Tuesday, March 5, 2013

1.0 PENGENALAN PENGAMATAN


Menurut Ruth Strang dalam buku ‘Reading Diagnosis and Remediation’ pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

Janet W Learner (1971) dalam buku ‘The Children With Learning Disabilities’ mentafsirkan pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.


1.1 DEFINISI PENGAMATAN

Pengamatan ialah hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan ini berkaitan dengan keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, kemudian mengutuskannya melalui sistem saraf ke otak untuk diproses. Otak akan melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali. Proses ini sangat kompleks kerana ketepatan tafsiran yang dibayangkan oleh perlakuan atau pernyataan pertuturan bergantung kepada keadaan normal pancaindera, sistem saraf dan otak. Keupayaan ini pula bergantung pada pengalaman, emosi, situasi dan akidah atau keimanan seseorang.

Sekiranya gerak balas fizikal atau pernyataan pertuturan difahami oleh orang lain, maka pemahaman dan pembelajaran itu dikatakan berlaku. Oleh itu, kepekaan berlaku sekiranya rangsangan-rangsangan diterima oleh deria dan kemudian diutuskan ke otak untuk diproses sehingga mencetuskan makna, pemahaman atau pengetahuan yang diterima oleh perangsang dan masyarakat sekitarnya. Peringkat antara kepekaan dan pengetahuan inilah dikenali sebagai pengamatan.

Teori yang dijelaskan menunjukkan bahawa jika rangsangan diamati dengan sempurna, ia akan menjadi pengetahuan atau pelajaran. Peringkat pembentukan pengamatan menentukan kualiti pembelajaran. Di samping itu, perlu diingat bahawa bukan semua deria peka kepada rangsangan. Walau bagaimanapun deria lebih peka kepada ciri-ciri berikut:

i. Perubahan

Rangsangan yang memperlihatkan perubahan warna, bentuk, saiz dan kedudukan lebih menarik minat deria. Umpamanya, cecair yang berwarna merah tiba-tiba bertukar menjadi jernih; kertas menjadi wang; yang kecil menjadi besar; yang miskin tiba-tiba menjadi kaya raya; atau yang hodoh menjadi cantik sudah pasti akan merangsang deria atau menarik perhatian.


ii. Pergerakan

Rangsangan yang bergerak seperti tayangan gambar; jarum saat pada permukaan jam; atau cahaya pada lampu neon kelihatan bergerak lebih menarik minat deria daripada sesuatu yang tidak bergerak.


iii. Saiz

Rangsangan yang bentuknya bersaiz besar ataupun terlalu kecil seperti yang terdapat pada papan tanda iklan (yang mudah dibaca) sudah tentu menarik perhatian seseorang.

iv. Ulangan

Deria pendengaran lebih tertarik kepada rangsangan bunyi yang berulang-ulang, bergema atau laungan yang panjang.

v. Kekuatan

Deria penglihatan lebih tertarik kepada warna yang garang, manakala deria pendengaran pula lebih tertarik kepada bunyi yang nyaring.

vi. Set

Penglihatan atau pendengaran seseorang lebih cenderung kepada set atau himpunan objek atau nyanyian tertentu atribut-atribut yang ditetapkan. Umpamanya set abjad yang tidak dicampur adukkan dengan angka lebih sesuai daripada yang dicampur adukkan. Begitu jugalah dengan nyanyian yang dicampur adukkan tempo yang rancak dengan tempo yang perlahan.

vii. Kontra

Keadaan yang kontra biasanya akan menarik perhatian seseorang. Umpamanya, sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pamah kelihatan lebih menarik daripada bukit yang sama di kawasan bukit bukau.

Ciri-ciri yang disebutkan di atas hendaklah dijadikan panduan semasa menyediakan alatan pembelajaran. Jika boleh tiap-tiap alat yang disediakan hendaklah mengandungi satu atau lebih dari segi ciri-ciri perubahan, pergerakan, saiz, ulangan, kekuatan, set dan kontra.


Sesuatu yang diamati atau sesuatu pengamatan akan diproses melalui pancaindera, saluran saraf dan seterusnya diproses di dalam otak. Dengan ini sudah semestilah kecenderungan atau kekuatan bahagian-bahagian yang dilalui tadi akan mempengaruhi pengamatan seseorang. Oleh sebab itu, jika terdapat kecacatan pada salah satu bahagian tersebut, ini boleh menimbulkan salah pengamatan. Misalnya, orang yang cacat pendengaran, akan mengamati bunyi yang berlainan daripada orang yang pendengarannya normal. Begitu juga dengan kecacatan deria penglihatan, sentuhan, bau dan rasa. Kecacatan deria ini bukan merupakan dua ekstrem seperti pekak dan dengar; buta dan celik. Antara kedua-dua ekstrem ini terdapat tahap kecacatan seperti:

Dengar Separuh dengar Hampir tidak dengar Terlalu tidak dengar Pekak

Masalah mungkin timbul kepada orang yang sejak dilahirkan telah mengalami keadaan ‘tidak dengar’. Dia akan menganggap pengamatan semua orang adalah serupa dengan pengamatannya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang mengalami kecacatan deria. Oleh yang demikian apa yang diamatinya dianggap betul dan jika dikatakan salah dia akan berasa hairan dan mungkin juga marah, walaupun sebenarnya pengamatannya tercelaru akibat kecacatan deria yang ringan.


1.2 KONSEP PENGAMATAN


Manusia mempunyai lima deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Melalui organ-organ deria itu, kita dapat mengesan keadaan di sekeliling. Misalnya, mata membolehkan kita melihat bentuk, jarak dan warna objek; telinga membolehkan kita mendengar pelbagai jenis bunyi; hidung membolehkan kita mencium bau wangi dan busuk; lidah membolehkan kita merasa rasa manis, masin dan pahit; dan kulit membolehkan kita membezakan permukaan kasar atau halus, serta mengesan kesejukan dan kepanasan udara.

Proses-proses itu berlaku disebabkan oleh rangsangan yang dikesan oleh organ-organ deria. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu terbentuk di retina. Ini menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Begitu juga organ-organ deria lain berfungsi untuk mengesan keadaan di alam sekitar, walaupun rangsangannya berbeza-beza, iaitu kulit mengesan rangsangan dengan sentuhan, hidung dan lidah mengesan bahan kimia dan telinga mengesan gelombang bunyi. Semua utusan yang diterima daripada rangsangan itu dihantar ke otak melalui sistem saraf sebagai impuls untuk ditafsirkan dan diinterpretasikan.


Proses mental yang membuat pemerhatian melalui organ-organ deria untuk mengecam objek dan perkara, serta memberi kesedaran tentang kualiti dan pertalian objek dan perkara, disebut pengamatan. Ini bermaksud pengamatan ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman. Pengalaman itu diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui sistem saraf ke otakuntuk ditafsirkan. Akan tetapi, dalam proses pentafsiran itu, pengalaman yang sedang dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lampau. Oleh itu pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran pengalaman baru. Justeru itu, pengamatan melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak balas. Dengan demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualiti dan kuantiti rangsangan. Bahkan kemampuan seseorang membuat pengamatan untuk menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Daripada huraian di atas, pengamatan dapat ditakrifkan sebagai proses mental dalam mentafsir segala objek dan situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh pengalaman lampaunya.



2.0 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak mengamati dengan menggunakan sebelah mata sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Selepas beberapa minggu, kanak-kanak akan menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat dan mengamati sesuatu objek. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak sudah boleh menghala perhatian secara langsung kepada objek yang dilihatnya. Seterusnya kanak-kanak sudah boleh melihat mengikut arah pergerakan objek dan kanak-kanak akan memberi tindak balas sekiranya objek yang mereka lihat itu berwarna garang.


3.0 MENGAPA PENGAMATAN PENTING


Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.

4.0 KOMPONEN DAN JENIS PENGAMATAN



Secara umumnya pengamatan ini adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a ) komponen penglihatan

b ) komponen pendengaran

c ) sensori motor


PUNCA KELEMAHAN PENGAMATAN




Terdapat dua punca utama kelemahan pengamatan iaitu disebabkan oleh faktor internal dan faktor external.



Bagi faktor yang pertama iaitu faktor internal ataupun faktor dalaman, kanak-kanakyang mengalami masalah pengamatan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan deria pendengaran dan deria penglihatan. Selain itu ia turut disebabkan oleh masalah baka yang tidak diketahui kerana ibu bapa pada masa tersebut kurang pendedahan berkaitan masalah pengamatan ataupun masalah lain yang berkaitan. Berlakunya tekanan emosi dalam badan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah pengamatan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya minat para ibu bapa untuk mengetahui masalah anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka mengalami masalah tekanan emosi.



Faktor yang kedua iaitu faktor external ataupun faktor luaran. Ramai diantara ibu bapa yang kurang pendedahan tentang kelemahan yang diakibatkan oleh faktor internal dan faktor external ini.hal ini telah menyebabkan anak-anak mereka yang lambat dikesan sejak dari awal sukar untuk dipulihkan jika sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk Faktor luaran ini ialah salah satu faktor dominan yang menyebabkan berlakunya kekangan dalam diri kanak-kanak tersebut. Segala rangsangan atau dorongan yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut, dalam melakukan sesuatu pekara seolah-olah, memaksa mereka walaupun mereka tidak mahir. Hal ini menyebabkan mereka membuat pekara tersebut dalam keadaan terpaksa.



Secara rumusannya, kedua-dua faktor ini iaitu faktor internal dan external adalah punca kepada kelemahan pengamatan tidak mengira pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran dan sensori motor.


CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN


CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN PENGLIHATAN


Ada pelabagai cara yang disyorkan oleh pakar dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan ini. Cara-cara ini dapat diaplikasikan oleh guru dan ibu bapa dalam memberi pengajaran yang berkesan kepada anak atau pelajar yang mengalami masalah ini.



1. Mencari Gambar, Bentuk Saiz dan Simbol Yang Tidak Sama



Melalui cara ini pelajar akan didedahkan dengan gambar atau simbol dan mereka akan disuruh untuk meneka apa yang ada disebalik gambar atau simbol tadi. Sebagai contoh, guru akan membawa satu gambar haiwan seperti ayam dan pelajar diminta untuk meneka apakah gambar berkenaan. Jika murid tidak dapat menjawab maka guru akan menerangkan apakah gambar berkenaan kepada murid. Selepas beberapa minit cuba ulangi soalan tadi dengan menggunakan gambar yang sama.



Guru juga boleh menggunakan simbol dalam pembelajarannya. Menerusi cara ini guru akan menghasilkan bentuk haiwan dengan menggunakan kertas keras. Tetapi ia hanya bentuk dan bukannya dalam bentuk gambar atau 3D. Adalah lebih baik jika keseluruhan simbol itu diwarnakan dengan satu warna sahaja. Pelajar akan dikehendaki meneka apakah yang tersirat di sebalik gambar itu. Jika pelajar gagal menjawab maka tugas guru adalah menerangkan apakah simbol berkenaan dengan menunjukkan gambar yang sebenar. Cuba ulangi soalan tadi selepas beberapa minit bagi menetukan sama ada murid berkenaan dapat mengecam atau tidak simbol tadi.

Di sini disediakan satu contoh model pembelajaran tadi :





Objektif : Membolehkan pelajar mengenal gambar ringkas

Arahan : Ini gambar apa ? ( Murid dikehendaki meneka apakah yang tersirat di sebalik

gambar )





gambar 1







Gambar 2



Contoh soalan : “ Cuba adik tunjukkan mana satu gambar arnab ?”

“ Cuba adik tunjukkan mana satu gambar harimau ?”



Jika pelajar gagal untuk menjawab maka guru mesti menerangkan jawapan yang sebenar kepada pelajar dan terangkan mengenai haiwan-haiwan diatas secara sepintas lalu. Ulangi soalan beberapa minit kemudian.













2 Perbezaan Dan Persamaan Objek



Cara ini adalah berkesinambungan dari cara di atas. Menerusi cara ini pelajar akan diberi dua keping kertas keras yang menunjukkan gambar dan simbol yang sama bentuk kedua-duanya. Pelajar akan disuruh untuk mencari padanan yang sesuai di antara kedua-duanya tadi. Sebagai contoh, guru akan memberi seorang pelajar dua jenis gambar iaitu gambar arnab dan harimau. Selepas itu guru akan menunjukkan simbol gambar berkenaan kepada murid. Menerusi gambar yang ada padanya, pelajar akan meneka mana satu gambar yang diwakili oleh simbol berkenaan. Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah, maka guru akan menerangkan mengenai jawapan yang sebenar. Selepas beberapa ketika guru akan bertanya semula kepada murid berkenaan mengenai soalan tadi.



3 Memadan huruf dengan perkataan



Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah tadi, menerusi cara ini pelajar akan diminta untuk memadankan huruf dengan perkataan ringkas. Guru akan menyediakan satu kit di mana setiap perkataan akan dibuang atau dipadamkan perkataan awalannya. Murid diminta untuk memberitahu apakah huruf yang terkandung dalam perkataan berkenaan. Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah maka guru akan menerangkan jawapan yang sebenar. Ulangi soalan berkenaan dalam waktu yang terdekat.



Di sini ditunjukkan contoh cara perlaksanaan kaedah diatas :

Pelajar dikehendaki mengisi ruang kosong perkataan dibawah dengan memilih huruf yang disediakan.



_ O L A





Pelajar perlu memilih huruf-huruf dibawah ini untuk mengisi ruangan kosong diatas.

P B D R

Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah maka guru akan menunjukkan mana satu jawapan yang sebenar kepada murid. Soalan ini hendaklah ditanya beberapa kali agar mereka dapat mengenal dan membezakan mana satu perkataan yang sesuai.



4. Menekap corak, bentuk-bentuk dan huruf



Cara ini adalah cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah pengamatan penglihatan ini. Melalui cara ini pelbagai kaedah dapat digunakan oleh guru. Antaranya adalah seperti menggunting gambar, melukis, menekap dan sebagainya.



Dibawah disediakan contoh yang sesuai :



Objektif : Membolehkan pelajar menajamkan pengamatan menerusi teknik menggunting.

Arahan : Pelajar dikehendaki menggunting gambar dibawah mengikut garisan.



● ♠ ♥ ♦ ♣ ▲







CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN PENDENGARAN



Seperti juga dengan masalah pengamatan penglihatan, guru juga dapat mengaplikasikan pelbagai cara dalam pengajaran mereka bagi mengatasi masalah pengamatan pendengaran di kalangan murid.



1. Ujian Pendengaran Teknik Pelaziman



Ujian ini bertujuan supaya pelajar dapat menunjukkan kad warna setelah mendengar bunyi. Sebenarnya terdapat pelbagai teknik yang dapat digunakan dalam kaedah ini. Melalui cara ini pelajar akan akan diberikan kad berwarna yang berlainan warna bagi setiap kad. Guru akan menerangkan kepada murid mengenai kegunaan setiap kad berwarna bagi menentukan setiap bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh kad yang berwarna merah adalah untuk bunyi yang terhasil dari wisel, manakala kad yang berwarna hijau adalah mewakili bunyi yang terhasildari ketukan botol kosong. Guru akan dapat melihat tahap kepekaan pendengaran kanak-kanak menerusi cara ini.



Penggunaan jadual dapat diaplikasikan jika guru menggunakan cara ini. Sebagaimana contoh dibawah :





Kad Warna

Alatan bunyi

Skor



MERAH

WISEL



HIJAU

BOTOL KOSONG





Sekiranya pelajar dapat meneka bunyi dengan tepat maka guru boleh menambah bilangan kad warna dan jenisan bunyi dalam memberi ujian ini kepada pelajar.



RUMUSAN



Rahsia kejayaan kemahiran membaca bergantung pada pengetahuan yang ada pada ibu bapa dan guru tentang gejala-gejala yang boleh menimbulkan masalah kesulitan membaca. Kanak-kanak yang berbeza dalam berbagai-bagai aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan mental, memerlukan satu situasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca yang menitikberatkan cara mengatasi gejala-gejala yang mungkin akan mencetuskan pelbagai masalah kesulitan membaca.



Sekiranya kanak-kanak yang diuji itu gagal mencapai skor yang diharapkan seperti yang tercatat pada setiap ujian, ditambah pula dengan kekerapan berlakunya petanda-petanda fizikal, kanak-kanak berkenaan sebaik-baiknya dirujuk kepada seorang doktor pakar telinga atau mata. Ini kerana kemungkinan deria-deria pendengaran dan penglihatan kanak-kanak itu cacat. Walau bagaimanapun kemungkinan juga kanak-kanak itu gagal kerana cara ujian yang dijalankan itu salah ataupun umur kanak-kanak yang diuji itu terlalu muda.



Umur yang dicadangkan untuk tiap-tiap ujian itu hanya anggaran. Terdapat kanak-kanak yang boleh melakukan semua ujian semasa berumur 3 tahun 6 bulan. Ini bukan bermakna yang mereka lemah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan yang boleh menjawab semua ujian dengan betul. Jika ini berlaku, rumusan yang boleh dibuat ialah kesediaan kanak-kanak berumur 3 tahun 6 bulan untuk membaca adalah perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan.



Kanak-kanak yang diuji mungkin juga belum pernah mengalami situasi ujian dan dengan itu jawapannya mengelirukan. Sebagai contoh, mungkin kanak-kanak berkenaan belum pernah mendengar bunyi atau melihat gambar dalam ujian tersebut, oleh itu jawapannya tentulah salah. Perlu diingat bahawa tidak semua kanak-kanak mengetahui nama warna atau perkataan ‘but’. Terdapat juga kanak-kanak yang gagal kerana sikap mereka terlalu nakal dan enggan memberi gerak balas seperti yang diharap-harapkan.



Memandangkan kepada masalah yang disebut tadi, sebaik-baiknya seseorang pelajar itu perlu menganggap bahawa di samping ujian itu membantu mereka memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, aktiviti itu juga membantu mereka melatih dan mengasuh deria-deria pendengaran atau penglihatan kanak-kanak supaya menjadi lebih aktif dan berkesan. Dengan itu pengajaran perlulah membimbing dan menunjuk ajar kanak-kanak yang gagal. Jika masih lagi gagal, ulangi lagi aktiviti ujian sehingga mereka menampakkan peningkatan kemahiran.



Ujian ini tiada kena-mengena dengan ujian kecerdasan. Ujian itu hanya merupakan aktiviti prabacaan yang akan membantu kanak-kanak supaya lebih bersedia untuk mencapai kemahiran membaca.




















































































1.2 KONSEP PENGAMATAN



Manusia mempunyai lima deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Melalui organ-organ deria itu, kita dapat mengesan keadaan di sekeliling. Misalnya, mata membolehkan kita melihat bentuk, jarak dan warna objek; telinga membolehkan kita mendengar pelbagai jenis bunyi; hidung membolehkan kita mencium bau wangi dan busuk; lidah membolehkan kita merasa rasa manis, masin dan pahit; dan kulit membolehkan kita membezakan permukaan kasar atau halus, serta mengesan kesejukan dan kepanasan udara.



Proses-proses itu berlaku disebabkan oleh rangsangan yang dikesan oleh organ-organ deria. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu terbentuk di retina. Ini menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Begitu juga organ-organ deria lain berfungsi untuk mengesan keadaan di alam sekitar, walaupun rangsangannya berbeza-beza, iaitu kulit mengesan rangsangan dengan sentuhan, hidung dan lidah mengesan bahan kimia dan telinga mengesan gelombang bunyi. Semua utusan yang diterima daripada rangsangan itu dihantar ke otak melalui sistem saraf sebagai impuls untuk ditafsirkan dan diinterpretasikan.



Proses mental yang membuat pemerhatian melalui organ-organ deria untuk mengecam objek dan perkara, serta memberi kesedaran tentang kualiti dan pertalian objek dan perkara, disebut pengamatan. Ini bermaksud pengamatan ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman. Pengalaman itu diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui sistem saraf ke otakuntuk ditafsirkan. Akan tetapi, dalam proses pentafsiran itu, pengalaman yang sedang dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lampau. Oleh itu pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran pengalaman baru. Justeru itu, pengamatan melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak balas. Dengan demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualiti dan kuantiti rangsangan. Bahkan kemampuan seseorang membuat pengamatan untuk menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Daripada huraian di atas, pengamatan dapat ditakrifkan sebagai proses mental dalam mentafsir segala objek dan situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh pengalaman lampaunya.



2.0 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI



Kanak-kanak mengamati dengan menggunakan sebelah mata sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Selepas beberapa minggu, kanak-kanak akan menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat dan mengamati sesuatu objek. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak sudah boleh menghala perhatian secara langsung kepada objek yang dilihatnya. Seterusnya kanak-kanak sudah boleh melihat mengikut arah pergerakan objek dan kanak-kanak akan memberi tindak balas sekiranya objek yang mereka lihat itu berwarna garang.



3.0 MENGAPA PENGAMATAN PENTING



Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.



4.0 KOMPONEN DAN JENIS PENGAMATAN



Secara umumnya pengamatan ini adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a ) komponen penglihatan

b ) komponen pendengaran

c ) sensori motor



No comments:

Post a Comment