Tuesday, September 24, 2013

KANAK-KANAK AUTISME: Pengenalan


DEFINISI

Autisme sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘autos’yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri (Micheal 1990). Autisme juga membawa maksud keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju kearah perkembangan yang tidak menentu. Kanner menyifatkan kanak-kanak ini sebagai menyendiri dan terasing, berupaya untuk berkomunikasi dengan pengulangan perrtuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak dapat bertolak ansur dalam perubahan rutin harian. Menurut Thevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1998) perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

 Black burn (1997)pula menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autistik menunjukkan sikap seperti mengalami kerencatan akal tetapi biasanya mereka lebih pintar.

Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku, mencederakan diri , masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan .(Hallahan dan Kauffman, 1997). Kesimpulan yang boleh di buat daripada definisi diatas ialah autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkenbangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka . Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkahlaku yang positif boleh berlaku.

PENGENALAN

 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,”Tiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”.Anak dilahirkan sebagai satu lambang keilmuan Tuhan yang begitu tinggi nilainyabagi setiap pasangan ibu bapa. Setiap anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh, dan akal bagi menerokai berbagai-bagai tahap dalam proses pembesaran bagi membentuk potensi diri (Muslim ibnu Hajjaj Al-Qusayri,1994).Namun ada juga di antara manusia yang dilahirkan seba kekurangan dari segi fizikal, sikap, dan perasaandan mereka ini di anggap sebagai “cacat” dalam masyarakat.

 Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbazaan dalam diri dan antara individu. Perbezaan yang wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza  dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka.Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autistik atau autisme. Menurut Choate (1997), kanak-kanak autistik mengalami masalah perkembangan dalam komunikasi dan kemahiran social. Pelajar ini sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkahlaku, interaksi social dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan. Autisme merujuk juga kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripadadirinya sendiri. Autisme juga menyebabkan kanak-kanak menuju kearah perkembangan yang tidak menentu. Kebiasaannya autisme menganggu bahagian-bahagian di dalam otak seseorang kanak-kanak terutama di bahagian yang menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung atau tidak langsung (Zasmani Shafiee,2000).

SEJARAH

Orang yang pertama sekali menggunakan perkataan Autisme ialah Eugen Blueler pada tahun 1919 yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun kiri istilah autisme merujuk kepada ‘developmental diaorder’ atau masalah perkembangan.Dr. Leo Kanner seorang ahli psikologi telah menghurai buat pertama kalinya autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik pada tahun 1943. Beliau melihat autisme sebagai masalah gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri.

 

          Tahun berikutnya seorang psikatri Jerman, Aspengerdalam satu kertas kerjanya menyatakan mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam tesis kedoktorannya yang telah diterbitkan pada tahun1944. Aspenger telah membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang luar baisa daripada masalah social, tiada pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. Aspenger ialah kanak-kanak ini tidak memandang mata, tiada ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang sama berulang kali, tidak bersemangat untuk belajar terdapat bidang-bidang tertentu yang di minati dan membuat perkataan sendiri (Myles dan Simpson 1998).

 

          Menurut sejarah, cerita mengenai Victor dan Kasper Hauser menjadi permulaan pengkajian Autisme. Victor adalah seorang kanak-kanak yang di kenali sebagai ‘Wildd boy of Aveyron’. Berusia lebih kurang 10 atau11 tahun. Ketika di tangkap pada tahun 1799 dalam hutan di selatan Perancis lalu dibawa ke Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas dan menjadi salah seorang pelopor kepada Pendidikan Khas (Thevarthen ,Aitken, Papoudi dan Roberts,1998). Dalam pemerhatian  Itard ,Victor memperlihatkan beberapa ciri yang abnormal seperti tidak bercakap, menghayun badankehadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergantung kepada sesiapa, tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu, tidak memandang objek atau orang dan tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakandi belakang belakang kepalanya tetapi memberi reaksi apabila bunyi kulit kacang dipecahkan walaupan dengan perlahan. Di samping itu juga terdapat beberapa ciri lain seperti tidak suka bermain dengan alat permainan tetapi ketawa apabila bermain dengan air. Victor juga tidak sukakan perubahan terutamanya daripada aspek objek dan susun atur barangan. Laupun begitu, Victor menunjukkan reaksi sentuh kain , tangan dan muka mereka yang dikenali  (Paluszny,1979).Kesemua ciri yang diperlihatkan oleh Victor juga menunjukkan persamaan dengan ciri-ciri autisme.Perkara itu dinyatakan oleh seorang doctor muda Itard pada tahun1801.

 

          Satu lagi kes iaitu kes Kesper Hauser yang dilahirkan pada 39 April 1812 merupakan satu lagi bukti sejarah tentang autisme. Tinggi Kasper ialah 4 kaki 9 inci. Kasper tiba di Nurenberg pada tahun 1828 dengan membawa surat untuk memohon ketua askar menerimanya berkhidmat untuk raja. Pada masa itu Kasper terus mengucapkan kata-kata “ I want to be a horseman like my father was”dan mengulangnya berkali-kali seperti telah dilatih. Kasoer juga mempunyai ciri-ciri seperti tidak berupaya untuk berkomunikasi, tidak memahami apa yang dicakapkan padanya, suka kawasan yang gelap dan alat-alat permainan. Namun begitu, Kasper juga mempunyai keupayaan yang lain seperti berupaya menurut perintah,menunjukkan minat terhadap aktiviti melukis dan menulis serta mempunyai daya ingatan yang tinggi (Frith,1993). Dalam kes Kasper juga memperlihatkan ciri-ciri yang sama seperti kanak-kanak autisme. Dr. Leo Kanner yang menyedari keadaan itu sebagai ‘early infantile aitism’ membuat kesimpulan kisah Victor dam Kasper bahawa ciri-ciri tersebut merupakan factor biologi yang menyebabkan gangguan kepada hubungan yang berkesan. Beberapa tahun sebelum penulisan kertas kerja Kanner,’autistik ‘ telah digunakan untuk menerangkan tentang ciri-ciri orang yang mempunyai schizophrenia. Blueler menyatakan bahawa ia merupakan tingkah laku yang mengasingkan diri dimana proses pemikiran skizoprenia sebagai autistik kerana penumpuan lebih kepada fantasi tanpa memikirkan reality dan logic. Namun mengikut Blueler, seperti pemikiran orang autisme ,adalah normal apabila manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang keseimbangan antara autisme dan reality maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri autisme timbul (Frath,1993).

PERKEMBANGAN FIZIKAL

 

 

          Sekiranya dilihat daripada aspek fizikal ,kanak-kanakautistik kelihatan normal .sukar untuk melihat adakah mereka mengalami autisme secara pandangan luaran sahaja .Maka perbincangan lebih kepada perkembangan otak dan bahagian dalam badan yang mengalami ketidaknormalan  daripada aspek perkembangannya.

 

          Kecelaruannya dalam pembentukan otak kanak-kanak autisme kini difahami sebagai ‘neuro-development  disorder’, untuk memahami bagaimana fikiran dan tingkahlaku kanka-kanak autistik terjadi daripada hasil perkembangan otak,perlu dilihat bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk menerima proses pembelajaran .Perasaan sebagai fungsi penting dalam tubuh badan manusia untuk keperluan kehidupan .Setiap otak manusia dibentuk daripada beribu-ribu sel saraf yang saling berkait dan disusun dalam bentuk system yang bertindak mengawal kesedaran di luar tubuh badan termasuk emosi,tingkahlaku dan juga mempunyai hubungan dengan fungsi organ dalaman .

 

         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         

 

          Gambarajah di atas adalah gambarajah otak manusia yang terdiri daripada serebrum ,sereblum  dan mandula oblongata dimana bahagian terbesat ialah serebrum .Menurt Trevarthen ,Aitken,Papovati dan Roberts (1998) .Setiap hemisfera otak terbahagi kepada 4 bahagian iaitu frontal ,Temporal ,occipital dan parietal .Kawasan occipital menerima sel-sel saraf optik ,menganalisis dan memberi maklumbalas tindakan yang perlu dilakukan kepada mata.Temporal lobe pula merupakan kawasan pendengaran dan ia berhampiran dengan kawasan sensori .Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal kebanyakan pergerakan tubuh badan.Bahagian parietal merupakan pusat mengawal motor pertuturan .Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir ,membuat perancangan ,kegiatan belajar dan mewarnakan konseptual serta perkembanagan bahasa .Bahagian ini juga mengawal tahap kesedaran ,terlibat dalam proses mental ,mengawal pergerakan motor ,kawalan emosi dan sensori .Sereblum pula merupakan bahagian otak yang kedua terbesar dan terletak di bawah occipital lobe .Fungsi utama adalah mengawal keseimbangan badan ,mengkoordinasi pergerakan otot, dan mengawal tubuh badan tetapi pada kedudukan yang normal .Namun demikian  bagi kanak-kanak autistik ia mungkin terjadi secara tidak normal .

 

 

          Pelbagai cara pakar saintis otak mendapat maklumat mengenai otak individu autistik.Bukti daripada skan otakyang menggunakan pelbagai kaedah menyatakan bahawa kaedah Pneumoencephalography (PEG) mendapati kehilangan tisu dalam cortex di temporal lobe yang kiri mungkin menerangkan mengenai kekurangan yang teruk dari segi bahasa sebahagian kanak-kanak autistik (Freia ret al.,1984), kaedah Computerisad Axial Tomography (CAT) turut mendapati ketidaknormalan yang banyak dan kerosakkan dalam Cerebral Cortex (Ballotin et al.,1989), kaedah Magnetic Resonance Imaging(MRI) dalam kajian di US telah mendapatkan imej yang jelas otak tengah dan struktur serebrum dan mendapati sesuatu yang tidak disangkakan mengenai otak individu autistik (Horowitz et al.,1988), kaedah Positron Emission Tomographymenunjukkan terdapat perbezaan metabolic dengan ketidaknormalan aktiviti sel dan mendapati terdapat kolerasi yang rendah dalam bahagian hadapan dan parietal (mengamal pertuturan) dari cortek antara struktur dan saraf otak dan kaedah Single Photon Emission Computerised Axial Tomogrraphy (SPECT) merupakan teknik yang lebih murah dan kajian telah mengukur perjalanan darah dan mendapati pengurangan perjalanan darah dalam bahagian hadapan dan lateral temporal lobes yang kanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambarajah diatas adalah gambarajah system limbic yang terdapat didalam otak manusia.Hasil daripada post-mortem ke atas beberapa individu autistik oleh Dr.Bauman dan Kemper mendapati terdapat dua bahagian dalam system limbic yang kurang berkembang iaitu ‘amydala’dan hippocampus. Dua bidang ini bertanggungjawabuntuk emosi, tingkah laku yang tidak disebabkan oleh input sensori dan pembelajaran.Pengkaji ini mendapati juga terdapat kekurangan sel perrkinje dalam cereblum.Menggunakan magneta Resonance Imaging ,Dr. Courchesne mendapati dua bidang dalam cereblum,vermal lobules vi dan vii, yang ternyata kecil daripada biasa dalam individu autistik. Apa yangmenarik, terdapat sebahagian individu autistik yang mana ‘vermal lobules vidanvii adalah lebih besar daripada mereka yang normal.Satu atau kedua-dua bidang dalam cereblum dipercayai bertanggungjawab terhadap cirri penumpuan perhatian (Edelson 1999).

 

Pemerhatian terkini terhadap pengenalpastian system otak yang rosak kerana kerosakkan gen telah menyebabkan autisme, walaupun bahagian lain otak adalah sempurna.Kesemua jenis autisme mungkin mempunyai pelbagai punca,kerosakkan pembentukkan otak ketika peringkat pre-natal membawa kepada kerosakkan fungsi yang lebih tinggi yang kelihatan lama selepas kelahirandan ia merupakan ciri linguistik.

 

Hasil daripada kajian Drs.Bauman dan Kemper (1985)mendapati terdapat autonomi yang tidak normal di bahagian otak individu autisme.Kesemua berstruktur dan berhubungdengan fungsiemosi dan turut mendapati perubahan dalam ‘neocerebeller cortex’.Terdapat kajian menunjukan pengurangan sel perkinje dalam sereblum yang berkaitan menumpukan perhatian dan koordinasi pergerakan badan namun masih terdapat perbezaan pendapat.

 

Menurut Trevarthen,Aitken,Papoudi dan Roberts(1998)terdapat kesilapan genatik dalam otak dimana pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti down sindrom namun tiada sebab untuk mengjangkakan bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukkan otak dan fungsinya.Jika ia disebabkan oleh factor keturunan ,terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab.Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autistik.

 

Antara 17 dan 58% individu berada dalam keadaan ini dimana neoron dari cerebral cortex dari amorphuris tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.Walaupun begitu,peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus kebanyakkan lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya.

 

 

 

 

 

          Gambarajah menunjukkan sentral nervous system(CNS) yang terdiri daripada saraf tunjang dan otak.Sistem motor dalam system saraf pusat atau CNS menggerakkan corak pergerakan tubuh,tumpuan dan focus kepada organ deria rasa dan pelbagai lagi bahagian dalam otak yang menentukan segala pergerakkan termasuklahmotivasi dalaman dan lain-lain.CNS ini terbentuk bermula daripada embrio berusia 2 minggu dan baru terbentuk 2mm.Ini berlarutan sehingga embrio berusia 8 minggu dan seterunya menjadi fetus atau janin.Pada masa ini mekanisme genatik mula muncul.Faktor ini menentukan perkaitan individu dengan bentuk tubuh,organ dalaman dan CNS yang disesuaikan untuk mengekalkan dan mengarahkan hidup yang sihat dan tingkah laku yang cerdas (Gardner dan Stern,1993 dalam WA).Ini mungkin langkah pertama yang kukuh dalam embrygology of motive system dalam otak. Kini terdapat bukti yang mana kecelaruan yang berlaku berasaskan genatik yang mana ia mempunyai komponen teras yang berkesan (Plomin et al., 1997 dalam WA)dan ini merangkumi ‘autistik spektrum disorders’.

 

          Bukti untuk ketidaknormalan neorochemical berpunca daripada kajian terhadap kesannya beberapa bentuk perubahan terhadap tingkahlaku dan status kanak-kanak yang terkena kesannya. Peningkatan tahap urinary serotonim telah diperhatikan secara konsisten dalam 30% kes autistik. Jika dilihat daripada aspek biokimia, ramai individu autisme meningkatkan tahap serotonin dalam darah dan ‘cerebral spiral fluid’ mereka, manakala yang lain mempunyai tahapserotonin yang rendah. Terdapat juga bukti bahawa individu autistik meningkatkan tahap ‘bete endorphins;an  endogenous apiate’ seperti bahan dalam badan yang menakibatkan individu autistik kurang merasa sakit (Edelson,1999).

 

          Kebanyakkan individu autistik mempunyai kecacatan atau kekurangan di dalam satu atau lebih deria mereka. Deria itu meliputi auditori , visual sentuahan ,rasa,vestibular alfactory (bau)dan deria propriosetif. Semua deria ini boleh menjadi hypersensetif atau boleh menjadi hyposensetif dan boleh menyebabkan seseorang mengalami gangguan seperti tinnitus,(bunyi bendesing dalam telinga). Keadaan ini mengakibatkansukar bagi seseorang autistik untuk memproses maklumat dengan lebih tepat (Reed,1994).

 

          Kekurangan sensori menjadikan seseorang autisme itu sukar untuk menerima stimulasi normal. Sebagai contoh ada individu autistik yang cuba mengelakkan pelbagai bentuk sentuhan namun ada pula yang tidak merasa sakit. Dari segi deria pendengaran hypersensitive, lebih kurang 40% individu autistik mengalami ketidakselesaan apabila terdedah kepada bunyi atau frekuansi bunyi tertentu.Selalunya mereka menutup telinga mereka dan tentrum apabila mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi motor.Ada pula ibu bapa yang menyangka anak mereka cacat pendengaran tetapi sebenarnya anak autisme tidak memberi respon kepada bunyi (Edelson 1999).

 

          Kebijaksanaan dan keseimbangan emosi bergantung kepada motif dalaman dan maklumat daripada luar pemikiran atau otak.Otak manusia merupakan dalaman manusia sebagai kuasa untuk melakukan semua perkara dalam berkomunikasi dengan badan dan pemikiran orang alin. Kebolehan untuk memahami orang lain melalui minda dengan porang lain merupakan kebolehan yang alhir bersama setiap bayi. Individu autismaturut mempunyai otak yang bijaksana yang melambangkan dunia mereka serta mengawal kesihatan badan mereka namun mereka mempunyai masalah dalam kesedaran, pembelajaran, masalah dalaman dan peraturan diri. Mereka juga kurang upaya dalam persepsi atau memberi respon kepada apa yang berlaku terhadap orang lain dan bagaimana orang lain berfikir. Ini merupakan maklumat penting apabila kita cuba memahami mengapa kanak-kanak autistik berusia 3 tahun kurang sedar dan tidak berimaginasidalam memberi reaksi kepada orang alin.Para pengkaji turut mengenalpasti beberapa ketidaknormalan otak individu yang menghadapi autisme. Walaubagaimanapun alas an itu bagaimana ketidaknormalan ini boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu ketidakfungsian dalam struktur neural di otak dan ketidaknormalan biokimia di otak (Edelson,1999).

Ciri-ciri Autisme


 

          Sukar untuk menerangkan setiap jenis individu autisme kerana terdapat banyak bentuk kecelaruan seperti adanya yang antisocial atau yang boleh bersosial ,agresif terhadap diri sendiri atau agresif terhadap orang lain .Sebahagiannya mempunyai sedikit atau tiada bahasa langsung ,ada yang mengulang-ulang perkataan atau frasa dan sebahagian yang lain mempunyai kemahiran bahasa seperti individu normal .Memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai Autisme ,cara untuk mengenalpasti ialah apabila individu menunjukkan beberapa ciri-ciri tingkahlaku yang berkaitan .(Edelson,1999).

 

          Bayi yang dilahirkan sebagai autisme ada menunjukkan Simpton-simpton yang mungkin penjaga tidak perasan .Dua simpton biasa yang ditunjukkan termasuklah menggelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dengan melengkungkan badan ke belakang agar tidak disentuh dan melembikkan badan jika menjangka unutk dianagkat .Ketika bayi ,mereka sering dianggap samada sebagai pasif atau ‘Ovely agitated baby ‘.Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan prihatin atau membuat kerenah daripada ibubapa.Manakala, bayi “Overly agitated baby “merujuk kepada bati yang kadang –kadang menangis tanpa henti sepanjang masa dan berjaga .Semasa bayi jaga,mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara itu tidaklah berlaku sepanjang masa(Edelson,1999).

           Tahun pertama kehidupannya ,kebanyakkan kanak-kanak ini mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap,merangkakdan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa.Manakala, sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat .Hampir 1 setengah bahagian daripada kanak-kanak autistic berkembang secara normal sehingga usia 11/2 hingga 3 tahun barulah symptom autistic mula kelihatan.Individu ini sering dianggap sebagai menghidapi negressive autisme .Kebanyakan orang dalam bidang ini percaya bahawa ‘Candida albicons’ .Pengambilan vaksin ,terdedah kepada virus ,atau permulaan seperti sawan mungkin bertanggunggjawab untuk ‘regression’ ini.Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai ‘regressive’ autisme mungkin menghidapi sindrom Landau .Kleffzer.(Edelson, 1999).

 

          Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai individu autisme mepunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang jelas dan nyata berciri autisme.Kajian juga menunjukkan orang yang terlibat mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas.Ini termasuklah sindrom landau –Kleffnor ,sindrom Fragile x.Sindrom Williams .Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit ,yang terlalu memikirkan mengenai sesuatu topic ,ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa.Individu ini boleh dianggap sebagai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari (Reed ,1999)

 

          Sindrom Fragik tidak merupakan satu bentuk mental reterdasi ‘long aim’ di mana pada kromosom tidak terjerut.Lebih 15% daripada individu yang mempunyai fragile bukan sindrom menunjukkan tingkahlaku dan cirri-ciri kanak-kanak autistic .Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat ,hyperaktif ,eye contact yang lemah ,denagn bahasa mengibar-gibarkan tangan .Kebanyakan individu ini berfunsi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana .Semakin mereka membesar ,perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung (Edelson,1999) . Mereka yang mempunyai Sindrom Landou- Kleffner menunjukkan banyak tingkah lakuautisme seperti mengelakkan diri daripada bersosialisasi, mengkehendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. Individu ini sering di anggap sebagai menghadapi  ‘regresif’autisme kerana mereka menunjukkan ciri-ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun 7 tahun. Mereka biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian hilang keupayaan untuk  bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak Edan G semasa tidur. (Edelson , 1999).

         

          Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurology yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ hingga 1 1/2tahun. Sebahagian daripada ciri-ciri tingkah lakunya termasuklah  kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan , mengoyangkan badan mengelak daripada bersosial.Individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk.Sindrom William mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autistic termasuk perkembangan yang lambat dalam bidang bahasa, sensetif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian , dan mempunyai masalah sosial. Namun secarakontras kepada ramai individu autistic , mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosialdan menghadapi masalah jantung. (Edelson, 1999).

 

          Individu autistic sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanaksebagai tambahan kepada ketidakfungsian tingkah laku mula timbul seperti “self-stimulatory behaviors”iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamatseperti mengoyang-goyang badan ,menggoyang tangan, mencederakan diriseperti menggigit jari , tangan menghantuk kepala,masalah tidur dan makan “eye contact”yang lemah tidak sensitive kepada sakit hiperaktif dan hipoaktifdan kurang menumpukan perhatian (Hallahan dan Kauffman ,1997). Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autistic adalah dimana mereka mengkehendaki kepada persamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang “persererative”.Mereka cuba mengekalkan rutin harian dimana satu perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tenteram.Sebagai contoh yang biasa seperti hanya makan dan minum, makanmakanan yang sama pada setiap waktu makan,memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang samadan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin untuk mengkehendaki kepada kesaamaan kerana tidak mempunyai  keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza  (Edalsun,1999).

 

          Kanak-kanak autistic juga menghadapi masalah semasa perubahan kealam baligh. Lebih kurang 25%menghadapi masalah sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormone. Ada ketikanya banyak masalah tingkah laku menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada amsa ini, walaubagaimanapun tidak semua kanak-kanak autistic mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999).

 

          Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme diantaranya masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi 2 hala, terutama dengan rakan sebaya, masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non verbal dan kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan tingkahlaku pengulangan.

 

          Kanak-kanak autistic dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory) untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun, ia lebih merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika mereka tidak dapat menggunakannya.(Frith,1993).

 

          Artikel yang dikeluarkan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka , hasil penulisan Dr. Yasmin Bt Hussain mengatakan ciri-ciri seperti boleh mendengar tetapi tidak mengerti apa yang diperkatakan , suka mengelak pertentangan mata, ketawa dengan tiba-tiba, menangis dan marah tanpa sebab, tidak mahu dimesra atau didakap , kepayahan menyesuaikan sesuatu objek , perkataan yang diulangkan berkali-kali , perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek, tingkah laku aktif yang keterlaluan atau sebaliknya, tidak mengenali bahaya, tidak dapat merasai kesakitan , suka meniru perkataan orang lain, bercakap tidak putus-putus , memegang tangan orang dewasa apabila memberi arahan , menunjukkan dengan jari apabila yang dihajati , berkelakuan aneh, tidak mahu erbezaan dalam hidup seharian tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal, dan tidak mahu menerima pelajaran biasa dan suka memutar barang.
 

LANGKAH PENCEGAHAN DAN RAWATAN


           Tidak ada ubat khas yang boleh merawat Autisme ,tetapi pelbagai cara dikaji untuk membolehkan tingkahlaku kanak-kanak  Autisme menjadi lebih baik .Pelbagai jenis rawatan tradisional dan bukan tradisional dicuba oleh keluarga kanak-kanak Autisme untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian .Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk memperbaiki tingkahlaku namun tiada ubat utama yang berkesan secara konsisten dalam merawat Simptom Autisme .Ubatan yang paling luas digunakan adalah ritalin yang digunakan unutk merawat kurang tumpuan perhatian dan Hyperaktif .Namun ,tiada kajian dijalankan unutk menunjukkan tahap keberkesanannya.Kepada mereka yang mempunyai Autisme (Edelson ,1999).Dua jenis rawatan yang menerima sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA)dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium .Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time out ,untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson ,1999).

           Lebih kurang 45% daripada kanak-kanak yang Autisme dapat meningkatka kesedaran dan tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6  dengan magnesium .Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap dan Di-methy-Iglycine(DMG).DMG banyak membantu ke  arah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran komunikasi (Edelson ,1999).

           Ada sebahagian individu autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan yang digelar ‘candida albicons’dalam saluran usus mereka .Tahap candida albicons yang tinggi mungkin menyumbang kepada factor masalah tingkahlaku mereka .Ia berlaku apabila kanak-kanak mendapat jangkitan di telinga  tengah ,antibiotic yang melawan jangkitan mungkin merosakkan system pengawalan yis dalam saluran usus .Hasilnya ,yis akan tumbuh dan melepasakan toxin dalam darah dan toxin ini mungkin mempengaruhi tahap kefungsian otak namun ,ia boleh dirawat samada dengan perubatan ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson  ,1999).Tingkahlaku Autisme juga disebabkan ketidaksesuaian dan sensitive terhadap makanan .Banyak keluarga dapat memerhatikan wujud tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan dikeluarkan dari menu kanak-kanak Autisme.Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino .Protein ini adalah gluten (seperti gandum, barli,oats)dan casein (dalam susu manusia dan susu lembu ) .Ramai ibubapa telah mengeluarkan bahan ini daripada dilihat membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku ( Edelson ,1999).

 Knak-kanak Autisme mempunyai kekurangan daripada segi sensori ,maka teknik integrasi sensori digunakan untuk merawat ketidakfungsian deria rasa ,vestibular dan proprioceptive senses .Sebahagian daripada teknik tersebut termasuklah membuai buaian dengan pelbagai cara untukmembantu menormalkan vestibular senses dan menggosokkan tescture yang berlainan kepada kulrt untuk deria sentuhan .Sebagai tambahan, seorang wanita autistic ,Dr. Temple Grandin , membentuk mesin peluk yang memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang ( Edelson,1999).Kebanyakkkan individu Autisme sensitive terhadap bunyi dalam persekitaran..Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi bagi mereka menyakitkan .Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu langkah yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya.Latihan penglihatan merupakan satu langkah untuk menormalkan pandangannya.Ia daripada program yang popular dibentuk oleh Dr.Melvin Kaplon ,termasuklah memakai prism atau Lensa dan membentuk latihan pengesahan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalakn sistem penglihatan (Edelson,1999).
                

                PERKEMBANGAN BAHASA


Penggunaan bahasa dengan baik adalah satu kekurangan bagi kanak-kanak autistic .Bagi yang  boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif .Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas .Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur ,penulisan dan bahasa isyarat yang formal .Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga menjadi penyebab masalah sosial dan perkembangan kognitif .Namun demikian, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak autistic biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka .Oleh itu, masalah bahasa boleh menjadi lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku.

           Kanak-kanak autistic tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmental phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat .Pada kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa .Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan .Linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autistic dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang lain seperti mental retardasi,pekakdan lain-lain .Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian diantaranya ialah Ekolalia yang merupakan ciri yang paling menonjol.Adalah kekerapan di mana mereka mengulang-ulang apa yang diucapkan kepada mereka .Ekolalia ini berlaku apabila kanak-kanak autistic mengulang tanap niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatic.Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai iaitu :

i.Immediate Ekolalia  - Pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut.

ii.Delayed Ekolalia – Diucapkan agak lama  selepas  perkataan  asal disebut.

iii. Mitigated ekolalia- Pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan kepada apa yang dipertuturkan .

Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia namunia ketara kepada kanak-kanak autistic kerana ,kekerapan yang tinggi ,ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa dan pada kanak-kanak auitstik ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata.Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autistic kurang mempunyai daya kefahaman menjadi punca utama ekolalia .Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada, kekerapan dalam pengulangan akan ,enurun .Yang seterusnya ialah masalah kata ganti nama .Dalam kajian yang dijalankan di luar negara ,kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autistic ketika penggunaan kata ganti nama kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti ‘she’ atau ‘he’ atau penggantian seperti ‘him’ untuk ‘he’ .Ini juga sering berlaku kepada kanak –kanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain yang memunyai masalah bahasa .Masalah yang jelas kepada kanak-kanak autistic adalah kepada kata ganti nama pertama dan kedua seperti ‘you’ untuk dirinya dan ‘I’ unutk orang lain .Ini adalah kerana :

a)     Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti ‘I’’ ,’you’ dan ‘me’ yang berubah penggunaannya  menyebabkan sukar unutk memahami makna perkataan ini .

b)    Masalah kata ganti nama wujud kerana mereka tidak dapat mebezakan apa yang mereka fikirkan dan apa yang orang lain fahami dan kanak-kanak autistic juga tidak menumpukan perhatian unutk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa .Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai  program Intervensi bahasa boleh membantu :

111.                   Bahasa Idiosinkratik

Ada di antara kanak-kanak autistic menggnakan bahasa tersendiri sebagai komponen perantaraan .Bahasa yang dihasilkan sukar unutk difahami da semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantic yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman.Kanak-kanak ini mempunyai kecenderungan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks di mana mereka mula-mula belajar ,tanpa dapat membuat generalisasi unutk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada perkataan biasa digunakan dengan perkataan baru atau ncologisms di mana terdapat kombinasi morfem yang salah .Walaupun terdepat kanak-kanak autistic yang menggunakan bahasa yang tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia terlihat dalam satu-satu masa dan tiada dalam perbualan yang lain .Kanak-kanak lain pula mengulang perkataan perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak menunjukkan makna yang tepat sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Coggins dan Fredeckson (1988) ke atas seorang kanak-kanak autistic yang kerap mengulang-ulang perkataan “boleh saya cakap” yang mana ia ditujukan kepada rakan perbualan dan topic baru yang dimulakan oleh individu dewasa

iv)Nonscgmental phondogy

 Kanak-kanak autistic biasanya menunjukkan kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang ‘nonssgmental’ yang juga disebut ‘prosody’atau bentuk-bentuk sajak dan puisi ,namun bentuk ini bereza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjukkan perbezaan yang berikut:

a.Rithma yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan .

b. Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian

c. Pitch suara yang terhad dan monotonus pertuturannya

d. pengeluaran vocal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa.

e.Nada bunyi yang berbeza dan tidak  konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan

Kanak-kanak autistic tidak dapat menunjukkan perbezaa dalam intonasi yang digunakan dalam perbualan biasa

v.Kurang komunikasi berfungsi

Sukar menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak autistic jika ekolalia diketepikan .Ini kerana ia sukar dibezakan kerana perbezaan dalam tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan .Kanak-kanak autistic kurang cakap dalam menarik perhatian rakan perbulalannya seperti membuat ‘eye contact’ menunjuk kepada sesuatu .Mereka lebih suka beritndak sebagai menurut lebih daripada menerajui perbualan .

 

   Untuk mengatasi masalah bahasa ini ,pelbagai komunikasi dipermudahkan atau ‘Facilitated Coumunication ‘ telah dijayakan dengan pelbagai lat yang mempunyai input menggunakan  menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti computer ata umesin taip elektrik .Individu autistic yang menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan .Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan ganti nama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci.Terdapat juga laporan yang menjelaskan mengenai pembahan dalam simantik dan kefahaman dalam komunikasi .Individu dengakeupayaan yang minimum untuk berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan ,tumpuan perhatian yang lebih baik ,bentuk lawak ,kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya .Kajian mendapati tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul dalam perbualan secara pertuturan .Namun, belum pasti bentuk komunikasi begini sesuai untuk semua kanak-kanak autistic .Antaranya elemen dalam bentuk komunikasi ini adalah sokongan fizikal,latihan wal ,pengekalan focus,elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan yang berstruktur .Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan .

 

   Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autistic tidak terhad kepada mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja .Ini kerana kebanyakan kanak-kanak autistic menunjukkan seperti menghadapi mental reterdasi dan ciri –ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi .Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk menguasai pertuturan.Terdapat juga system auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa ,samada perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komuniaksi secara lisan tidak diketahui, tetapi ia memberi rasional untuk mengejar bahasa melaui visual atau stimulasi sentuhan kinastatik .Ciri lain seperti masalah ‘eye contact’ yang lemah ,rutin yang sama minat dalam peralatan mekanikal memandangkan agar mereka menggunakan system komunikasi yang lain .

 

   Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaa latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa, namun kajian belum dapat menjelaskannya.Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistic ini lemah dalam meniru secara verbal dapat mengeluarkan pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual .Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autistic dan memerlukan kajian lanjut .

   Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang kompleks dan memerlukan penaksiran yang berhati-hati untk melihat perbezaan tahap masalah lain.Bagi kanak-kanak autistic ,ia semakin kompleks kerana interaksi yang minat antara bahasa ,kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa yang sama.


PERKEMBANGAN EMOSI


          Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autistic penentuan umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan. Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira bagaimana seseorang memberi respon.kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud(Edelson 2001). Sebagai contoh kanak-kanak berusia 2 tahun mempunyai tingkah laku yang tidak mahu membuat apa yang di suruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan yang tidak realistic dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial emosi sebagai contoh ,seseorang individu autistic dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat “temper tantrum”apabila berhadapan masalah kecil mereka akan berkelakuan seperti kanak-kanak 5 tahun.Ini kerana tahap intelektual kanak-kanak autistic tidak sama dengan umur sosial-emosinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

          Berdasarkan kajian Dr. Margeret Bauman mendapati (bukti Neutrologi yang secara tidak langsung menyokong perkaitan antara fungsi otakdan umur sosial emosi ketika menjalankan beberapa bedah siasat otak kanak-kanak autistic.Beliau secara konsisten mendapati sebahagian system ‘Limbic’ iaitu amygdale dan Hippcompus adalah tidak matang (Edelson 20001). Amygdala bertanggungjawab untuk beberapa aspek tingkah laku yang tidak bersabar dan memproses sensori manakala mppocompus bertanggungjawab untuk pembelajaran ,ingatan dan integrasi maklumat sensori .Walaupun ,kedua-dua berfungsi pada diri individu autistic tetapi ia kurang misalnya,kanak-kanak autistic yang berusia 10 tahun mungkin mempunyai amygdale yang sama seperti kanak-kanak berusia 3 tahun .Namun ,bagi mereka yang mengalami sindrom aspeger  dan autisme yang berfungsi tinggi mempunyai ketidaknormalan amygdala tetapi hanya sedikit ketidaknormalan atau tiada langsung masalah hippocampus.Ini akan menyebabkan mereka hanya mengalami masalah emosi yang tidak matang apabila berada dalam situasi sosial .(Edelson,2001).Apabila kita mengambil kira umur sosial emosi dan bukan umur intelektual ,adalah lebih mudah untuk memahami kenapa mereka berkelakuan seperti kanak-kanak .Kesedaran terhadap perbezaan –perbezaan tersebut dapat membantu individu ini bagaimana untuk berkelakuan betul dalam situasi sosial emosi yang berbeza.

 

          Yang menjadi persoalan ialah, adakah kanak-kanak autistic dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara seseorang ? Satu kajian yang dijalankan oleh Peter Holoson di mana kanak-kanak perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi .Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autistic mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka.Kank-kanak ini gagal untuk membuat hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan .Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditujukan dan didefinisikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan (Frith,1993).Perasaan yang ada dan cara dinyatakan melalui suara ,wajah dan gesture boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup.Jika ia diinterpretasikan dengan cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada kekurangan kognitif.

 

          Keletah kanak-kanak autistic ketawa gelihati boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak autistic menunjukkan perasaan mereka adalah ia wujud dalam keadaan sosial yang betul .Sekurang-kurangnya dalam bidang kanak-kanak autistic dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain ,digeletek atau pergerakan mengikut muzik .Namun, agak ganjil apabila tiba satu peringkat umur di mana kank-kanak autistic lebih menyukai permainan kanak-kanak (Frith,1993)

 

          Semasa kecil mereka lebih nampak gembira bersama satu aktiviti secar sendiri .Individu autistic tidak suka bergaul dengan rakan sebaya .Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari untuk mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri .Namun ia tidak akan  dilakukan oleh kanak-kanak autistic.(Frith,1993).Kanak-kanak autistic berbeza dengan kanak-kanak normal termasuklah kanak-kanak sindrom down yang lebih suka berinteraksi dengan orang lain dan tidak suka duduk bersendirian .

 

          Semakin mereka membesar ,individu autiatik menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak berupaya menunjukkan emosi yang betul pada tempat yang sesuai ,mereka juga boleh menunjukkan perasaan secara tidak ketara(Frith,1993)

 

          Kemungkinan besar emosi awal yang dilihat merupakan tanda mereka belum matang .Individu autistic juga mempunyai beberapa ekspresi wajah ,posture badan yang kaku dan suara yang monotonus .Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian ,kurang peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh individu autistic untuk mengawal perasaan kekurangan kerana kurangnya minat semulajadi dalam komunikasi .Mint seperti ini sukar untuk dikekalkan  tanpa penghargaan daripada orang lain yang mempunyai perbezaan pemikiran (Frith,1993)

 

          Ekspresi emosi perlu dipeljari seperti bahasa kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran ,berkomunikasi dan memahami tahap mental tiada pada mereka (Frith,1993) .Mereka juga tidak mempunyai perasaan takut kepada bahaya terutamanya bagi kanak-kanak autistic yang masih kecil .Ramai ibubapa yang bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari ke dalam air yang dalam dengan berpakaian rapi .Namun, mereka kadangkala takut dengan benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas ,bila langsir diturunkan ,masa untuk mandi atau dengan binatang kesayangan rakan .Kanak-kanak autistic tidak memahami perasaan orang lain jatuh atau kanak-kanak lain dipukul .Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul atau terjadi tanpa apa-apa sebab.(Wing,1983)

 

          Kanner mempunyai bahawa ketidaknormalan dalam perkembangan emosi merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistic masih kecil .Beliau mengambilkira kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai perkembangan yang normal sebelum menjadi autistic .Konsep ini terlalu global dan ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini .Kajian turut mendapati bahawa situasi tersebut dipermudahkan .Namun, kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau meberi arahan (Wing,1983). 

PERKEMBANGAN KOGNITIF

 

Ramai individu autistic tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang kanak- kanak normal menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar menghadap rakannya. Seseorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pandangan berlainan mengenai gambar tersebut(Edelson,1999). Lebih kurang 10% individu autistic mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruangsemulajadi seperti bakat istimewa dalam muzik dan matematik. Ada diantara mereka boleh mendarab jumlah angka yang besar dalam waktu yang singkat bahkan ada yang boleh menentukan nama hari apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual penerbangan yang lengkap(Edelson,1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupannya.

Majoriti individu autisme juga mempunyai tumpuan atau focus yang terhad tetapi berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus overselectivity. Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada aspek sesuatu perkara sahaja yang tidak berkaitan. Contohnya mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di antara sudu dan garfu jika tumpuan diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemprosesan maklumat, kegagalan mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan seseorang itu untuk belajar terhad(Edelson,1999).

Individu autisme mampu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh memilih maklumat yang penting. Mereka mengekalkan input awal dalam bentuk yang jelas atau belum ditukar bentuk(uncoded form). Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak- kanak ini tidak boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangkamasa yang lama dan tidak boleh modifikasi maklumat dalam cara biasa perbelanjaan dijayakan(Paluszny,1980). Maklumat hanya kekal dalam jangkamasa pendek , sensori tertentu dan maklumat yang tidak abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi atau objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana ia digunakan memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak- kanak autistic apabila dibandingkan dengan kanak- kanak lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory(Paluszny,1979).

Wujud proses yang menjadi asas kepada pembentukan skema kognitif yang boleh digunakan oleh bayi yang normal daripada lahir tiada bagi bayi autistic. Bayi normal mampu mengimbas, boleh menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikait dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali sehingga dapat melihat maklumat penting yang ada. Kanak- kanak normal boleh mengaitkan dua input yang diberi dan mengasingkan secara mudah. Bagi kanak- kanak autistic, apabila dua perkara telah dikaitkan da antara satu sama lain ia seperti label yang telah ditampal di atas dua objek dan tidak boleh ditanggalkan. Di sini apabila satu daripada item itu ditunjukkan, mereka hanya mampu mengaitkan dengan apa yang dalam memori dan menyimpan maklumat tersebut. Memori kanak- kanak autistic seperti terikat dalam satu perkaitan yang telah ditetapkan dan tidak boleh diulang secara fleksibel. Sukar untuk kanak- kanak autistic membuat analogi, membuat jenaka, memahami jenaka, tidak memahami kiasan atau membentuk sesuatu secara berjenaka atau mereka sesuatu keadaan(Wing,1983).

 

PERKEMBANGAN SOSIAL


 

          Kanak-kanak autistik sukar untuk membantu perhubungan sosialnya yang normal .Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi social .Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi  mereka yang tiada atau hanya sedikit saja perhubungan ,tidak bermain atau brgaul dengan rakan sebaya .Bahkan bukan menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi,jika berjaya ,ia tidak boleh mengekalnya .Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat dalam pergaulan mereka dengan rakan semakin kurang kerana kegagalan mereka menangani isu social yang relevan ( Reed,1994) .Di dalam persekitaran inklusif ,guru sering melaporkan kekurangan interaksi social walaupun  peluang itu banyak .(Perce & schveiyman ,1997) .Bagi kanak-kanak autistik ,pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi social .Dengan demikian ,peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak menjamin mereka memperolehi kemahiran social .

 

          Menurut Frith (1993) masalah social boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang berbeza antaranya terasing atau bersendiri tidak suka berkomunikasi ,tidak menggunakan “eye contact” tidak mencari tempat untuk mengadu bila bersedih ,namun tidak menolak konteks social seperti ketika berminta makan dan minum ,bermain dan beri reaksi kepada muzik .

 

          Yang kedua ialah pasif iaitu menerima pendekatan social yang dibuat oleh orang lain ,melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhatikan supaya tidak membuat perkara yang tidak betul .Yang disuruh oleh rakan sebaya ,mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur walaupun konteks social denagn kanak-kanak lain merupakan sebahagian  daripada rutin hariannya .Namun, ia bukanlah satu yang dibuat untuk menyeronokkan dirinya .Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosiyang tidak boleh dikawal dan membawa kepada tantrum .

 

          Dan ketiga ialah bersikap ganjil atau berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana-mana mereka pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama kanak-kanak autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak sesuai .Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlaku nya dan suka mengganggu  dantidak disukai .pada kebiasaannya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia 7 tahun dan kebanyakan kanak-kanak berubah daripada satu kategori ke kategori yang lain .

 

           Bagi para pengkaji ,kanak-kanak autistik perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tingkahlaku yang  tidak diperlukan .Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik .Dengan cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran  social yang dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar .Pendekatan yang diterapkan ialah dengan menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh sesuatu perbuatan memrlikan kemahiran lain seperti perhubungan mata ,,nada suara yang bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan .Kekurangan kemahiran social dikalangan individu autistik menjadikan pengjaran tingkahlaku yang mudah amat terlalu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks .( Wellman ,1992)

 

          Koegel et al(1991) menyatakan tingkahlaku atau asas yang dimodifikasikan memberi perubahan sejajar kepada tinkahlaku dalam kumpulan yang sama .Sehubungan itu, dicadangkan tingkahlaku sasaran di kalangan individu autistik tidak diberi rawatan atau diubah secara satu persatu tetapi sebaliknya ,digunakan pendekatan melalui rawatan kepada tingkahlaku utama.Pengkaji turut menyatakan kekurangan motivasi untuk mempelajari perkara baru dan kegagalan untuk bersama dalam persekitaran social dan sekolah merupakan tingkah laku gangguan. Ini juga ada kaitan dengan pilihan rangsangan berlebihan, sebagai contoh seseorang autistik mungkin tidak dapat mendengar apa yang disebut oleh guru.

 

          Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak autistik boleh menerima perubahan dengan baik bukan ada diantara subjek yang dapat berkomunikasi di luar dari ruang eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang tingkah laku utama boleh membawa perubahan kepada tingkah laku lain dengan mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah yang sama iaitu pengurusan diri,didapati sasaran tingkah laku yang dikehendaki telah meningkat sejajar dengan tingkah laku lain yang tidak diberi rawatan.

 

          Menurut Edelson 1997, ketidakfungsian dalam tingkah laku social merupakan satu ciri kepada symptom autisme, ia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian yang pertama penghindaran social (socially avoidant) dimana individu ini sebenarnya mengelakkan segala bentuk interaksi social. Reaksi yang paling biasa adalah tantrumdan cuba melarikan diri apabila seseorang cuba berinteraksi dengan mereka. Ketika bayi , kebanyakkan bayi cuba mengelakkan sentuhan daripada penjaga. Reaksi ini sering di anggap sebagai satu keadaan yang mana kanak-kanak autistik merasa takut atau tidak menyukai orang. Bagaimanapun, hasil temubual dengan orang dewasa autistik terbina satu teori mengatakan keadaan ini adalah kerana sensitivity yang tinggi (hyper sensitivity) terhadap rangsanga deria. Ada diantara mereka mengatakan suara ibubapa mereka kuat sehingga memekakkan telinga., ada pula mengatakan bau haruman sangat menusuk hidung dan ada pula mengatakan sangat sakit apabila disentuh. Keadaan ini membolehkan mereka cuba menghindarkan diri daripada bersosial.

 

          Seterusnya pengabaian social (socially indefrant) merupakan keadaan dimana seseorang ini telah berinteraksi dengan persekitarannya kecuali memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada kumpulan masyarakat. Mereka tidak kisah bercampur dengan orang ramai dan pada masa yang sama mereka tidak kisah kepada diri mereka sendiri.Bagi individu autistik perkara ini berlaku ,kerana mereka tidak memperolehi kenikmatan biokimia apabila bercampur gaul dengan orang ramai.Ketika menunjukkan gambar anjing dan menyebut perkataan anjing atau mendengar tetapi tidak dapat mengaitkan perkataan itu sebagai label kepada gambar. Rangsangan berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada kemahiran social selain kepada kemahiran belajar kanak-kanak autisme.

 

          Kajian yang dijalankan oleh para pengkaji berikut telah membuktikan bahawa kumpulan pengantara antara rakan sebaya normal dapat memberikan kesan yang positif dalam pengubahsuaian tingkah laku individu autistik.Kajian Goldstein and Miakistrom(1986) telah berjaya menggunakan rakan sebaya normal sebagai agen intervensi yang mengekalkan tempoh interaksi kepada kadar yang lebih lama. Dalam kajian itu juga seseorang telah dapat berinteraksi dengan rakan sebaya yang tidak dilatih. Para pengkaji mendapati bahawa pelbagai pembolehubahan lain patut di cuba untuk memastikan kemahiran social yang diperolehi akan terus kekal.(Shafer, Egel dan Neef, 1984).

 

          Farmer-Dougen (1994) menggunakan pengajaran rakan sebaya secara tak langsung melibatkan orang dewasa berumur antara 18-19 tahun dengan seorang autistik berumur 19 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian dan ujian yang diberi semasa membuat permintaan yang betul menjadi peneguhan yang lebih berkesan daripada memperolehi barang yang diminta. Dengan pendekatan semudah itu, dan praktikal dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran hidup kerana pada masa yang sama mereka memperolehi kemahiran berbahasa.

 

          Koegel dan Koegel,Hurley dan Fuca (1992) telah menjalankan kajian sama ada pengkhususan tingkah laku sendiri boleh dijadikan satu teknik menjadikan perubahan kekal dalam kadar yang lebih lama. Dan yang terakhir ialah kejangalan social (socially awkward) berlaku apabila individu  autistik cuba berkawan tetapi tidak dapat mengekalkan perhubungan itu dan perkara tersebut kerap dikalangan pengidap sindrom Asperger. Ini berlaku kerana tiada kesalingan social dalam individu autistik dan saling bercerita tentang diri mereka sahaja.Mereka juga tidak mengetahui bahawa orang lain sebenarnya mempunyai pemikiran, rancangan dan pandangan sendiri. Mereka juga menghadapi masalah memahami bahawa orang lain juga mempunyai kepercayaan , sikap dan emosi. Keadaan ini menjadikan mereka sukar menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat orang lain dalam pelbagai situasi social. Keadaan ini dinyatakan sebagai kekurangan “theory of mind”.

PUNCA KEJADIAN

 

Punca sebenar yang menyebabkan autisme belum diketahui. Namun pengkaji- pengkaji terus mencuba untuk mengetahuinya dan menurut mereka factor – factor lain yan gdikaitkan diantaranya ialah factor genetic. Pengaruh genetic umpamanya menunjukkan kembar seiras (monazygetik twins). Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan dengan system imunisasi yang lemah (Edelson, 1999).

Punca lain seperti kehadiran virus turut menyebabkan autisme. Rubela yang dijangkiti ibu mengandung semasa tempoh tiga bulan pertama meningkatkan risiko autisme. Virus ‘ cytolomegalo’ juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme.

Menurut Rodier (2000), autisme mungkin berpunca daripada pengambilan pil ‘ thalidomide’ untuk mengatasi masalah ketika ‘morning sickness’ yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa ‘thalidiomide; adalah autistic dan daripada segi peratus ialah 30% lebih berbanding populasi umur.

Kini, perhatian lebih kepada pencemaran dan toksin dalam persekitaran yang boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi dalam sebuah Bandar kecil di Leomenster, Massachuselts di mana terdapat kilang mengeluarkan sunglasses di situ. Yang menariknya, kebanyakan kes berlaku kejadian autisme wujud di rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak. Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak- kanak autistic dikenalpasti di Brick Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba untuk mencari penyebab kepada pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti tersebut (Edelson, 1999).

Menurut artikel Dr Yasmin bt Hussein ( Unit Pendidikan Khas, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka) menyatakan bahawa pakar- pakar perubatan dalam bidang ini sama ada dari dalam atau luar negara masih belum pasti dan tidak dapat memberi penjelasan yang tepat tentang punca atau sebab- sebab berlakunya autisme. Melalui pembacaan dan hasil pertemuan dengan ibu bapa yang anaknya mengalami autisme bolehlah dibuat kesimpulan bahawa autisme disebabkan oleh kekurangan oksigen semasa bayi dilahirkan, proses kelahiran yang dibuat secara paksa(vaccum extraction), gangguan neurotransmitter dalam system saraf, infeksi neurological dan gangguan bahan kimia(beta endorphin) yang menyekat perkembangan mental kanak- kanak.

Menurut Trerarthen, Aditken, papordi Roberts(1998) menyatakan autisme disebabkan oleh Phenylketonuria(PKU, Purine, penyakit campak dan epilepsy.PKU merupakan kecelaruan genetic satu daripada kurang satu gen yang berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalanine dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku. Autisme juga diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan toksid yang dipanggil purines yang berkaitan dengan asid urik. Ketidaknormalan dalam metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku autisme namun mempunyai peluang untuk diubati. Ia mempunyai kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan dalam purine yang luar biasa. Seterusnya jika ibu mendapat penyakit campak ketika mengandung, ia akan meningkatkan kemungkinan mendapat autisme. 17 daripada 18 kanak- kanak yang dinyatakan sebagai autisme turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada symptom autisme. Seperti PKU, kesedaran yang luas tentang kurang upaya dan perluasan penyuntikan telah dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme. 20% hingga 35%individu autisme membentuk epilepsy. Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah dan risiko sawan adalah tinggi ketika awal kanak- kanak. Besar kemungkinan autisme dan epilepsy berlaku serentak adalah hasil daripada mekanisme yang muncul dengan pertukaran saraf.

Ketidakfungsian system imunisasi atau system pertahanan badan juga dikaitkan dengan autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toksin daripada persekitaran yang bertanggungjawab untuk memusnahkan system pertahanan badan mereka. Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetic dalam system pertahanan badan mereka. Pengkaji mendapati ramai individu autistic telah mengalami bilangan cell-t yang kurang untuk membantu system pertahanan badan melawan jangkitan(Edelson, 1999).

KADAR KEJADIAN

 

 

Autisme biasanya dihadapi oleh kanak- kanak dari segala pelusuk dunia tidak mengira bangsa, agama dan taraf sosioekonomi sesebuah negara atau keluarga. Menurut autistic bilangan yang menghadapi autisme tulin adalah 4 hingga 5 dari 10,000 orangdan 10 hingga 15 dalam 10,000 orang. Ini berdasarkan tinjauan besar- besaran yang dijalankan di United States dan England. Lebih ramai kanak- kanak lelaki yang mengalaminya jika dibandingkan dengan kanak- kanak perempuan dengan nisbah 4:1. Walaupun kanak- kanak perempuan nisbahnya kecil, didapati mereka mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak- kanak lelaki. Dengan IQ 40, kanak- kanak perempuan lemah dalam kemahiran urus diri, teruk dalam bahasa dan ujian persepsi tetapi ia tidak bermakna kanak- kanak perempuan lebih autistic daripada lelaki. Mereka cuma mengalami tambahan masalah yang teruk(Frith,1993).

Sejak akhir- akhir ini, kadar kejadian autisme berada pada paras setinggi 1/4% kepada ½% daripada populasi. Kadar ini termasuk autisme, sindrom aspeger dan lain- lain yang mempunyai ciri- ciri autisme(Edelson,1999). Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10 tahun, kadar yang terencat sederhana adalah 30% (IQ diantara 50- 70), terencat teruk adalah 40%(IQ kurang daripada 50), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada kumpulan yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan normal. Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati 3 daripada 4 kanak- kanak autistic menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada cirri- cirri autisme. Walaubagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak- kanak autistic, mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai oleh kanak- kanak normal(Frith,1993). Kajian juga menunjukkan 75% daripada kanak- kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal tinggi tetapi 25% mempunyai IQ yang normal atau mencapai tahap IQ yang tinggi. Bilangan kanak- kanak autistic yang dikaji merupakan kanak- kanak yang terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi kerana kebanyakan ibu bapa mereka adalah daripada kelas sosial yang tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan dengan pakar autisme(Frith,1993).

KESIMPULAN

 

 

Individu autsme secara fizikalnya tidak ada perbezaan dengan kanak- kanak yang normal. Namun begitu, apabila pemerhatian dibuat kepada mereka akan menampakkan kelainan dari segi sikap, pemikiran, tingkahlaku dan pertuturan. Pelbagai perkara dikaji untuk mencari punca kejadian autisme tetapi masih tiada jawapan muktamad sehingga ke hari ini. Walaupun kanak- kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu autistic memang terkenal “puzzles”. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak- kanak autisme akan membolehkan kanak- kanak istimewa ini memperoleh ilmu pengetahuan tanpa halanagn dengan sempurna(Artwood,1998). Logo untuk kumpulan sokongan bagi “Autisme Society Of Amerika” merupakan gambar seorang kanak- kanak dalam bentuk puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mencantumkannya kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa puzzle ini boleh menjadikan pelbagai bentuk yang berbeza- beza. Ini berbeza dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institute kini mereka hidup dalam keadaan fleksibel dan teratur. Biasanya hanya individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka hidup dengan keluarga dan ramai yang tinggal di kemudahan asrama atau dalam “group home” (sebahagian berdikari) dan ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalinkan hubungan sehingga berkahwin(Edelson,1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai pekerja yang berhati- hati dan boleh dipercayai. Namun demikian, mereka sukar untuk mendapat pekerjaan sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para professional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat intervensi yang dapat membuat perbezaan yang signifikan(Edelson,1999).

 

No comments:

Post a Comment