Monday, October 29, 2012

PENULISAN RPH OBJEKTIVISME
Matlamat pengajaran
1.Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran


2.Menjadi model peranan (role model) bagi murid

3.Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi

4.Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan

5.Merangsang pembangunan peribadi murid

6.Membantu murid membina kemahiran asas belajar

Objektif pengajaran
1.Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar


2.Menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran

3.Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama

4.Menerang fakta dan prinsip kandungan pelajaran

Mengapa objektif pengajaran diperlukan?
1.objektif yang jelas membantu ke arah pencapaian matlamat.


Jadi, dalam proses bergerak ke arah pencapaian matlamat pengajaran, objektif pengajaran membantu guru;

i. Memilih kandungan pelajaran

ii. Memilih strategi pengajaran yang sesuai

iii. Membangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuai

iv. Membina ujian dan instrumen lain untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran murid

Domain  Hasil Pembelajaran
i.DOMAIN PSIKOMOTOR: pergerakan


ii.DOMAIN KOGNITIF: pemikiran

iii.DOMAIN SOSIAL: komunikasi

iv.DOMAIN AFEKTIF: emosi

  RUMUSAN

Seterusnya, selepas hasil pembelajaran ditentukan, anda akan dapat menentukan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk murid-muridnya mencapai hasil pembelajaran tersebut.










KPD 3026 TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2

 CONTOH KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN



Nama dan Alamat Sekolah:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR JALAN TENGKU MUHAMMAD 25050

KUANTAN, PAHANG.



Nama Pengkaji:

SALMIAH BT. SIDEK



Tajuk Kajian

MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR TINGKATAN 4 BESTARI DENGAN

MENGGUNAKAN PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG DAN PROGRAM 2004.



1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu



Sewaktu saya menanda karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana

saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di

kalangan pelajar ini sungguh terhadap. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai

pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Banyak ayat tergantung dibina oleh pelajar. Mereka

menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin

menghuraikan tentang sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta

pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari

kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini,

jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu "cikgu tak ajar pun perkataan tu...". Ada juga

di kalangan pelajar yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagiab membina ayat itu. Saya

lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa kata

mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah "terlalu banyak

perkataan baru... susah untuk kami faham maksudnya." Saya menyedari ramai di kalangan pelajar

bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah.



Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa

kata pelajar? Adakah cara saya mengajarselama ini dapat membantu pelajar menambah kosa kata

mereka? Aapakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata

mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?

Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru

mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang

diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah

tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?



Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai

pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa

kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya

aspek kosa kata yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik

darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya

terhadap kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya

pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina

ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya.



2. Fokus Kajian



Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan

fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang

sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan

gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:



• Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.

• Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak

gramatis.

• Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi.





1







Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar boleh membina ayat yang

tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan

baik dalam Kertas Bahasa Melayu SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP

sekolah saya.



3. Objektif Kajian



Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:



i. Objektif Umum

Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu.



ii. Objektif Khusus

• Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar.

• Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar

• Membantu pelajar mengusai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan

pengusaan kosa kata mereka

• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi bahasa dalam

penulisan karangan.



4. Kumpulan Sasaran



Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar

Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina.



5. Tindakan Yang Dicadangkan



5.1. Tinjauan Masalah



Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti

akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan

dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:



Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan

penguasaan kosa kata.

Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat

penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat.

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata pelajar.



5.2 Program " Sehari Selembar Benang"



Cara Pelaksanaan:

i. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat dalam

perhimpunan pagi.

ii. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas.

iii. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan.

iv. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis - 2

minggu sekali.

v. Guru menganalisis karangan pelajar.



5.3 Program 200-4 (200 perkataan dalam tempoh 4 minggu)



Cara Pelaksanaan

i. Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks yang dibaca serta mencatat

perkataan tersebut dalam buku catatan.

ii. Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam buku catatan.

iii. Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud

iv. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh 30 orang pelajar

serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar.





2





v. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan mengadakan ujian khas



Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.



6. Jadual Pelaksanaan Kajian



Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004

2. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004

3. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004

4. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1

23 Februari, 2004

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 27 Februari, 2004

(dalam panitia)

6. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 5 Mac, 2004

7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004

8. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004

9. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004

10. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2004

11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 27 Februari, 2004

(dalam panitia)

12. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 2 Mac, 2004

13. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 8 Mac, 2004

(dalam panitia)

14. Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 10 Mac, 2004

15. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 12 Mac, 2004

(dalam panitia)

16. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 19 Mac, 2004

17. Refleksi kajian 20 Mac, 2004

18. Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2004

19. Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2004



7. Kos Kajian



Bil. Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos

1. Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.00

2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00

3. Kamus Dewan 1 X RM 45.00 RM 45.00

4. Potostat Bahan & laporan kajian RM 50.00

5. White board (3' X 2') 1 X RM 45.00 RM 45.00

6. Buku catatan guru 1 X 2.00 RM 2.00

JUMLAH RM 287.00


















KPD 3016 SEMESTER 1