Wednesday, March 21, 2012

TUGASAN TUTORIAL: BERKUMPULAN

KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS

KATEGORI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

1.Masalah Penglihatan
2.Masalah Pendengaran
3.Kerencatan akal
4.Masalah tingkah laku/emosi
5.Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
6.Palsi Serebral

7.Masalah pembelajaran spesifik:disleksia
8.Masalah komunikasi dan bahasa
9.Masalah Autisme
10.Masalah pintar cerdas

Masalah Penglihatan
Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.


Punca Masalah Penglihatan:
1.baka dan keturunan
2.komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
3.Rubella -Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.
4.sifilis
5.kecederaan
6.penyakit
Ciri-ciri Masalah Penglihatan :
1.Rupa
-Bebola mata yang selalu berputar-putar.
-Tidak bertindak balas dengan cahaya.
-Mata yang selalu bergerak-gerak.

2.Tingkah laku
-Selalu memusing kepala ke sebelah sahaja
-Kerap berkelip
-Kerap menggosok mata

3. Aduan
-Selalu mengadu sakit kepala
-Penglihatan yang kabur
-Nampak 2 imej pada 1 objek

Masalah Pendengaran
Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi dan menyebabkan masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.


Punca Masalah Pendengaran:

1.jangkitan telinga kronik
2.faktor keturunan
3.kecacatan kongenital
4.sakit kuning yang teruk semasa bayi
5.penggunaan dadah ototoksik
6.jangkitan virus atau bakteria
7.proses penuaan dan tumor.

Ciri-ciri masalah pendengaran:
-Kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas.
-Kelihatan selalu berkhayal
-Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
-Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
-Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
-Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur
-Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

TUTORIAL KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KATEGORI TUGASAN



PECAHAN TUGASAN 


BAHAGIAN A


(TUGASAN INDIVIDU): 20 MARKAH

Tugasan 1:

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:


a. Terencat Akal

b. Bermasalah Pendengaran

c. Autisme

d. Bermasalah Penglihatan

e. Disleksia

f. Palsi Cerebral

g. Hiperaktif

h. Sindrom Down

i. Spina Bifida

j. Epilepsi (sawan)

k. Masalah Emosi dan Tingkah laku

l. Pintar Cerdas



Tugasan 2: (20 MARKAH)

Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut:

(a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan

(b) Masalah-masalah sampingan.

(c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

(d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.



BAHAGIAN B: 20 MARKAH

(E-FORUM) Terdapat 4 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3:


1. Sebagai seorang guru, nyatakan pengalaman anda dalam mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

2. Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif)?

3. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Bincangkan dalam konteks punca berlaku kecacatan dan langkah-langkah pencegahan.

4. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Hujahkan.

.