju ”, “ buku ”, “ batu ”,  dan  “ bola ”.

Langkah-langkah

Dengan menggunakan kad imbasan, guru tunjukkan huruf  “b” dan membunyikannya “bbh”.
              Suruh kanak-kanak ikut sebutan guru. Tulis huruf “ b” di papan tulis. Sebut bunyinya, minta setiap kanak-kanak menyebutnya.
              Dengan menggunakan kad imbasan, guru mencantumkan huruf  “ b” dengan huruf  “a”  dan menyembunyikan  “ ba” . Ulang beberapa kali dengan diikuti oleh semua kanak-kanak. Suruh setiap kanak-kanak menyebut “ ba”, “ ba ”.
              Guru tulis “ ba” “ ba ” di papan tulis dan kanak-kanak membuat latihan menyebut “ba”,  “ba”.
               Ulang langkah yang sama untuk “ b” dan “ i ” menjadi “ bi”. Latih kanak-kanak beberapa kali.


               Ulang langkah yang sama untuk “ b” dan “ u ” menjadi “bu”. Buat latihan beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut “bu”, “bu”.
               Kemudian ulang dengan menunjukkan kad imbasan “ba”, “bi”, “bu” supaya kanak-kank menyebutnya. Ulang berselang-sei supaya kanak-kanak mengecam “bi bu ba”  dan “bu ba bi.
                Dengan menggunakan kad imbasan, cantumkan “ba”, “ba” menjadi “ba ba’.
Tulis “baba” di papan tulis dengan menggunakan dua warna, supaya kanak-kanak dapat melihat dan membaca “baba”.
                Ulang cara yang sama untuk “bi” ,“bi”. Latih kanak-kanak menyebutnya beberapa kali.
                Ulang cara yang sama untuk “bu”, “bu”, dan buat latihan secukupnya.
               Latih kanak-kanak melihat danmenyebut “baba”, “bibi”, dan “bubu”. Gunakankad imbasan.
              Cantumkan pula “a” dengan “bu” dan sebut “abu”. Suruh kanak-kanak baca dan sebut “abu”. Suruh kanak-kanak baca dan sebut “abu” beberapa kali. Begitu juga “i” dengan “bu” menjadi “ ibu ”.


  
Aktiviti pengayaan

Guru menyediaan langgokkan kad suku kata
Ø  Mencari kad suku kata yang sama
“ba”  dengan “ba”, “bi” dengan “bi” dan “bu”  dengan “bu”
Ø  Mencantumkaan kad suku kata yang sama
“ba”  dengan “ba”, “bi” dengan “bi” dan “bu”  dengan “bu”

Aktiviti Menulis dan mewarna

Guru membimbing membuat latihan:

Ø  Kanak-kanak menyesuaikan dengan suku kata yang sama.

Contoh:


   ba
 
  ba
 
  





KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

HARI KETIGA



HARI :            RABU 

Masa  :             9.00 pagi – 9.30 pagi


Objektif:

Di akhir pelajaran ini murid boleh:
Mengenal bentuk dan bunyi huruf konsonan “k”
Mengenal dan menyebut suku kata  “ka  ki  ku”
Membaca perkataan mudah seperti     “kuku” dan “kaki”
Mendengar cerita dan bersoal jawab tentang  “kuku” dan “kaki”
 

Membina suasana

Guru mengulang pelajaran lalu, kanak-kanak bermain menyebut huruf vokal a,i,u daripada kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. Ulang beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat menyebut bunyinya.
             Guru bercerita huruf lain juga ada bunyinya, contohnya huruf “k”. Guru boleh menyebut bunyi “kkh” seperti dalam “ kaki ”, “ kuku ”, “ kakak ”,  dan  “ kutu ”.
  


Langkah-langkah

Dengan menggunakan kad imbasan, guru tunjukkan huruf  “k” dan membunyikannya “kkh”.
              Suruh kanak-kanak ikut sebutan guru. Tulis huruf “ k” di papan tulis. Sebut bunyinya, minta setiap kanak-kanak menyebutnya. Murid akan mengulang beberapa kali.
              Dengan menggunakan kad imbasan, guru mencantumkan huruf  “k” dengan huruf  “a”  dan menyembunyikan  “ ka” . Ulang beberapa kali dengan diikuti oleh semua kanak-kanak. Suruh setiap kanak-kanak menyebut “ ka”, “ ka ”.
              Guru tulis “ ka” “ ka ” di papan tulis dan kanak-kanak membuat latihan menyebut “ka”,  “ka”.
               Ulang langkah yang sama untuk “ k” dan “ i ” menjadi “ ki”. Latih kanak-kanak beberapa kali.
               Ulang langkah yang sama untuk “ k” dan “ u ” menjadi “ku”. Buat latihan beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut “bu”, “bu”.
               Kemudian ulang dengan menunjukkan kad imbasan “ka”, “ki”, “ku” supaya kanak-kank menyebutnya. Ulang berselang-sei supaya kanak-kanak mengecam “ki ku ka”  dan “ku ka ki.
                Dengan menggunakan kad imbasan, cantumkan “ka”, “ka” menjadi “ka ka’.





Tulis “kaka” di papan tulis dengan menggunakan dua warna, supaya kanak-kanak dapat melihat dan membaca “kaka”.
                Ulang cara yang sama untuk “ki” ,“ki”. Latih kanak-kanak menyebutnya beberapa kali.
                Ulang cara yang sama untuk “ku”, “ku”, dan buat latihan secukupnya.
               Latih kanak-kanak melihat dan menyebut “kuku”, “kaki”, dan “kaku”. Gunakan kad imbasan.
              Cantumkan pula “a” dengan “ku” dan sebut “aku”. Suruh kanak-kanak baca dan sebut “aku”. Suruh kanak-kanak baca dan sebut “aku” beberapa kali.


Aktiviti pengayaan
Guru menyediaan langgokkan kad suku kata
Ø  Mencari kad suku kata yang sama
“ba”  dengan “ba”, “bi” dengan “bi” dan “bu”  dengan “bu”
“ka”  dengan “ka”, “ki” dengan “ki” dan “ku”  dengan “ku”
Ø  Mencantumkaan kad suku kata yang sama
“ba”  dengan “ba”, “bi” dengan “bi” dan “bu”  dengan “bu”
 “ka”  dengan “ka”, “ki” dengan “ki” dan “ku”  dengan “ku”
Ø  Mencantum suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna:
Kuku          kaki              kuku                    kaki                    
Kaku          buka         kubu                   buku







Akiviti menulis dan mewarna:

Guru membimbing membuat latihan:

Ø  Kanak-kanak menyesuaikan dengan suku kata supaya menjadi perkataan

   ka
 
   ki
 
    Ka ki
 
     
 



      













KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

HARI KEEMPAT

HARI :            KHAMIS 

Masa  :             9.00 pagi – 9.30 pagi



Objektif:

Di akhir pelajaran ini murid boleh:
Ø  Membaca perkataan  ‘V + KV’
ibu
aku
abu
ubi
babu

Ø  Membaca perkataan ‘KV + KV’  
buka
buku
baki
baki
bubu
kaku
kaki
kaka
kuku
kaku


Kemahiran:

Membaca perkataan-perkataan yang mempunyai dua suku kata ‘V + KV’ dan ‘KV+KV’

ibu
aku
abu
ubi
babu

buka
buku
baki
baki
bubu
kaku
kaki
kaka
kuku
kaku









Langkah-langkah


Dengan menggunakan  kad huruf  a i u vokal  dan kad suku kata  seperti  ba  bi  bu ka  ki  ku. Guru membimbing murid mencantumkan kad huruf vokal dan  kad suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.
Contoh:

ibu
aku
abu
ubi
babu

Seterusnya dengan menggunakan kad -kad suku kata  seperti  ba  bi  bu ka  ki  ku. Guru membimbing murid mencantumkan dua kad suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.

Contoh:
buka
buku
baki
baki
bubu
kaku
kaki
kaka
kuku
kaku

Guru membimbing murid membaca perkataan dengan menggunakan kad-kad perkataan dan membuat latih tubi serta berulang-ulang. Guru juga membimbing murid menulis perkataan di lembaran kerja dan di papan tulis kecil.


Aktiviti pengayaan

Guru melonggokkan kad huruf vokal dan kad-kad suku kata di atas meja
Ø  Mencantumkan kad huruf vokal a i u kad suku kata supaya menjadi perkataan bermakna

Ø  Mencantumkan dua kad suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.

Ø  Menyesuaikan perkataan dengan gambar




Akiviti menulis dan mewarna:

Guru membimbing membuat latihan:

Ø  Kanak-kanak menyalin perkataan berpandukan kad gambar
Ø  Menulis huruf dalam perkataan



KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA


HARI KELIMA


HARI :            JUMAAT 

Masa  :             9.00 pagi – 9.30 pagi


Objektif:

Di akhir pelajaran ini murid boleh:
Ø  Membaca  baca perkataan di dalam ayat
Ø  Membaca ayat

Membina suasana

Murid bermain dengan kad perkataan dan kad gambar
Ø  Murid mencantumkan kad gambar dengan kad perkataan
Ø  Murid menunjukan kad perkataan yang disebut oleh guru


Langkah-langkah

Dengan menggunakan kad  perkataan , guru membimbing murid menyusun kad perkataan-kad perkataan supaya menjadi ayat.

Contoh :
buka
buku
  
kaki
abu


kuku
babu


bubu
baba


Seterusnya guru membimbing murid membaca perkatan yang yang ditunjukkan oleh guru
di dalam ayat.

Contoh:

         
 kaki
    buka
 
    abu
 
     

 


      



  
Kemudian guru membimbing murid membaca ayat yang disediakan.

Contoh :
               
buka
buku

kaki
abu


kuku
babu


bubu
baba


ibu
kaki


kuku
ibu












Aktiviti pengayaan

Ø  Membaca ayat berpandukan gambar
Ø  Menyesuaikan ayat dengan gambar
Ø  Membaca ayat dengan kuat
Ø  Mencari kad ayat yang diperdengarkan oleh guru.




Akiviti menulis dan mewarna:

Guru membimbing membuat latihan:

Ø  Menyalin ayat
Ø  Menyusun perkataan menjadi ayat.