Tuesday, October 8, 2013

PENYELIDIKAN ILMIAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

KAMA BIN SHAFFEEI

 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
 (PENDIDIKAN KHAS) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI  SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.
2007


MASA DEPAN DAN KERJAYA MURID PKBP.
SATU PENCERAPAN DI DAERAH SABAK BERNAM


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masa depan dan kerjaya murid PKBP setelah mereka tamat persekolahan di daerah Sabak Bernam, Selangor.  Seramai  12 orang      murid PKBP dan  40 orang guru telah dipilih secara rawak sebagai sampel dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang berkaitan dengan profil responden dan  kesesuaian kurikulum dengan kerjaya murid PKBP . Di samping itu, pencerapan murid yang bekerja setelah tamat sekolah dilakukan dengan mendapat data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) dan melihat sendiri murid PKBP yang bekerja di tempat majikan mereka. Hasil kajian ini mendapati tahap kesesuaian kurikulum  dengan penyediaan kemahiran murid PKBP terhadap kerjaya adalah bersesuaian  dengan kemahiran-kemahiran yang ada pada murid PKBP. Hasil pencerapan murid didapati mereka berkemampuan dalam kerjaya masing-masing hasil daripada kurikulum dan latihan kemahiran  yang diterima semasa di sekolah. Manakala, peranan JKM  dalam membantu OKU yang berdaftar didapati berkesan dalam memberi peluang mereka hidup berdikari  ke arah kehidupan yang lebih bermakna.


FUTURE AND CAREER  OF   LEARNING DISABILITIES STUDENTS 
ONE OF THE OBSERVATION  IN SABAK BERNAM, SELANGOR

ABSTRACT
The aims of this research is to identify the future and career of  PKBP students in  Bernam, Selangor after they leave school.The sampel consist of 12 PKBP students and 40 teachers which choose randomly.The instruments used is questionare based on the respondence profile and the suitabality of curiculum with the PKBP’s students career. Besides, the observation on working students after they leave school is based on the information and data from the Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) and visited that had done to the working place.The result shows that curiculum level and the preparation skills of PKBP students is suitable with their career skills.The observation also shows that they able to work better regarding to the training they received at school before.JKM also helped the registrated OKU to stand by their own to built the meaningful life and career.


No comments:

Post a Comment