Saturday, May 19, 2012

KBK3013 KOKURIKULUM & REKREASI DLM PEND,KHAS

 MATLAMAT KOKURIKULUM MURID BERKEPERLUAN KHAS
memperseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid berkeperluan khas.


memperkukuhkan hubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid normal di dalam sekolah yang sama.

membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas terhadap aktiviti gerak kerja kokurikulum yang perlu mereka sertai.
memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan yang setara dengan tahap kebolehan murid.


menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.

membentuk keyakinan diri terhaadp murid-murid berkeperluan khas ke aras penyediaan menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan





No comments:

Post a Comment