Ciri-Ciri pelajar pemulihan
Pelajar-pelajar pemulihan boleh
dikenalpasti melalui ciri-cirinya yang berbeza dengan rakan sebaya mereka.
Robial Kulop (1992) menyatakan bahawa kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak
yang lemah dan kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang
lain. Terdapat tiga kategori kanak-kanak pemulihan yang dinyatakannya iaitu:
- Kanak-kanak lemah perkembangan mental serta
mengalami kecacatan- kecacatan yang lain. Antaranya gangguan kesihatan,
kemahiran berbahasa yang terhad dan mengalami gangguan emosi.
- Kanak-kanak yang kerap ponteng sekolah dan
berlatar belakangkan keluarga susah.
- Mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan
dan penulisan serta menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir kesemua
mata pelajaran.
Manakala Jamilah
Ahmad (1999) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri murid yang lemah dalam
pembelajaran. Antaranya:
- Tahap penguasaan sesuatu kemahiran seperti
kemahiran lisan, bacaan ataupun penulisan adalah lambat.
- Tidak boleh atau lemah dari segi mengubah
ilmu pengetahuan kepada situasi pembelajaran yang lain.
- Lambat untuk mengenal pasti sesuatu perkataan
dari segi sebutan dan makna.
- Sering lupa mengenai apa yang telah diajar
oleh guru.
- Tidak berminat untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran
- Lemah dari segi pengamatan, pendengaran dan
penglihatan.
- Sentiasa bersendirian dan bersikap negatif
seperti rendah diri dan mudah putus asa.
- Kerap ponteng sekolah dan bermasalah tingkah
laku.
- Seorang yang pendiam, pemalu dan sukar untuk
bertindak balas.
Faktor-faktor Masalah Pemulihan
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan
kebolehan membaca seseorang adalah bergantung kepada keadaan normal ketajaman
deria pendengaran dan penglihatan. Ini bermakna sekiranya berlaku sebarang
kerosakan atau kecacatan pada bahagian deria ini, maka ketepatan pendengaran
dan penglihatan akan terjejas. Secara tidak langsung ini akan menyulitkan
proses pembelajaran kemahiran membaca. Mok Soon menyatakan terdapat beberapa
fakrtor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Faktor pertama ialah
disebabkan pembelajaran. Iaitu kurikulum yang kurang sesuai dengan tahap
perkembangan kognitif seseorang, strategi serta kaedah mengajar yang tidak
sesuai dan secara tidak langsung tidak menarik minat pelajar. Sekiranya masalah
– masalah ini tidak diatasi maka seseorang pelajar itu akan hilang minat untuk
belajar dan akhirnya akan mengundang gejala-gejala negatif termasuk ponteng
sekolah.
Faktor kedua yang dinyatakan
ialah faktor peribadi yang berkait rapat dengan masalah kemiskinaan. Contohnya
pelajar yang terpaksa bekerja secara sambilan bagi menambahkan pendapatan
keluarga dan akhirnya menyebabkan mereka tiada masa untuk belajar dirumah.
Kurang kecerdasan juga
menjadi salah satu faktor berlakunya masalah pembelajaran. Ianya berkaitan
dengan masalah mental. Mereka yang mengalami masalah ini lambat untuk berfikir,
cepat lupa, lemah pemahaman dan pengamatan dan sebaginya. Antara punca yang
dikenalpasi ialah warisan keturunan ibu bapa, kelahiran secara tidak normal, kecederaan
atau kemalangan serta kekurangan makanan yang berzat.
Eee
Ah Meng (1998) turut menyatakan faktor pengajaran dan pembelajaran, fizikal dan
deria, masalah pertuturan, masalah kesihatan, masalah mental dan masalah emosi
turut menyumbang kepada masalah
pembelajaran seseorang. Kesihatan memainkan peranan penting bagi mencergaskan
otak. Dengan itu, pelbagai masalah wujud
dalam pembelajaran seseorang akibat daripada kesihatan yang kurang
sihat.
Mok
Soon Sang (1994) juga menyatakan faktor psikologi turut menyumbang kepada
masalah pemulihan. Iaitu pelajar-pelajar yang bermasalah ini mempunyai perasaan
seperti takut, benci, diam kurang berkeyakinan serta rendah diri.
Pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran ini berkemungkinan membenci guru
dan sekolah ataupun menjadi seorang pemalu.
Ini bermakna pelbagai faktor
mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Oleh itu semua pihak terutamanya
guru perlu mengenal pasti punca masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
seseorang pelajar bagi membolehkan pelajar itu dibimbing dari awal lagi.
Contoh-contoh Masalah Penguasaan Kemahiran 3M.
Tujuan Pendidikan pemulihan ialah
bagi membantu pelajar yang tidak menguasai kemahian asas membaca, menulis dan
Mengira. Oleh itu pendidikan Pemulihan adalah penting bagi membantu
pelajar-pelajar ini. Eee Ah Meng (1998) menyatakan terdapat beberapa aspek yang
perlu diambil perhatian bagi tujuan mengenal pasti pelajar yang bermasalah.
Masalah Membaca
Membaca merupakan satu proses pemindahan
simbol-simbol yang dibaca kepada otak untuk ditafsirkan di beri makna. Terdapat
beberapa masalah utama dalam penguasaan kemahiran membaca seseorang pelajar,
iaitu keliru dengan:
1. Bentuk huruf yang seakan
akan sama.
Contoh: h – n, c – e, f – t,
g –q
2. Bentuk huruf terbalik
Contoh: w – m, h – y, u – n
3. Huruf-huruf berbentuk
songsang
Contoh: p – q, b – d
4. Bunyi huruf yang
seakan-akan sama.
Contoh: b-p, d-t, m-n
5. Menyebut bunyi suku kata
Contoh: lari disebut ‘lali’
Mari disebut
‘mali’
6. Menyebut perkataan –
perkataan yang seakan-akan sama rupa.
Contoh: rumput disebut
‘rambut’
Kelapa disebut ‘kepala’
7. Tidak berupaya membaca
dengan intonasi yang tepat.
8. Seringkali meninggalkan
perkataan dalam ayat
9. Walaupun boleh mengeja
tetapi tidak dapat menyebut perkataan
10. Teragak – agak untuk
membaca .
Masalah Menulis
- Cara penulisan perkataan-perkataan tidak
seimbang
- Huruf yang di tulis condong ke atas atau ke
bawah.
- Jarak huruf tidak seragam.
- Huruf-huruf tidak mengukut garisan
- Mencampuradukkan antara huruf besar dan
kecil.
- Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat.
- Menulis huruf-huruf secara bertindan tindih.
- Jarak penulisan antara huruf yang tidak
seimbang.
- Jarak di antara perkataan yang tidak sesuai.
Masalah Mengira
- Keliru tentang nilai nombor.
- keliru semasa menulis angka belas.
- Tidak boleh mengenal angka.
- Tidak boleh menulis angka dengan betul.
- Tidak boleh melengkapkan nombor mengikut
turutan menaik /menurun.
- Masalah dalam pengusaan operasi asas (tambah,
tolak, darab dan bahagi).
Strategi-strategi Pendidikan Pemulihan
- Mengenalpati murid lambat berdasarkan penilaian
prestasi murid.
- Menggunakan kaedah pemerhatian, ujian atau
tugasan bagi mengenal pasti masalah pembelajaran.
- Mengenal pasti sama ada punca sekolah atau di
luar sekolah yang menyebabkan masalah pembelajaran.
- Penyediaan aktiviti pemulihan perlu
berasaskan ciri-ciri pembelajaran murid.
- Menyediakan bahan pengajaran yang dibina
sendiri atau sediaada.
- Mengelolakan kumpulan pemulihan dengan
menjalankan aktiviti pemulihan dalam kumpulan kecil.
- Memastikan keberkesanan pengjaran pemulihan
yang telah dilaksanakan.
Secara tidak langsung
ini bermakna pengajaran pemulihan perlu dijalankan secara individu atau
kumpulan dan berdsarkan kepada keperluan seseorang pelajar. Oleh itu
langkah-langkah pengajaran perlu diikuti bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan seperti yang dirancangkan. Keberkesanan bahan dan alat
bantu mengajar adalah bergantung kepada sejauh manakah ianya dapat menarik
minat dan memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu pendidikan Pemulihan
mempunyai tujuan dan sasarannya yang tersendiri untuk mencapai tujuannya dan
memenuhi keperluan khas sasarannya.
Mohd
Salleh Lebar (1996) menyatakan melalui penilaian guru dapat mengenal pasti
kelemahan seseorang murid. Aktiviti pemulihan meruapakan satu cara mengatasi
kelemahan ini. Iaitu aktiviti pemulihan adalah langkah-langkah khusus bagi
membantu murid yang bermasalah pembelajaran serta menanam sikap positif
terhadap pembelajaran. Disini aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan di dalam kelas biasa dan
kelas pemulihan khas.
No comments:
Post a Comment