Tuesday, March 5, 2013

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA(KGBK)

ASAS KGBK:

1.SISTEM EJAAN BM YANG FONIK


2. SUKU KATA BM YANG MUDAH

3. MURID MEMPUNYAI PERBENDAHARAAN KATA   
  PRINSIP:  

1.PERKENALKAN DULU VOKAL DAN KONSONAN YANG KERAP DIGUNAKAN

2.TIDAK GUNA SUSUNAN BIASA (A-Z)

3.NAMA ABJAD DAN HURUF BESAR DIKEMUDIANKAN/ TIDAK LANGSUNG

4.MEMBUNYI DAN MEMANDANG

5.LANGKAH TIDAK DIPISAHKAN


CARA MENGAJAR KGBK:  

 1.VOKAL
 2.KONSONAN
 3.SUKUKATA
 4.PERKATAAN
 5.FRASA/AYAT 

 VOKAL: a,i,u 

 KONSONAN: b k c s t m n g l j h y f w q v z SUKU KATA: ba, bi, bu

PERKATAAN:  ba-bu=babu

FRASA/ AYAT:

bubu baba  ada baba

Baba ada buku  



 BAHASA BERIRAMA:  

Tanya pada pokok,

Apa sebab goyang,

Nanti jawab pokok,

Angin yang goncang.
           

PENGAMATAN

1.0 PENGENALAN PENGAMATAN


Menurut Ruth Strang dalam buku ‘Reading Diagnosis and Remediation’ pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

Janet W Learner (1971) dalam buku ‘The Children With Learning Disabilities’ mentafsirkan pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.


1.1 DEFINISI PENGAMATAN

Pengamatan ialah hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan ini berkaitan dengan keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, kemudian mengutuskannya melalui sistem saraf ke otak untuk diproses. Otak akan melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali. Proses ini sangat kompleks kerana ketepatan tafsiran yang dibayangkan oleh perlakuan atau pernyataan pertuturan bergantung kepada keadaan normal pancaindera, sistem saraf dan otak. Keupayaan ini pula bergantung pada pengalaman, emosi, situasi dan akidah atau keimanan seseorang.

Sekiranya gerak balas fizikal atau pernyataan pertuturan difahami oleh orang lain, maka pemahaman dan pembelajaran itu dikatakan berlaku. Oleh itu, kepekaan berlaku sekiranya rangsangan-rangsangan diterima oleh deria dan kemudian diutuskan ke otak untuk diproses sehingga mencetuskan makna, pemahaman atau pengetahuan yang diterima oleh perangsang dan masyarakat sekitarnya. Peringkat antara kepekaan dan pengetahuan inilah dikenali sebagai pengamatan.

Teori yang dijelaskan menunjukkan bahawa jika rangsangan diamati dengan sempurna, ia akan menjadi pengetahuan atau pelajaran. Peringkat pembentukan pengamatan menentukan kualiti pembelajaran. Di samping itu, perlu diingat bahawa bukan semua deria peka kepada rangsangan. Walau bagaimanapun deria lebih peka kepada ciri-ciri berikut:

i. Perubahan

Rangsangan yang memperlihatkan perubahan warna, bentuk, saiz dan kedudukan lebih menarik minat deria. Umpamanya, cecair yang berwarna merah tiba-tiba bertukar menjadi jernih; kertas menjadi wang; yang kecil menjadi besar; yang miskin tiba-tiba menjadi kaya raya; atau yang hodoh menjadi cantik sudah pasti akan merangsang deria atau menarik perhatian.


ii. Pergerakan

Rangsangan yang bergerak seperti tayangan gambar; jarum saat pada permukaan jam; atau cahaya pada lampu neon kelihatan bergerak lebih menarik minat deria daripada sesuatu yang tidak bergerak.


iii. Saiz

Rangsangan yang bentuknya bersaiz besar ataupun terlalu kecil seperti yang terdapat pada papan tanda iklan (yang mudah dibaca) sudah tentu menarik perhatian seseorang.

iv. Ulangan

Deria pendengaran lebih tertarik kepada rangsangan bunyi yang berulang-ulang, bergema atau laungan yang panjang.

v. Kekuatan

Deria penglihatan lebih tertarik kepada warna yang garang, manakala deria pendengaran pula lebih tertarik kepada bunyi yang nyaring.

vi. Set

Penglihatan atau pendengaran seseorang lebih cenderung kepada set atau himpunan objek atau nyanyian tertentu atribut-atribut yang ditetapkan. Umpamanya set abjad yang tidak dicampur adukkan dengan angka lebih sesuai daripada yang dicampur adukkan. Begitu jugalah dengan nyanyian yang dicampur adukkan tempo yang rancak dengan tempo yang perlahan.

vii. Kontra

Keadaan yang kontra biasanya akan menarik perhatian seseorang. Umpamanya, sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pamah kelihatan lebih menarik daripada bukit yang sama di kawasan bukit bukau.

Ciri-ciri yang disebutkan di atas hendaklah dijadikan panduan semasa menyediakan alatan pembelajaran. Jika boleh tiap-tiap alat yang disediakan hendaklah mengandungi satu atau lebih dari segi ciri-ciri perubahan, pergerakan, saiz, ulangan, kekuatan, set dan kontra.


Sesuatu yang diamati atau sesuatu pengamatan akan diproses melalui pancaindera, saluran saraf dan seterusnya diproses di dalam otak. Dengan ini sudah semestilah kecenderungan atau kekuatan bahagian-bahagian yang dilalui tadi akan mempengaruhi pengamatan seseorang. Oleh sebab itu, jika terdapat kecacatan pada salah satu bahagian tersebut, ini boleh menimbulkan salah pengamatan. Misalnya, orang yang cacat pendengaran, akan mengamati bunyi yang berlainan daripada orang yang pendengarannya normal. Begitu juga dengan kecacatan deria penglihatan, sentuhan, bau dan rasa. Kecacatan deria ini bukan merupakan dua ekstrem seperti pekak dan dengar; buta dan celik. Antara kedua-dua ekstrem ini terdapat tahap kecacatan seperti:

Dengar Separuh dengar Hampir tidak dengar Terlalu tidak dengar Pekak

Masalah mungkin timbul kepada orang yang sejak dilahirkan telah mengalami keadaan ‘tidak dengar’. Dia akan menganggap pengamatan semua orang adalah serupa dengan pengamatannya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang mengalami kecacatan deria. Oleh yang demikian apa yang diamatinya dianggap betul dan jika dikatakan salah dia akan berasa hairan dan mungkin juga marah, walaupun sebenarnya pengamatannya tercelaru akibat kecacatan deria yang ringan.


1.2 KONSEP PENGAMATAN


Manusia mempunyai lima deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Melalui organ-organ deria itu, kita dapat mengesan keadaan di sekeliling. Misalnya, mata membolehkan kita melihat bentuk, jarak dan warna objek; telinga membolehkan kita mendengar pelbagai jenis bunyi; hidung membolehkan kita mencium bau wangi dan busuk; lidah membolehkan kita merasa rasa manis, masin dan pahit; dan kulit membolehkan kita membezakan permukaan kasar atau halus, serta mengesan kesejukan dan kepanasan udara.

Proses-proses itu berlaku disebabkan oleh rangsangan yang dikesan oleh organ-organ deria. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu terbentuk di retina. Ini menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Begitu juga organ-organ deria lain berfungsi untuk mengesan keadaan di alam sekitar, walaupun rangsangannya berbeza-beza, iaitu kulit mengesan rangsangan dengan sentuhan, hidung dan lidah mengesan bahan kimia dan telinga mengesan gelombang bunyi. Semua utusan yang diterima daripada rangsangan itu dihantar ke otak melalui sistem saraf sebagai impuls untuk ditafsirkan dan diinterpretasikan.


Proses mental yang membuat pemerhatian melalui organ-organ deria untuk mengecam objek dan perkara, serta memberi kesedaran tentang kualiti dan pertalian objek dan perkara, disebut pengamatan. Ini bermaksud pengamatan ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman. Pengalaman itu diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui sistem saraf ke otakuntuk ditafsirkan. Akan tetapi, dalam proses pentafsiran itu, pengalaman yang sedang dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lampau. Oleh itu pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran pengalaman baru. Justeru itu, pengamatan melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak balas. Dengan demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualiti dan kuantiti rangsangan. Bahkan kemampuan seseorang membuat pengamatan untuk menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Daripada huraian di atas, pengamatan dapat ditakrifkan sebagai proses mental dalam mentafsir segala objek dan situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh pengalaman lampaunya.



2.0 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak mengamati dengan menggunakan sebelah mata sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Selepas beberapa minggu, kanak-kanak akan menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat dan mengamati sesuatu objek. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak sudah boleh menghala perhatian secara langsung kepada objek yang dilihatnya. Seterusnya kanak-kanak sudah boleh melihat mengikut arah pergerakan objek dan kanak-kanak akan memberi tindak balas sekiranya objek yang mereka lihat itu berwarna garang.


3.0 MENGAPA PENGAMATAN PENTING


Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.

4.0 KOMPONEN DAN JENIS PENGAMATAN



Secara umumnya pengamatan ini adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a ) komponen penglihatan

b ) komponen pendengaran

c ) sensori motor


PUNCA KELEMAHAN PENGAMATAN



Terdapat dua punca utama kelemahan pengamatan iaitu disebabkan oleh faktor internal dan faktor external.

Bagi faktor yang pertama iaitu faktor internal ataupun faktor dalaman, kanak-kanakyang mengalami masalah pengamatan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan deria pendengaran dan deria penglihatan. Selain itu ia turut disebabkan oleh masalah baka yang tidak diketahui kerana ibu bapa pada masa tersebut kurang pendedahan berkaitan masalah pengamatan ataupun masalah lain yang berkaitan. Berlakunya tekanan emosi dalam badan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah pengamatan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya minat para ibu bapa untuk mengetahui masalah anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka mengalami masalah tekanan emosi.



Faktor yang kedua iaitu faktor external ataupun faktor luaran. Ramai diantara ibu bapa yang kurang pendedahan tentang kelemahan yang diakibatkan oleh faktor internal dan faktor external ini.hal ini telah menyebabkan anak-anak mereka yang lambat dikesan sejak dari awal sukar untuk dipulihkan jika sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk Faktor luaran ini ialah salah satu faktor dominan yang menyebabkan berlakunya kekangan dalam diri kanak-kanak tersebut. Segala rangsangan atau dorongan yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut, dalam melakukan sesuatu pekara seolah-olah, memaksa mereka walaupun mereka tidak mahir. Hal ini menyebabkan mereka membuat pekara tersebut dalam keadaan terpaksa.



Secara rumusannya, kedua-dua faktor ini iaitu faktor internal dan external adalah punca kepada kelemahan pengamatan tidak mengira pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran dan sensori motor.


CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN


CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN PENGLIHATAN


Ada pelabagai cara yang disyorkan oleh pakar dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan ini. Cara-cara ini dapat diaplikasikan oleh guru dan ibu bapa dalam memberi pengajaran yang berkesan kepada anak atau pelajar yang mengalami masalah ini.



1. Mencari Gambar, Bentuk Saiz dan Simbol Yang Tidak Sama



Melalui cara ini pelajar akan didedahkan dengan gambar atau simbol dan mereka akan disuruh untuk meneka apa yang ada disebalik gambar atau simbol tadi. Sebagai contoh, guru akan membawa satu gambar haiwan seperti ayam dan pelajar diminta untuk meneka apakah gambar berkenaan. Jika murid tidak dapat menjawab maka guru akan menerangkan apakah gambar berkenaan kepada murid. Selepas beberapa minit cuba ulangi soalan tadi dengan menggunakan gambar yang sama.



Guru juga boleh menggunakan simbol dalam pembelajarannya. Menerusi cara ini guru akan menghasilkan bentuk haiwan dengan menggunakan kertas keras. Tetapi ia hanya bentuk dan bukannya dalam bentuk gambar atau 3D. Adalah lebih baik jika keseluruhan simbol itu diwarnakan dengan satu warna sahaja. Pelajar akan dikehendaki meneka apakah yang tersirat di sebalik gambar itu. Jika pelajar gagal menjawab maka tugas guru adalah menerangkan apakah simbol berkenaan dengan menunjukkan gambar yang sebenar. Cuba ulangi soalan tadi selepas beberapa minit bagi menetukan sama ada murid berkenaan dapat mengecam atau tidak simbol tadi.

Di sini disediakan satu contoh model pembelajaran tadi :



Objektif : Membolehkan pelajar mengenal gambar ringkas

Arahan : Ini gambar apa ? ( Murid dikehendaki meneka apakah yang tersirat di sebalik

gambar )





gambar 1







Gambar 2



Contoh soalan : “ Cuba adik tunjukkan mana satu gambar arnab ?”

“ Cuba adik tunjukkan mana satu gambar harimau ?”



Jika pelajar gagal untuk menjawab maka guru mesti menerangkan jawapan yang sebenar kepada pelajar dan terangkan mengenai haiwan-haiwan diatas secara sepintas lalu. Ulangi soalan beberapa minit kemudian.













2 Perbezaan Dan Persamaan Objek



Cara ini adalah berkesinambungan dari cara di atas. Menerusi cara ini pelajar akan diberi dua keping kertas keras yang menunjukkan gambar dan simbol yang sama bentuk kedua-duanya. Pelajar akan disuruh untuk mencari padanan yang sesuai di antara kedua-duanya tadi. Sebagai contoh, guru akan memberi seorang pelajar dua jenis gambar iaitu gambar arnab dan harimau. Selepas itu guru akan menunjukkan simbol gambar berkenaan kepada murid. Menerusi gambar yang ada padanya, pelajar akan meneka mana satu gambar yang diwakili oleh simbol berkenaan. Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah, maka guru akan menerangkan mengenai jawapan yang sebenar. Selepas beberapa ketika guru akan bertanya semula kepada murid berkenaan mengenai soalan tadi.



3 Memadan huruf dengan perkataan



Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah tadi, menerusi cara ini pelajar akan diminta untuk memadankan huruf dengan perkataan ringkas. Guru akan menyediakan satu kit di mana setiap perkataan akan dibuang atau dipadamkan perkataan awalannya. Murid diminta untuk memberitahu apakah huruf yang terkandung dalam perkataan berkenaan. Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah maka guru akan menerangkan jawapan yang sebenar. Ulangi soalan berkenaan dalam waktu yang terdekat.



Di sini ditunjukkan contoh cara perlaksanaan kaedah diatas :

Pelajar dikehendaki mengisi ruang kosong perkataan dibawah dengan memilih huruf yang disediakan.



_ O L A





Pelajar perlu memilih huruf-huruf dibawah ini untuk mengisi ruangan kosong diatas.

P B D R

Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah maka guru akan menunjukkan mana satu jawapan yang sebenar kepada murid. Soalan ini hendaklah ditanya beberapa kali agar mereka dapat mengenal dan membezakan mana satu perkataan yang sesuai.



4. Menekap corak, bentuk-bentuk dan huruf



Cara ini adalah cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah pengamatan penglihatan ini. Melalui cara ini pelbagai kaedah dapat digunakan oleh guru. Antaranya adalah seperti menggunting gambar, melukis, menekap dan sebagainya.



Dibawah disediakan contoh yang sesuai :



Objektif : Membolehkan pelajar menajamkan pengamatan menerusi teknik menggunting.

Arahan : Pelajar dikehendaki menggunting gambar dibawah mengikut garisan.



● ♠ ♥ ♦ ♣ ▲







CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN PENDENGARAN



Seperti juga dengan masalah pengamatan penglihatan, guru juga dapat mengaplikasikan pelbagai cara dalam pengajaran mereka bagi mengatasi masalah pengamatan pendengaran di kalangan murid.



1. Ujian Pendengaran Teknik Pelaziman



Ujian ini bertujuan supaya pelajar dapat menunjukkan kad warna setelah mendengar bunyi. Sebenarnya terdapat pelbagai teknik yang dapat digunakan dalam kaedah ini. Melalui cara ini pelajar akan akan diberikan kad berwarna yang berlainan warna bagi setiap kad. Guru akan menerangkan kepada murid mengenai kegunaan setiap kad berwarna bagi menentukan setiap bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh kad yang berwarna merah adalah untuk bunyi yang terhasil dari wisel, manakala kad yang berwarna hijau adalah mewakili bunyi yang terhasildari ketukan botol kosong. Guru akan dapat melihat tahap kepekaan pendengaran kanak-kanak menerusi cara ini.



Penggunaan jadual dapat diaplikasikan jika guru menggunakan cara ini. Sebagaimana contoh dibawah :





Kad Warna

Alatan bunyi

Skor



MERAH

WISEL



HIJAU

BOTOL KOSONG





Sekiranya pelajar dapat meneka bunyi dengan tepat maka guru boleh menambah bilangan kad warna dan jenisan bunyi dalam memberi ujian ini kepada pelajar.



RUMUSAN



Rahsia kejayaan kemahiran membaca bergantung pada pengetahuan yang ada pada ibu bapa dan guru tentang gejala-gejala yang boleh menimbulkan masalah kesulitan membaca. Kanak-kanak yang berbeza dalam berbagai-bagai aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan mental, memerlukan satu situasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca yang menitikberatkan cara mengatasi gejala-gejala yang mungkin akan mencetuskan pelbagai masalah kesulitan membaca.



Sekiranya kanak-kanak yang diuji itu gagal mencapai skor yang diharapkan seperti yang tercatat pada setiap ujian, ditambah pula dengan kekerapan berlakunya petanda-petanda fizikal, kanak-kanak berkenaan sebaik-baiknya dirujuk kepada seorang doktor pakar telinga atau mata. Ini kerana kemungkinan deria-deria pendengaran dan penglihatan kanak-kanak itu cacat. Walau bagaimanapun kemungkinan juga kanak-kanak itu gagal kerana cara ujian yang dijalankan itu salah ataupun umur kanak-kanak yang diuji itu terlalu muda.



Umur yang dicadangkan untuk tiap-tiap ujian itu hanya anggaran. Terdapat kanak-kanak yang boleh melakukan semua ujian semasa berumur 3 tahun 6 bulan. Ini bukan bermakna yang mereka lemah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan yang boleh menjawab semua ujian dengan betul. Jika ini berlaku, rumusan yang boleh dibuat ialah kesediaan kanak-kanak berumur 3 tahun 6 bulan untuk membaca adalah perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan.



Kanak-kanak yang diuji mungkin juga belum pernah mengalami situasi ujian dan dengan itu jawapannya mengelirukan. Sebagai contoh, mungkin kanak-kanak berkenaan belum pernah mendengar bunyi atau melihat gambar dalam ujian tersebut, oleh itu jawapannya tentulah salah. Perlu diingat bahawa tidak semua kanak-kanak mengetahui nama warna atau perkataan ‘but’. Terdapat juga kanak-kanak yang gagal kerana sikap mereka terlalu nakal dan enggan memberi gerak balas seperti yang diharap-harapkan.



Memandangkan kepada masalah yang disebut tadi, sebaik-baiknya seseorang pelajar itu perlu menganggap bahawa di samping ujian itu membantu mereka memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, aktiviti itu juga membantu mereka melatih dan mengasuh deria-deria pendengaran atau penglihatan kanak-kanak supaya menjadi lebih aktif dan berkesan. Dengan itu pengajaran perlulah membimbing dan menunjuk ajar kanak-kanak yang gagal. Jika masih lagi gagal, ulangi lagi aktiviti ujian sehingga mereka menampakkan peningkatan kemahiran.



Ujian ini tiada kena-mengena dengan ujian kecerdasan. Ujian itu hanya merupakan aktiviti prabacaan yang akan membantu kanak-kanak supaya lebih bersedia untuk mencapai kemahiran membaca.



SENSORI MOTOR DAN CIRI-CIRINYA




Sensori motor adalah pergerakan motor kasar dan halus badan. Pergerakan motor halus adalah seperti menulis, melukis dan perkara-perkara lain yang tidak melibatkan pergerakan yang besar.



Pergerakan motor kasar pula adalah sebarang tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti melompat, berlari dan sebagainya. Kebiasaannya semua pelajar yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran mahupun pembelajaran akan mengalami masalah ini. Ini mungkin disebabkan oleh masalah sensori yang dialami oleh golongan ini. Pelajar yang mengalami masalah penglihatan misalnya adalah sukar untuk melakukan gerakan motor kasar kerana kesukaran mereka untuk bergerak akibat dari masalah penglihatan mereka itu.



Sensori motor seseorang individu itu adalah dipengaruhi psikomotornya. Psikomotor ini terbahagi kepada dua iaitu literaliti dan dominan. Kedua-dua perkara ini adalah berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Literaliti ialah pergerakan seseorang individu itu tidak kira sama ada halus atau kasar pergerakannya. Manakala dominan pula ialah penguasaan sebahagian sahaja otak sama ada otak kanan atau otak kiri.



Selalunya individu yang mengalami masalah ini akan mengalami kesukaran dalam penyelarasan motor mata dan tangan. Kanak-kanak yang mengalami masalah masalah literaliti dan dominan akan menghadapi masalah dalam menentukan kiri dan kanan. Ianya tentu akan mempengaruhi dalam bacaan dan penulisan



PENGAMATAN SENSORI MOTOR



Sensori motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kecacatan anggota mengakibatkan kanak-kanak tidak boleh melakukan pergerakan motor kasar dengan bebas. Contoh pergerakan motor kasar adalah seperti berlari, berjalan, duduk, membongkok dan lain-lain. Akibat daripada ketidaksempurnaan pergerakan motor kasar menyebabkan segala pergerakan kanak-kanak tersebut menjadi kekok atau janggal (clumsy). Hal ini telah menyebabkan pengendalian diri tidak sempurna.



Bahagian anggota yang lemah mengakibatkan kanak-kanak tidak boleh melakukan aktiviti pengamatan dan pergerakan motor halus. Contoh pergerakan motor halus iaitu mencucuk manik, mengikat tali kasut, memasang puzzle, masalah memegang pensil dengan betul, menangkap dan membaling bola, sukar mengenal pasti bunyi yang didengari dan lain-lain. Kecacatan pada bahagian muka atau saraf di muka akan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah pertuturan, melakukan mimik muka, makan dan minum. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut lemah dalam pengurusan diri.



Contoh kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sensori motor ialah apabila aktiviti pengamatan sentuhan dilakukan, kanak-kanak tersebut tidak dapat memadankan sentuhan yang dikenakan dengan mengikut rajah yang telah diberikan. Begitu juga dengan aktiviti mengamati kedudukan abjad dengan tepat melalui deria sentuhan iaitu tapak tangan. Contohnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat memadankan abjad dengan rangsangan sentuhan di bahagian belakang tangannya.

KOMPONEN PENGLIHATAN DAN CIRI-CIRINYA




Selalunya kita hanya menyangka hanya murid yang mengalami masalah penglihatan sahaja yang akan mengalami masalah penglihatan ini. Tetapi sebenarnya murid yang mengalami masalah pembelajaran juga lazimnya adalah bermasalah penglihatan. Ini adalah berlaku disebabkan oleh kelemahan otak mereka untuk mentafsirkan apa yang dlihat oleh mata mereka. Ini menyebabkan mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa yang dilihat oleh mereka



Kelemahan-kelemahan pengamatan penglihatan adalah seperti :

a ) Diskriminasi penglihatan

b ) Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )

c ) Perhubungan penglihatan ( Visual Association )

d ) Visual closure ( rumusan atau kelengkapan penglihatan )

e ) Ingatan visual ( Visual memory )



Selalunya pelajar yang mengalami masalah pengamatan penglihatan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Mereka ini sering sahaja terjatuh atau tersungkur akibat dari terpijak atau tersepak batu atau tunggul. Pelajar yang mengalami masalah ini juga lazimnya suka mengelipkan mata dan amat sukar untuk membezakan bentuk-bentuk yang hampir sama.



Mata pelajar juga sering kelihatan merah dan mereka ini amat cepat jemu dengan kerja-kerja halus seperti pendidikan seni. Dalam melaksanakan sesuatu kerja mereka amat suka untuk mendekatkan mata kepada bahan yang dilihat supaya bahan yang hendak dilihat itu jelas pada pandangan mata mereka.



Mereka juga tidak boleh membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan. Ini sudah pasti menyukarkan proses pembelajaran mereka di kelas. Kadangkala keupayaan mengingati mereka berada di tahap yang terendah. Mereka sukar mengingati setiap apa yang dipelajari dan diamati. Mereka juga tidak boleh membezakan kedudukan sesuatu bentuk huruf dan nombor.



Ketidakbolehan mengingati sesuatu ini juga menyebabkan mereka mengalami ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf dan perkataan seperti susunan huruf A hingga Z. Keupayaan menyalin mereka juga di tahap yang sukar, mereka sukar untuk menyudah atau melengkapkan sesuatu teks.



Mereka juga sukar untuk melengkapkan gambar bersiri. Sebagai contoh jika sesuatu cerita mengenai kisah dongeng yang mempunyai gambar-gambar bersiri, mereka amat sukar untuk menentukan mana satu gambar yang pertama, kedua dan seterusnya. Aktiviti–aktiviti latihan seperti mencari jalan keluar dan mencari gambar tersembunyi juga menjadi kesukaran buat mereka akibat dari masalah pengamatan penglihatan ini.



1. Diskriminasi penglihatan



Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara “ m” dan “n” ataupun “lari” dan “lori”. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini, maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.







2. Peneriman Penglihatan



Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemah simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami simbol-simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambar-gambar dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.



3. Perhubungan Penglihatan ( Visual Association)



Kemahiran ini berkait rapat denagan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menaakul, mengkritik, berfikir dan menyelesaikan masalah.



4. Rumusan atau melengkapi pengamatan ( Visual Closure )



Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menangkap maksud ayat itu . Cadangan aktiviti adalah seperti dibawah :

a ) Memadan atau mencantum gambar-gambar jigsaw puzzle.



5. Ingatan Penglihatan ( Visual Memory )



Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang dilihat. Untuk membaca kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang dilihatnya. Cadangan aktiviti adalah seperti berikut :

a ) Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid-murid menelitinya. Tutupkan

benda-benda berkenaan dan minta pelajar menyebutnya kembali.



























KATEGORI MASALAH CACAT PENGAMATAN PENGLIHATAN



1. MASALAH CACAT PENGAMATAN PENGLIHATAN

Masalah ini boleh dikesan melalui kaedah meneliti rangsangan tulisan.

Contoh rangsangan tulisan :





Mungkin terdapat kanak-kanak yang mengamati karangan di atas dalam bentuk seperti contoh berikut.

(a)













Jika kanak-kanak melihat susunan perkataan asal menjadi rapat seperti di atas, ini bermakna dia tidak dapat mengamati ruang-ruang yang terdapat di antara perkataan. Keadaan sebegini akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami kesulitan untuk membaca petikan di atas. Oleh itu, meskipun dia celik tetapi dia mengalami masalah kecacatan pengamatan penglihatan.



(b)













Rangsangan Masalah Pengamatan Penglihatan Harapan

C Gambar bulat yang lengkap

Gambar bulan sabit

Besi yang bengkok

‘Kepungan’ tangan Nama bentuk ini ialah ‘si’ dan sebutannya ialah ‘ceh’ (e = pepet)



Contoh salah pengamatan penglihatan di atas merupakan hakikat yang ‘benar’ bagi kanak-kanak. Misalnya mereka akan tertanya-tanya di dalam hati “Apa benda ‘el’ ini”, sedangkan apa yang diamati ialah sebahagian segi empat tepat. Segi empat itu pula tidak boleh disebut kerana bentuk itu bukan abjad. Begitulah seterusnya untuk contoh-contoh yang lain.



Sehubungan dengan masalah pengamatan penglihatan ini kanak-kanak ‘dipaksa’ mengingatkan 26 nama abjad dengan bunyinya yang berlainan. Ini belum termasuk diagraf ‘sy’ ‘ng’ ‘ny’ ‘th’ dan juga diftong ‘ei’ ‘au’ ‘au’ dan lain-lain lagi. Justeru, tidak menghairankan jika kanak-kanak terkeliru apabila menyebut simbol-simbol abjad semasa membaca. Tambahan pula nama sesetengah abjad seperti B C D P E T G V hampir sama. Masalah ini akan menjadi ketara jika mereka mengalami masalah pendengaran. Begitulah juga dengan sebutan P dan F; M dan N, N dan NG; G dan J; B dan D dan lain-lain lagi.



Kadang-kadang, kanak-kanak tercelaru dengan ‘kedudukan’ sesuatu abjad bersendirian atau yang di dalam perkataan. Umpamanya:



Kedua-kedua gambar ini ialah gambar bintang. Kedua-dua gambar ini diamati secara ‘keseluruhan’ bukan mengikut atribut kedudukan.













Mungkin terdapat kanak-kanak yang mengamati ketiga-tiga abjad ini sama, hasil pemindahan pengalamannya seperti yang di atas tadi. Pengamatannya tercelaru kerana ketiga-tiga abjad ini sebenarnya berbeza. Begitulah juga dengan kedudukan abjad di dalam sepatah perkataan.



Terdapat juga kanak-kanak yang mengamati abjad secara berpasangan seperti di atas. Oleh itu, keadaan ini menyebabkan kanak-kanak ini mengalami kesulitan untuk membaca.



(c)

















Pengamatan penglihatan kanak-kanak juga dianggap cacat jika pada penglihatannya, ruang di antara baris ayat tidak sama. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah melangkau baris semasa membaca.



(d)











Pengamatan penglihatan kanak-kanak cacat jika pada penglihatannya sesetengah abjad kelihatan jelas dan sesetengah abjad kelihatan jelas dan sesetengah pula kelabu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah membaca.



(e)











Pengamatan penglihatan kanak-kanak cacat jika mereka melihat huruf-huruf d, p, b, dan g, ‘terbalik’. Ini boleh menyebabkan dia sukar membaca.



(f)



















Pengamatan penglihatan kanak-kanak ini cacat kerana huruf-huruf diamati melalui arah yang songang iaitu dari kanan ke kiri. Ini akan menyulitkannya membaca.



























Masalah pengamatan yang dikemukakan di atas sudah pasti akan menjadi penghalang kepada pencapaian kemahiran membaca. Mungkin terdapat banyak lagi masalah pengamatan penglihatan yang dialami oleh kanak-kanak seperti yang berikut.



Rangsangan Masalah pengamatan penglihatan Harapan

el Kelihatan seperti bayang-bayang segi empat tepat.

Penemuan garisan tegak dengan garisan mendatar. Dua komponen yang berasingan.

Sudut tepat 90 darjah Nama bentuk ini ialah ‘el’ dan sebutannya ialah ‘leh’

(e = pepet)

o Gambar bola berbentuk sfera

Gambar bulan mengambang

Gambar duit syiling

Gambar gelang Nama bentuk ini ialah ‘o’ dan sebutannya ialah ‘oo’







































Jika pengalaman ini dipindahkan kepada abjad di dalam perkataan, mungkin dia akan mengamatinya sebagai sama juga.



Kuda duka daku

Kadu adku ukda



Sebenarnya keenam-enam perkataan ini berbeza dari segi sebutan dan juga makna (jika ada). Kecelaruan pengamatan penglihatan ini sudah pasti akan menyulitkan kanak-kanak untuk mencapai kemahiran membaca. Sesuatu langkah mencegahnya mesti dilakukan. Caranya adalah dengan memberi beberapa latihan pengamatan penglihatan atribut yang tertentu.



Pengamatan penglihatan individu juga kadang kala mendorongnya ‘melengkapkan’ rajah ataupun sebutan. Fenomena ini dinamai masalah tutupan. Contohnya, satu kontur yang lengkap dan tidak terputus-putus tidak diperlukan untuk pengamatan. Sekiranya sebahagian kontur itu ‘hilang’, pengamatan akan mengisi ruang yang hilang itu. Dengan erti kata lain, pengamatan akan mengisi ‘kekosongan’ yang mungkin akan mengganggu pemaknaan. Lihat contoh yang berikut:





Sehubungan dengan fenomena tutupan ini, ada kemungkinan kanak-kanak mengamati abjad seperti berikut :



e = 0 u = a

h = b s = 8

Masalah tutupan ini kerap juga diperkukuhkan oleh ibu bapa atau guru yang suka mengarahkan kanak-kanak untuk melengkapkan perkataan seperti:



“Dia beli ka”

Jawapan : Dia beli kasut



Jawapan sebegini mudah mencelarukan pengamatan kanak-kanak kerana terdapat banyak lagi perkataan yang boleh dilengkapkan seperti kaYU dan kaPAK. Alangkah terkejutnya seorang kanak-kanak jika jawapaknya itu kaTAK dianggap salah oleh ibu bapa atau guru. Begitulah juga dengan soalan : Apa benda ada roda? Jawapan : Motorkar, lori, kasut roda. Kerusi atau lain-lain lagi.



Sehubungn dengan masalah tutupan ini, terdapat juga kanak-kanak yang mengamati perkataan-perkataan seperti sayu, satu, sapu sebagai saya kerana suku kata ‘sa’ dengan ‘ya’.



sa yu

sa tu

sa pu

sa ya



Masalah tutupan pengamatan ini perlu diawasi dan diberi didikan supaya pencapaian kemahiran membaca tidak dikelirukan kelak. Latihan seterusnya merupakan langkah-langkah yang boleh dilakasanakan untuk mengelakkan kecelaruan pengamatan.



(a) Latihan Pengamatan Sentuhan

(i) Aktiviti mengamati kedudukan kontur dengan tepat

Objektif: Kanak-kanak dapat memadankan sentuhan yang dikenakan dengan menunjukkan rajah yang sesuai.

Umur: 3 tahun ke atas.

Arahan: Cuba lihat 8 rajah ini.

Sama atau tidak ?
























“Baiklah.

Sekarang hulur tangan adik. Tutup dengan mata.”

Ibu/ bapa/ cikgu menggariskan salah satu rajah tersebut pada tangan kanak-kanak

dengan menggunakan batang mancis.

“Buka mata.

Tunjukkan rajah yang mana sudah dilukiskan pada tangan adik.”

Ulangi aktiviti sehingga kanak-kanak berjaya mendapat skor 10/10

Ulangi aktiviti yang sama dengan tapak tangan yang satu lagi (Skor 10/10)



(ii) Aktiviti mengamati kedudukan abjad dengan tepat

Objektif: Kanak-kanak dapat memadankan bentuk abjad dengan rangsangan sentuhan di bahagian belakang badannya.

Umur: 3 tahun ke atas

Arahan: Tanggalkan baju.

Jangan menoleh ke belakang.

Emak/ bapa/ cikgu lukis rajah di belakang badan adik.

Jika kanak-kanak ketawa, ulangi sehingga dia tenang.

Cuba tunjuk rajah yang mana satu yang dilukiskan tadi











































(iii) Aktiviti mengikut kontur abjad dengan arah yang sesuai.

Objektif: Kanak-kanak dapat ‘menulis’ abjad mengikut arah yang betul.

Umur: 3 tahun ke atas.

Arahan: Letakkan ‘transparency’ atau kertas surih di atas rajah.

Ikut arah anak panah.

Sambungkan titik-titik yang di dalam abjad.

Jangan sentuh sempadan abjad.

Boleh?


























Cuba.









SKOR 5/5



















(iv) Aktiviti mengamati abjad mengikut arah lawan jam



Objektif: Kanak-kanak dapat ‘melukis’ abjad mengikut arah lawan jam.



Umur: 3 tahun ke atas



Arahan: Sama seperti arahan dalam latihan (iii)













SKOR 13/13



2. UJIAN PENGLIHATAN BAGI MASALAH PENGLIHATAN

Ujian penglihatan biasanya dibuat untuk menilai :

(i) ketajaman penglihatan (visual acuity)

(ii) keluasan penglihatan (visual field); dan

(iii) pengamatan penglihatan



Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan ialah luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan pula bermaksud penafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang, kedudukan atau orientasi objek sama ada terbalik ataupun tidak dan juga keupayaan mendiskriminasikan persamaan atau perbezaan sesuatu atribut yang dilihat.









Ketiga-tiga aspek keupayaan deria penglihatan ini boleh diganggu oleh beberapa masalah pengamatan seperti berikut :



i. Rabun jauh atau myopia : Objek-objek yang dekat boleh dikenal pasti tetapi kabur bagii objek-objek yang jauh.



ii. Hyperopia : Boleh melihat objek-objek yang jauh tetapi tidak dapat melihat objek dengan jelas pada jarak yang dekat.



iii. Astigmatism : Penglihatannya kabur kerana terdapat tompok-tompok kawasan kabur dalam kawasan penglihatannya.



iv. Penyakit glaucoma : Suatu keadaan tekanan yang terlalu kuat berlaku di dalam biji mata. Jika tidak dirawat, pembekalan darah ke saraf optik akan terputus. Akibatnya seseorang itu akan menjadi buta.



































Rajah yang berikut menunjukkan graf rumusan penyelidikan Frantz 1960.





Jalur biru untuk bayi 2 hingga 3 bulan



Jalur merah untuk bayi 3 hingga 5 bulan.









Peratus jumlah masa tumpuan pemerhatian.



Rumusan penyelidikan Frantz 1961 tentang pengamatan corak

yang menarik perhatian bayi.



v. Katarak : Kanta mata yang teraterus dan boleh ditembusi cahaya dan diselaputi oleh kulipis yang berwarna putih dan legap yang menghalang cahaya melaluinya. Akibatnya penglihata menjadi kabur.



vi. Penyakit kencing manis : Menggangu pembekalan darah ke retina.



vii. Retinitis pigmentosa : Sejenis kecacatan penglihatan yang diwarisi daripada keturunan. Kecacatan berlaku apabila kawasan retina yang peka kepada cahaya semakin lemah.

viii. Retrolensa fibroplasias : Bahagian belakang kanta mata bersabut daan tidak teraterus untuk memberi laluan cahaya.



ix. Strabismus : Mata juling ke dalam apabila kedua-dua mata hitam melihat kea rah hidung ataupun juling keluar apabila kedua-dua mata hitam terletak dihujung biji mata ke arah kedua-dua belah telinga.



x. Nystagmus : Kedua-dua biji mata bergerak dengan tidak dapat dikawal.



Semua keadaan di atas akan menjejaskan penglihatan. Pengesahan doktor perlu dibuat jika disyaki kanak-kanak mengalami tanda-tanda atau gejala yang telah disebutkan tadi.



Perlu diingatkan bahawa bukan semua kanak-kanak yang dianggap buta tidak dapat melihat dan begitu juga sebaliknya, bukan semua kanak-kanak yang celik itu tidak buta.





3. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

(A) Ujian penglihatan Refleks Orientasi



Jenis Refleks Umur dan Keadaan Bentuk Rangsangan Gerak Balas Kesimpulan

Kerlipan mata Baru lahir kekal Cahaya disuluh ke mata Mengerlipkan mata Tiada gerak balas bermakna cacat penglihatan

Saccades atau biji mata bergerak mengikut gerakan objek

Bermula selepas dilahirkan tetapi pergerakan mata tidak begitu sempurna sehingga umur 2 bulan







Objek-objek yang digerakkan Mengikut pergerakkan objek Tiada gerak balas bermakna cacat penglihatan

Tertarik kepada objek-objek yang terang seperti berwarna-warni dan bercahaya. Baru lahir berumur 2 bulan boleh mendiskriminasi cahaya.

kekal Objek-objek berwarna dan bersinar Memberi perhatian Tiada gerak balas bermakna cacat penglihatan





(B) Ujian Ketajaman Penglihatan



(i) Mengesan rabun warna



Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru) dan monochromat. Kanak-kanak yang rabun warna monochromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna pelangi , kanak-kanak yang rabun warna dichromat hanya menggunakan dua warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi. Mereka yang rabun jenis ini, rabun pada warna merah-hijau (paling ramai) dan ada juga yang rabun pada warna kuning-biru.

Umur: 2 tahun 6 bulan ke atas

Perhatian: bagi kanak-kanak yang normal, warna rumput adalah hijau dan

warna bunga mawar ialah merah. Mereka boleh melihat perbezaan kekuatan warna merah dan hijau dengan mudah. Rabun ini digelar trichromat kerana boleh mengadunkan tiga warna (hues) iaitu merah, biru, dan kuning untuk menghasilkan warna spektra atau warna pelangi.















Arahan: Padankan warna ini dengan warna rajah di bawah.



Penguji menunjukkan petak yang berkenaan secara rawak.





Kad warna untuk kanak-kanak

SKOR 4/4



Catatan:Kecacatan dichromat merah-hijau, kanak-kanak nampak warna hijau sebagai warna kuning, perang, atau kelabu.



Kecacatan dichromat kuning-biru, kanak-kanak nampak warna kuning atau biru sebagai putih atau kelabu tua.



Kecacatan monochromat, kanak-kanak nampak semua warna sebagai hitam kelabu sahaja.







(ii) Aspek mendiskriminasikan saiz



Arahan: Lihat rajah dalam tiap-tiap baris.

Tunjukkan saiz yang besar sekali.

Tunjukkan saiz yang kecil sekali.



Umur: 3 tahun

















SKOR 2/2







(ii) Teknik pengalih perhatian



Umur: 3 tahun hingga 6 bulan



Arahan: Cari bentuk ini di dalam gambar





Skor: 7/7



(iii) Aspek koordinasi pergerakan mata



Umur: 3 tahun ke atas



Arahan : Letakkan ‘transparency’ di atas rajah.

Kemudian sambungkan rajah-rajah yang berdekatan dengan melukiskan satu garisan di atas ‘transparency’.







Skor: 5/5



(iv) Aspek koordinasi mata tangan dan teknik pengalihan perhatian.



Umur: 3 tahun hingga 6 bulan ke atas.

Alatan: Pen atau pencil “tanpa mata”.

Arahan: Letakkan “transparency” di atas rajah. Cuba ikut garisan yang berwarna… dari kiri ke kanan





(C) Ujian Keluasan Bidang Penglihatan dan Koordinasi Pergerakan Mata.



Umur: 3 tahun



Alatan: Sebilah lidi yang panjangnya 40cm dan sekeping paltisin berwarna putih atau kuning.



Lekatkan plastisin sebesar biji kacang hijau berbentuk sfera di hujung lidi.

Kanak-kanak yang diuji duduk di atas kerusi berhadapan dengan penguji.jarak di antara mereka dua meter.



Arahan 1: Nampak tidak plastisin di hujung lidi ini?

Warna apa?



Baiklah. Sekarang kita menjalankan satu permainan. Sedia?

Ikut pergerakkan plastisin ini dengan biji mata. Jangan pusing kepala. Boleh? Kita cuba.



Gerakkan plastisin perlahan-lahan dari kiri ke kanan. Pastikan biji mata kanak-kanak bergerak dari kiri ke kanan tetapi kepalanya tidak digerakkan. Lihat pergerakkan matanya, teratur atau tidak.



Jika tidak, pergerakkan biji matanya tidak seimbang. Ini boleh menimbulkan masalah membaca. Dia perlu melakukan banyak aktiviti seperti ini.



Arahan 2: Baiklah. Senang saja bukan?

Sekarang lihat plastisin tetapi jangan gerakkan mata.

Jika boleh nampak plastisin, tepuk meja, Boleh?



(Sediakan satu objek untuk kanak-kanak berlatih menumpukan perhatian)

Gerakkan plastisin perlahan-lahan bermula dari mata kiri kearah mata kanan. Apabila meja ditepuk, penguji hendaklah menghenti gerakkan plastisin. Itulah had jarak penglihatan di sebelah kiri kanak-kanak itu.



Bermula dari mata kanan ke arah mata kiri pula. Pergerakkan diberhentikan apabila meja ditepuk. Itulah had jarak penglihatan di sebelah mata kanan kanak-kanak itu.



Jika bidang penglihatan ialah di antara kedua-dua had tadi. Jika jarak ini sempit, kanak-kanak itu akan mengalami sedikit masalah membaca.



Alatan: Bola berbagai-bagai saiz daripada sebesar bola ping pong hingga ke bola keranjang.



Arahan 3: Ambil sebiji bola.

Lambung tinggi-tinggi dan sambut semula.

Lakukan sebanyak tiga kali.



Alatan: Bola berbagai-bagai saiz.



Arahan 4: (bapa/ Emak/ Cikgu) akan golekkan bola di atas meja. Tangkap bola ini apabila sampai ke pembaris boleh. Boleh?

Lakukan sebanyak tiga kali.





















(D) Ujian Pengamatan Penglihatan.



(i) Mengenai simbol

Umur: 2 tahun 6 bulan

Arahan: Cuba adik tunjuk lembu.

Tunjuk arnab.











Skor: 3/3



(ii) Mengenal simbol ringkas.

Umur: 2 tahun 6 ke atas.

Arahan: Ini gambar apa? Jika gambar itu salah suruh dia bandingkan dengan gambar ini dengan ujian (i ) tadi.











Skor: 3/3





(iii) Mengamati tinggi, rendah dan dekat.



Umur: 3 tahun hingga 6 bulan ke atas.

Arahan : Tunjuk pokok yang tinggi sekali. Tunjuk matahari. Mana yang lebih tinggi, matahari atau pokok? lebih tinggi, matahari atau pokok ?









Tunjuk pokok yang rendah sekali. Tunjuk buah-buahan



(iv) Mengamati kedudukan

Umur: 3 tahun 6 bulan ke atas.

Arahan: Tunjuk bola di depan kotak.

Tunjuk bola di dalam kotak.

Tunjuk bola di belakang kotak.

Tunjuk bola di tepi kotak.

Tunjuk bola yang jauh dari kotak.





Skor : 5/5







(v) Penerimaan simbol



Umur: 2 tahun 6 bulan ke atas.



Arahan: Tunjuk…”gunting, kerusi, rama-rama, cawan, van, kunci, meja, but, pokok, ikan.





Skor: 10/10



Sekiranya kanak-kanak yang diuji itu gagal mencapai skor yang diharapkan seperti yang tercatat pada setiap ujian, ditambah pula dengan kekerapan berlakunya petanda-petanda fizikal, kanak-kanak berkenaan sebaik-baiknya dirujuk kepada seorang doktor pakar telinga atau mata. Ini kerana kemungkinan deria-deria pendengaran dan penglihatan kanak-kanak itu cacat. Walau bagaimanapun kemungkinan juga kanak-kanak itu gagal kerana ujian yang dijalankan itu salah ataupun umur kanak-kanak yang diuji itu terlalu muda.



Umur yang dicadangkan untuk tiap-tiap ujian itu hanya anggaran. Terdapat kanak-kanak yang dapat melakukan semua ujian semasa umur 3 tahun 6 bulan. Ini bukan bermakna yang mereka lemah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan yang boleh menjawab semua ujian dengan betul. Jika ini berlaku, rumusan yang boleh dibuat ialah kesediaan kanak-kanak berumur 3 tahun 6 bulan untuk membaca adalah perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun 10 bulan.



Kanak-kanak diuji mungkin juga belum pernah mengalami situasi ujian dan dengan itu jawapannya mengelirukan. Sebagai contoh mungkin kanak-kanak berkenaan belum pernah mendengar bunyi atau melihat gambar dalam ujian tersebut, oleh itu jawapannya tentulah salah. Perlu diingat bahawa tidak semua kanak-kanak mengetahui nama warna atau perkataan ‘but’. Terdapat juga kanak-kanak yang gagal kerana sikap mereka terlalu nakal dan enggan memberi gerak balas seperti yang diharap-harapkan.



Memandangkan masalah yang disebutkan tadi, sebaik-baiknya seseorang pengajar itu perlu menganggap bahawa di samping ujian itu membantu mereka memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, aktiviti itu juga membantu mereka melatih dan mengasuh deria-deria pendengaran atau penglihatan kanak-kanak supaya menjadi lebih aktif dan berkesan. Dengan itu pengajar perlulah membimbing dan menunjuk ajar kanak-kanak yang gagal. Jika masih lagi gagal, ulangi lagi aktiviti ujian sehingga mereka menampakkan peningkatan kemahiran.



Ujian ini tiada kena-mengena dengan ujian kecerdasan. Ujian hanyalah merupakan aktiviti prabacaan yang akan membantu kanak-kanak supaya lebih bersedia untuk mencapai kemahiran membaca.



















CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN.

PENGAMATAN PENGLIHATAN



Mata merupakan komponen utama dalam pengamatan penglihatan. Menurut Hewett dan Forness (1974), penglihatan seseorang ialah 20/200 atau kurang. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan pula sepatutnya berlaku apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. Pengamatan pula hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan ini berkaitan dengan keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, kemudian mengutuskannya melalui sistem saraf ke otak untuk diproses.



Pengamatan penglihatan pula bermaksud mengalami masalah dalam pergerakan mata kanak ke kiri atau kiri ke kanan bagi bacaan teks ataupun bahan bacaan lain. Segala hasil tindak balas keseluruhan sistem deria terutamanya keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, bagi dihantar ke otak melalui sistem saraf amat penting dari segi pemprosesannya di otak. Di sini segala pemprosesan berlaku di hemisfera otak kiri (HOKI) dan hemisfera otak kanan (HOKA).



Antara ciri-ciri kesukaran dalam komponen pengamatan penglihatan ialah dari segi diskriminasi. Di sini, kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan penglihatan tidak boleh untuk membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan. Contohnya, abjad ‘b, d, p’ ramai kanak-kanak yang sukar untuk membezakan abjad yang hampir sama. Hal ini kerana pengamatan mereka tercelaru kerana ketiga-tiga abjad ini hampir sama tetapi sebenarnya berbeza. Begitu juga dengan kedudukan abjad di dalam sepatah perkataan. Lazimnya kanak-kanak mudah mengenali benda, misalnya jika empat objek diletakkan di atas meja, dan satu atau dua objek itu diubah kedudukannya, dia masih mengamati keempat-empat objek itu sebagai sama.



Ciri yang kedua dalam kesukaran komponen pengamatan penglihatan ialah mengingat kembali. Kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan penglihatan ini sukar untuk mengingat kembali apa yang diamati oleh mereka walaupun baru sahaja dilihat. Contohnya apabila seseorang kanak-kanak tersebut ditunjukkan dengan gambar seekor kucing, dan turut diberitahu nama binatang tersebut, namun apabila ditanya kembali nama binatang di dalam gambar tersebut, dia tidak dapat mengingat kembali apa yang baru diamati sebentar tadi.



Orientasi kedudukan ialah ciri kesukaran yang seterusnya dalam pengamatan penglihatan. Di sini, kanak-kanak tidak boleh membezakan kedudukan sesuatu, bentuk, huruf dan nombor. Turutan pula merujuk kepada ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf-huruf dalam perkataan. Contohnya “dia beli kasut.” Tetapi kanak-kanak yang tidak dapat mengingati sesuatu perkataan mengikut susunan huruf tersebut, akan salah atau lupa ayat yang baru diajar kepadanya tadi. Maka secara tidak langsung ayat tersebut akan bertukar menjadi ayat lain seperti “ dia beli ka….. ( kaTAK, kaYU dan kaPAK )”



Selain itu masalah lain yang akan timbul dalam komponen pengamatan penglihatan ialah seperti sukar untuk menyudahkan, melengkapkan atau menyalin nota dan kerja sekolah.pergerakan koordinasi motor seperti mata dan tangan juga lambat kerana rangsangan lambat sampai ke otak. Penglihatan dari jarak jauh turut berubah kerana apa yang dilihat sudah berubah dari bentuk asalnya. Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pemgamatan penglihatan juga sukar untuk menentukan ketetapan bentk atau kedudukan dalam rajah.



Antara lain berlaku juga masalah seperti pembalikan tulisan sehingga sukar untuk membaca. Kadang kala terdapat kesukaran bagi mereka untuk mencari jalan keluar ataupun mazing jika kita memberi latihan berbentuk permainan ataupun silang kata mudah. Selain itu, terlalu payah bagi mereka untuk mencari benda yang tersembunyi di dalam sekeping gambar yang kita berikan kepada mereka untuk dicari dan mengasah minda mereka untuk berfikir melalui permainan.


























































































1.2 KONSEP PENGAMATAN



Manusia mempunyai lima deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Melalui organ-organ deria itu, kita dapat mengesan keadaan di sekeliling. Misalnya, mata membolehkan kita melihat bentuk, jarak dan warna objek; telinga membolehkan kita mendengar pelbagai jenis bunyi; hidung membolehkan kita mencium bau wangi dan busuk; lidah membolehkan kita merasa rasa manis, masin dan pahit; dan kulit membolehkan kita membezakan permukaan kasar atau halus, serta mengesan kesejukan dan kepanasan udara.



Proses-proses itu berlaku disebabkan oleh rangsangan yang dikesan oleh organ-organ deria. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu terbentuk di retina. Ini menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Begitu juga organ-organ deria lain berfungsi untuk mengesan keadaan di alam sekitar, walaupun rangsangannya berbeza-beza, iaitu kulit mengesan rangsangan dengan sentuhan, hidung dan lidah mengesan bahan kimia dan telinga mengesan gelombang bunyi. Semua utusan yang diterima daripada rangsangan itu dihantar ke otak melalui sistem saraf sebagai impuls untuk ditafsirkan dan diinterpretasikan.



Proses mental yang membuat pemerhatian melalui organ-organ deria untuk mengecam objek dan perkara, serta memberi kesedaran tentang kualiti dan pertalian objek dan perkara, disebut pengamatan. Ini bermaksud pengamatan ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman. Pengalaman itu diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui sistem saraf ke otakuntuk ditafsirkan. Akan tetapi, dalam proses pentafsiran itu, pengalaman yang sedang dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lampau. Oleh itu pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran pengalaman baru. Justeru itu, pengamatan melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak balas. Dengan demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualiti dan kuantiti rangsangan. Bahkan kemampuan seseorang membuat pengamatan untuk menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Daripada huraian di atas, pengamatan dapat ditakrifkan sebagai proses mental dalam mentafsir segala objek dan situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh pengalaman lampaunya.



2.0 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI



Kanak-kanak mengamati dengan menggunakan sebelah mata sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Selepas beberapa minggu, kanak-kanak akan menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat dan mengamati sesuatu objek. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak sudah boleh menghala perhatian secara langsung kepada objek yang dilihatnya. Seterusnya kanak-kanak sudah boleh melihat mengikut arah pergerakan objek dan kanak-kanak akan memberi tindak balas sekiranya objek yang mereka lihat itu berwarna garang.



3.0 MENGAPA PENGAMATAN PENTING



Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.



4.0 KOMPONEN DAN JENIS PENGAMATAN



Secara umumnya pengamatan ini adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a ) komponen penglihatan

b ) komponen pendengaran

c ) sensori motor



KOMPONEN PENDENGARAN DAN CIRI-CIRINYA




Tidak semestinya murid yang mengalami masalah pembelajaran mengalami masalah pendengaran. Tetapi majoriti daripada mereka adalah lambat dalam komponen pendengaran ini. Antara tanda awal yang dapat dilihat jika seseorang murid itu mengalami masalah pengamatan pendengaran ini adalah seperti kurang bercakap yakni mereka mengalami masalah bahasa. Mereka juga tidak akan memberi gerak balas jika kita bercakap dengan nada suara yang biasa mereka sebaliknya hanya akan bergerak balas sekiranya kita bercakap dengan nada yang tinggi.



Masalah ini akan menjadi bertambah teruk jika masalah bahasa mereka menjadi tunggang terbalik. Ini dapat dilihat menerusi sebutan ayat yang tidak jelas dan bahasa pertuturannya tidak berkembang dengan cepat sebaliknya berkembang dengan lambat sekali.



Kita biasanya dapat mengetahui bahawa seseorang pelajar itu mengalami masalah pengamatan pendengaran jika pelajar berkenaan bercakap dalam nada suara yang perlahan atau terlalu kuat. Mereka juga selalu meminta supaya soalan atau pernyataan yang dinyatakan guru diulangi beberapa kali. Mereka juga acapkali memerhatikan muka individu yang sedang bercakap dengannya supaya segala apa yang dikeluarkan dari gerak bibir individu dapat difahaminya.



Gejala ini juga dapat dikenal pasti menerusi minat seseorang pelajar itu dalam pelajaran. Mereka selalunya mudah jemu belajar dan kurang kesungguhan dalam belajar.Guru juga dapat melihat menerusi tanda-tanda fizikal seperti telinga pelajar berkenaan bernanah.



Biasanya kecacatan organ telinga seperti gegendang telinga merupakan faktor utama dalam terjadinya masalah pengamatan pendengaran ini. Kebiasaannya pelajar yang mengalami masalah ini mempunyai ketidakbolehan dalam mengenal dan membezakan bunyi, sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan.



Masyarakat umumnya memanggil individu yang mengalami masalah pendengaran ini dengan panggilan pekak. Sebenarnya pekak terbahagi kepada beberapa jenis dan tidak semestinya individu yang pekak itu akan pekak semuanya. Terdapat pelajar yang hanya mengalami keadaan di mana mereka hanya boleh mendengar nada yang tinggi sahaja tetapi tidak dapat mendengar nada yang rendah. Pekak jenis ini dikenali sebagai pekak konduktif. Pekak persepsif pula adalah sebaliknya, mereka yang mengalami masalah ini hanya boleh mendengar nada yang rendah sahaja sebaliknya nada yang tinggi lamgsung tidak dapat didengarinya. Namun begitu terdapat juga individu yang mengalami kedua-dua jenis masalah pekak ini. Pekak jenis ini dipanggil pekak campuran. Orang Malaysia kebiasaannya memanggil individu yang mengalami masalah ini dengan gelaran “ pekak badak”. Gelaran ini adalah tidak sesuai dan menjatuhkan imej dan maruah mereka. Sesuatu haruslah dilakukan supaya pelabelan ini hilang dari fikiran masyarakat kita.



Terdapat juga individu yang mengalami masalah pekak Rikautmen di mana mereka tidak boleh mendengar bunyi yang tidak kuat dan hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi bom dan sebagainya. Selain itu pekak juga boleh terjadi akibat dari sejenis cecair yang menghalang gegendang dari bergetar. Ini dipanggil sebagai Secretury Ottis Media.





AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN



Ujian yang disediakan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bukan sekadar menilai keupayaan deria penglihatan, malahan merangsang kedua-dua deria itu supaya dapat berfungsi dengan berkesan



a) Ujian Pendengaran Refleks Orientasi



Ujian ini penting bagi memerhati refleks seseorang bayi yang baru dilahirkan. Beberapa ujian yang mudah boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan sama ada bayi mengalami kecacatan pendengaran atau tidak. Namun begitu keesahan kecacatan ini hendaklah mendapat kepastian daripada doktor perubatan.







b) Ujian Pendengaran Teknik Pengalih Perhatian



Umur: 3 bulan hingga 2 tahun 6 bulan.



Penguji: Dua orang seperti ibu dan bapa atau dua orang guru. Seorang merekod dan seorang lagi membunyikan sesuatu.



Situasi: Semasa ujian dijalankan, kanak-kanak berkenaan diberi alat mainan dan menumpukan perhatiannya kepada alat mainan tadi sehingga dia tidak sedar apa yang dilakukan oleh penguji dibelakangnya.



Ujian: Penguji menyembunyikan sesuatu di belakang telinga bayi. Kedudukan objek yang dibunyikan ialah 5 di atas paras tiap-tiap telinga dan 46 cm di belakang tiap-tiap telinga. Penguji yang seorang lagi memerhati dan merekod sebarang gerak balas yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.







Refleks bayi yang baru lahir



Jenis Refleks Bentuk Rangsangan Ujian Gerak Balas Keadaan kesimpulan

Kelipan mata Cahaya disuluhkan ke biji mata bayi ataupun menepuk tangan dengan jarak 30 cm di atas muka bayi yang terlentang. Bayi mengelipkan mata dengan cepat. Refleks ini kekal. Jika bayi tidak bergerak balas, kemungkinan dia mengalami cacat penglihatan atau pendengaran

Refleks Moro Mengejutkan bayi dengan tepukan atau ketukan tin kosong, loceng atau wisel di atas muka bayi yang terlentang. Bayi akan menghulurkan kedua-dua belah lengannya ke arah keluar dari sisi badannya kemudian mengembalikan semula kedua-dua belah lengannya kea rah dadanya seolah-olah memeluk sesuatu. Refleks ini akan hilang apabila bayi berumur 3 atau 4 bulan. Jika bayi tidak memberikan gerak balas, kemungkinan sistem saraf tunjangnya cacat. Jika gerak balasnya masih kekal selepas 6 bulan, sistem saraf tunjangnya mengalami kecacatan.

Refleks Babinski Gariskan tapak kaki bayi dari ibu jari kaki ke tumit dengan lidi atau pensil. Ibu jari kaki dipanjangkan dan anak jari kaki lain ‘terbuka’ Refleks ini akan hilang apabila bayi berumur 8 bulan hingga setahun Jika bayi tidak memberikan gerak balas, kemungkinan bahagian bawah tulang belakangnnya cacat.

Memerhati dan menoleh ke arah bunyi Bunyikan alat permaian mai di sisi atau di belakang bayi. Bayi memberi tumpuan ke arah bunyi. Kekal. Jika tidak memberi gerak balas, bayi mungkin pekak.

Alatan: Drum, xylophone atau alat mainan yang mengeluarkan bunyi seperti seekor tikus mainan. Kekuatan bunyi daripada alatan ini ialah 75db (decibel)



Bunyi ronyokan kertas, ketukan sudu pada mulut gelas, atau bunyi suara perlahan yang mempunyai kekuatan bunyi di antara 40 hingga 60dB.



Umur Gerak Balas Kesimpulan

3 hingga 6 bulan Menoleh ke belakang dan mata bertindak mencari arah bunyi, atau petanda lain yang menunjukkan bahawa dia mendengar bunyi itu.

Gerak balas yang diberi biasanya sekali sahaja. Pendengaran normal

6 hingga 8 bulan Memberi gerak balas kepada bunyi yang biasa didengar. Normal

9 hingga 14 bulan Memberi gerak balas kepada bunyi yang biasa didengar. Normal

14 hingga 24 bulan Memberi gerak balas kepada bunyi percakapan. Normal



c) Ujian Pendengaran Teknik Pelaziman

Ujian ini bertujuan supaya kanak-kanak dapat menunjukkan kad warna setelah mendengar bunyi daripada satu alat yang telah ditetapkan atau dilazimkan dengan betul.

Kad warna Alatan bunyi



Wisel (mempunyai bebola)

Siti atau wisel tanpa bebola

Botol kosong

Ronyokan kertas

Koyakan perca kain



Umur Punca Bunyi Skor

3 tahun

3 tahun 6 bulan

4 tahun

4 tahun 6 bulan

5 tahun ke atas Satu bunyi dengan satu kad warna

Dua bunyi dengan dua kad warna

Tiga bunyi dengan tiga kad warna

Empat bunyi dengan empat kad warna

Lima bunyi dengan lima kad warna 5/5

5/5

5/5

5/5

5/5





Alatan: Seperti di atas.

Lain-lain alatan boleh digunakan.

Begitu juga dengan kad-kad warna.



Perhatian: Umur yang dicadangkan merupakan anggaran sahaja.

Ujian ini tidak ada kena-mengena dengan ujian kecerdasan.









Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat memadankan kad merah dengan bunyi wisel sahaja.

Untuk bunyi benda yang lain, kanak-kanak ‘memeluk tubuh’.

Umur : 3 tahun

Kaedah : (Huruf tebal ialah arahan penguji)

Mari adik kita main bunyi.

Apabila (bapa/ayah/abah/emak/ibu/cikgu) membunyikan ini (tiub wisel tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Boleh?

Kita cuba.

Penguji meniup wisel dan kanak-kanak menunjukkan kad merah.

Betul. Bagus (Penguji bertepuk tangan)

Penguji meniup siti (sejenis wisel).

Jika kanak-kanak yang diuji menunjukkan kad merah, katakan

Tak betul. Bunyinya lain. Adik perlu peluk tubuh. Bunyi ini saja yang adik boleh tunjuk kad merah.

Penguji meniup wisel.

Faham?

Ulangi aktiviti ini sebagai pelaziman sehingga penguji menganggap yang diuji boleh menjawab dengan betul.

Tadi kita baru mencuba.

Sekarang kita main betul-betul.

Sedia?

Tiup wisel. Jika gerak balas betul, berilah ganjaran seperti sebiji gula-gula, pujian ataupun tepukan.

Skor : 1/1

Tiup siti. Gerak balasnya memeluk tubuh.

Tiup wisel. Gerak balasnya dengan menunjuk kad merah.

Skor : 2/2



Tiup botol.

Tiup wisel.

Tiup siti.

Skor : 3/3





Objektif : Kanak-kanak yang dapat memadankan antara :

(a) bunyi wisel dengan kad merah; dan

(b) bunyi siti dengan kad biru.

Umur : 3 tahun 6 bulan

Kaedah : (Huruf tebal ialah arahan penguji)

Nak main bunyi lagi?

Apabila (bapa/ayah/emak/ibu/cikgu) membunyikan ini (tiup wisel tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Boleh?

Mari kita cuba.

Penguji meniup wisel.

Kanak-kanak yang diuji menunjukkan kad merah.

Bagus. Penguji bertepuk tangan.

Sekiranya gerak balas salah. Ulangi penerangan.

Tak betul.

Mari kita mula sekali lagi.

Apabila dianggap yang diuji sudah sedia untuk diuji, teruskan aktiviti seperti yang berikut :

Letakkan ‘poliysterine screen’ di antara penguji dengan kanak-kanak yang diuji.

Sekarang kita hendak main bunyi betul-betul.

Jika (bapa/ayah/abah/emak/ibu/cikgu) meniup ini (tiup wisel tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Jika (bapa/ayah/abah/emak/ibu/cikgu) membunyikan ini pula (tiup siti tiga kali) adik tunjukkan kad biru.

Boleh?

Jika adik mendengar bunyi lain, jangan tunjuk apa-apa dan peluk tubuh.

Dengar baik-baik.Tiup siti.

Tiup wisel.

Jika gerak balas kanak-kanak itu betul berilah ganjaran seperti pujian, bertepuk tangan dan sebiji gula-gula.

Skor : 2/2

Jika gerak balas salah, ulangi aktiviti. Jika kanak-kanak masih melakukan kesalahan ini bermakna pendengarannya tercelaru.

Jika semua betul, lakukan aktiviti peneguhan seperti yang berikut :

Ronyok kertas.

Tiup siti.

Tiup botol kosong.

Tiup wisel.

Skor : 4/4

Tiup botol.

Koyak perca kain.

Tiup wisel.

Ronyok kertas.

Tiup siti.

Skor : 5/5

Skor yang terakhir ini perlu diberi perhatian dalam memenuhi objektif aktiviti.

Catatan :

Oleh sebab objektif ujian adalah untuk menilai ketajaman pendengaran, jika matlamat skor tidak tercapai, ulangi aktiviti tersebut. Jika masih lagi gagal, pengesahan doktor diperlukan.

Beralihlah kepada ujian lain setelah matlamat akhir iaitu skor terakhir (5/5) tercapai.







Objektif : Kanak-kanak dapat menyesuaikan :

(a) bunyi wisel dengan kad merh.

(b) Bunyi siti dengan kad biru; dan

(c) Bunyi botol kosong dengan kad kuning.

Umur : 4 tahun

Kaedah : (Huruf tebal ialah arahan penguji)

Adik dengar baik-baik. Boleh?

Apabila dengar bunyi ini (tiup wisel tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Apabila dengar bunyi ini (tiup botol kosong tiga kali) adik tunjukkan kad kuning.

Boleh?

Kita cuba dulu.

Tiup wisel.

Tiup siti.

Tiup botol kosong.

Skor : 3/3

Jika gerak balasnya betul, beri ganjaran. Jika gerak balasnya salah, ulangi penerangan.

Jika adik mendengar bunyi lain, jangan tunjuk sebarang kad, tetapi peluk tubuh sahaja.

Faham?

Kita cuba.

Ronyok kertas.

Koyak perca kain.

Jika gerak balas salah, ulangi penerangan.

Skor : 2/2

Letakkan ‘polysterine screen’ di antara penguji dengan kanak-kanak yang diuji supaya kanak-kanak tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh penguji.



Tiup wisel.

Ronyok kertas.

Koyak perca kain.

Tiup botol kosong.

Tiup siti.

Skor : 5/5

Tiup siti.

Tiup botol.

Tiup wisel.

Ronyok kertas.

Skor : 4/4



Tiup siti.

Tiup botol.

Koyak perca kain.

Tiup wisel.

Ronyok kertas.

Skor : 5/5

Ulangi ujian seperti tadi.

Sekatan pemidang polisterin di antara penguji dengan kanak-kanak yang diuji bertujuan supaya kanak-kanak yang diuji tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh penguji.

Skor ujian ini perlu diambil kira dalam memenuhi objektif aktiviti.







Objektif : Kanak-kanak dapat menyesuaikan :

(a) bunyi wisel dengan kad merah;

(b) bunyi siti dengan kad biru;

(c) bunyi botol kosong dengan kad kuning; dan

(d) bunyi ronyokan kertas dengan kad putih.

Umur : 4 tahun 6 bulan

Kaedah : ( Huruf tebal ialah arahan penguji)

Adik dengar baik-baik. Apabila dengar bunyi ini (tiup wisel tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Bunyi ini (tiup siti tiga kali) adik tunjuk kad biru.

Bunyi ini (ronyok kertas tiga kali) adik tunjukkan kad putih.

Ingat atau tidak?

Kita cuba sekarang.

Tiup wisel.

Tiup siti.

Tiup botol kosong.

Ronyok kertas.

Bagus. Tadi semua betul.

(Jika gerak balas salah, ulangi penerangan sehingga dipercayai kanak-kanak yang diuji betul-betul memahaminya.

Sekarang, kita cuba.

Letakkan pemidang di antara penguji dengaan kanak-kanak yang diuji.

Jika adik mendengar bunyi lain daripada wisel, siti dan botol, adik peluk tubuh sahaja. Sedia?

Tiuop botol.

Ronyok kertas.

Koyak perca kain.

Tiup siti.

Tiup wisel.

Skor : 5/5

Jika skor kurang, ulangi aktiviti sehingga skor menjadi 5/5. Jika masih lagi gagal. Jika masih lagi gagal, pengesahan doktor diperlukan.







Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat menyesuikan :

(a) bunyi wisel dengan kad merah;

(b) bunyi siti dengn kad biru;

(c) bunyi botol kosong dengan kad kuning;

(d) bunyi ronyokan kertas dengn kad putih; dan

(e) bunyi koyakan perca kain dengan kad hijau

Umur : 5 tahun ke atas

Kaedah : ( huruf tebal ialah penerangan dan arahan penguji)

Adik dengar baik-baik.

Apabila dengar bunyi wisel ini (tiup tiga kali) adik tunjukkan kad merah.

Bunyi ini (tiup siri tiga kli) adik tunjukkan kad biru.

Bunyi ini (tiup botol kosong tiga kali)

Kad kuning.

Bunyi ini (Ronyok kertas tiga kali)

Kad putih.

Bunyi ini

(Koyak perca kain)

Kad hijau.

Boleh?

Kita cuba dulu. Sedia?

Tiup tiap-tiap satu alatan dan ronyokkan kertas serta koyakkan perca kain.

Jika gerak balas betul, berikan pujian.

Adakan pemidang antara penguji dengan kanak-kanak yang diuji.

Ronyok kertas.

Tiup siti.

Koyak perca kain.

Tiup wisel.

Tiup botol kosong.

Skor : 5/5

Aktiviti peneguhan : Ubah susunan ujian.

Tiup botol.

Koyak perca kain.

Ronyok kerts.

Tiup siti.

Tiup wisel.

Skor : 5/5

Jika gagal, ujian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diuji masih tercelaru pendengaran. Teruskan ujian. Jika gagal juga, dapatkan pengesahan doktor pula.



(d) Gerak Balas Kepada Suara

Objektif : Kanak-kanak yang diuji boleh menunjukkan gambar dengan betul.

Umur : 2 tahun 6 bulan ke atas

Alatan : Gambar rajah yang mengandungi objek-objek seperti pen, tin, buku, botol, getah pemadam, pembaris, kertas, radio, bunga dan penggosok papan tulis.

Objek-objek gangguan seperti alas meja, bekas kaca bunga, kalendar meja, jam meja dan lain-lain, dimasukkan juga ke dalam gambar rajah tersebut.

Kaedah : (Huruf tebal ialah penerangan dan arahan penguji)

Tengok gambar ini.

Ada banyak benda di atas meja.

Ini pen.

Ini tin, dan seterusnya.

Baiklah.

Penguji duduk di sebelah kanak-kanak yang diuji dan bersuara dengan nada biasa.

Tunjuk………………… (Penguji menyebut 10 objek yang bukan gangguan)

Jika skor kurang daripada 10, mungkin daya ingatannya kurang tajam.

Ulangi penerangan.



Tanda-tanda gangguan yang diambil kira ialah kanak-kanak selalu bertanya, apa, ataupun di suka melihat muka penguji.

Ulangi ujian tetapi penguji duduk di sebelah kiri.

Ulangi ujian dengan nada suara yang lebih perlahan.

Susunan objek diubah.

Skor : 10/10

(e) Ujian Pengamatan Pendengaran

(i) Memadankan bunyi dengan alat

Objektif : Kanak-kanak dapat mengenal pasti bunyi dengan cara memadankan bunyi dengan alat yang digunakan dengan betul.

Kebolehan ini bererti bahawa pengamatan pendengarannya tidak mengalami apa-apa kecacatan.

Umur : 2 tahun 6 bulan ke atas

Alatan : Bunyi-bunyian seperti gendang, tempurung, botol, tin, buluh atau tepukan tangan serta topeng.

Kaedah : (Huruf tebal ialah penerangan dan arahan penguji)

Mari kita main teka bunyi. Sedia.

Pegang dan tunjuk gendang.

Ini gendang.

Bunyinya…..(penguji memalu gendang)

Apa nama benda ini?

Jika gerak balasnya betul, beri ganjaran seperti pujian, tepukan, hadiah sebiji gula-gula atau lain-lain. Jika salah, terangkan semula sehingga jawapannya betul.

Lakukan juga untuk alatan seperti tempurung, botol, tin, buluh dan tepukan.

Ini topeng. Cuba pakai.

Nampak tak?

Gerak balasnya mesti tidak.

Dengar baik-baik.

Pukul gendang tiga kali.

Bunyi apa?

Begitulah seterusnya dengan lima alat sahaja yang digunakan.

Skor : 5/5

Jika skornya kurang daripada 5. Ulangi aktiviti ini sehingga kanak-kanak itu mendapat skor 5/5.

(ii) Menamakan punca bunyi

Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat menamakan punca bunyi yang didengarinya dengan betul.

Umur : 3 tahun ke atas

Alatan : Perakam pita.

Pita rakaman bunyi seperti berikut :

(i) titisan air

(ii) api yang menyala

(iii) bola ping pong jatuh ke lantai

(iv) kertas yang dikoyakkan bunyi kipas angin



Kaedah : (Huruf tebal ialah penerangan dan arahan penguji)

Ini pita rakaman.

Bapa/emak/cikgu masukkan pita ini.

Sekarang dengar baik-baik.

Itu bunyi apa?

Pastikan semua jawapan betul.

Jika tidak, perlulah diterangkan satu persatu bunyi rakaman kepadanya.

Setelah dipastikan bahawa kanak-kanak yang diuji boleh menjawab, mulakan ujian.

Itu bunyi apa?

Dan seterusnya.

Skor : 5/5

Bunyi-bunyian lain seperti bunyi binatang, kenderaan, alat muzik atau suara rakan boleh digunakan. Pertimbangan perlu diberi kepada umur kanak-kanak yang diuji supaya ujian seimbang dengan kebolehan dan peringkat umur mereka.



(ii) Meneka objek

Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat meneka objek-objek di dalam tin dengan tepat.

Umur : 3 tahun ke atas.

Alatan : Lima tin (tin milo, tin tenis dan sebagainya), pasir, batu-batu kecil, air, dua biji bola ping pong dan kapas. Kelima-lima saiz tin mestilah sama dan begitulah juga dengan warnanya.

Kaedah : (Huruf tebal ialah penerangan dan arahan penguji)

Masukkan tiap-tiap bahan yang disebutkan tadi ke dalam tin yang berasingan. Kemudian goncangkan tin itu.

Baiklah. Sekarang kita hendak main teka benda dalam tiap-tiap tin.

Sedia?

Penguji mengambil satu tin dan goncangkannya.

Apa yang ada di dalam tin ini?

Lakukan sedemikian unttuk bahan yang seterusnya.

Skor : 5/5

Jika skor kurang, ulangi aktiviti ini sehingga kanak-kanak mencapai skor 5/5.



(iv) Membunyikan rentak

Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat membunyikan rentak dengan tepat.

Umur : 3 tahun ke atas

Alatan : Gendang, tempurung, tin dan alatan lain yang boleh dibunyikan.

Kaedah : (Huruf tebal ialah penerangan atau penguji)

Dengar baik-baik.

(bapa/emak/cikgu) akan bunyikan tiga kali.

Sedia?

Cuba ikut.

Jika gerak balasnya betul, katakan kepadanya bagus.

Majukan berbagai-bagai rentak lain.



(v) Menyebut suku kata

Objektif : Kanak-kanak yang diuji dapat mengikut sebutan suku kata dengan fasih dan betul.

Umur : 3 tahun ke atas

Kaedah : (Huruf tebal ialah arahan penguji)

Latihan 1 hingga 5 tidak mengikut susunn vokal untuk mengelakkan kanak-kanak yang diuji ‘meneka’ sebutan vokal.

Mari kita main bunyi.

Ikut apa (bapa/emak/cikgu) kata.

Sedia?





pa fa

mu nu

di bi

pe be (e ialah e taling)

so co

ke le (e ialah e pepet) Skor : 6/6





dam pam

pam lut

tin pin

pen sen (e ialah e taling)

lot pot

fen ten (e ialah e pepet)







palam dalam

buku duku

sidi sipi

kolot bolot

lecek kecek (e ialah e taling)

kena bena (e ialah e pepet)

Skor : 6/6











bangau dangau

sunyi bunyi

nona nyonya

pipih pilih

perca pecah (e ialah e pepet)

kelapa kepala

Skor : 6/6





ini titi siti

papa kata bata

Skor : 6/6



Perhatian : Semasa mengulangi suku kata, turutan dan sebutan mestilah fasih. Kanak-kanak tidak perlu membaca perkataan, kanak-kanak diminta menyebutkannya semula sahaja. Jika disoal tentang makna perkataan barulah diberitahu maknanya.







PENGAMATAN PENDENGARAN



Selain dari organ pancaindera iaitu mata, telinga juga merupakan salah satu dari organ deria untuk pengamatan.seseorang yang mengalami masalah pendengaran ialah orang yang tidak boleh mendengar atau memahami percakapan atau bunyi yang lain. Masalah pendengaran bukanlah seperti kecacatan fizikal. Ianya adalah satu bentuk masalah yang tersembunyi yang hanya akan diketahui apabila kita hendak berkomunikasi dengan mereka.



Tidak semua orang yang mengalami masalah ini tidak boleh mendengar langsung. Ramai murid di sekolah umpamanya, dapat mendengar dan bercakap tetapi di dalam lingkungan yang terhad. Menurut kamus dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.



Terdapat dua kategori kanak-kanak kurang upaya pendengaran iaitu separuh pekak dan pekak. Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Braill, Mac Neil dan Newman, 1986). Kategori pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan ini diperolehi sama ada sebelum, semasa atau selepas kelahiran (Braill, Mac Neil dan Newman 1986).



Menurut Paul dan Quigley (1990), seseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan pendengarannya, memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa pendengaran. Menurut Northem dan Lemme (1982), untuk memahami pertuturan, kita hanya perlu 10 hingga 15 dB (desibel) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran.





























Rajah 1



Rajah 1 menunjukkan graf keupayaan mendengar dalam desibel (dB) melawan frekuensi dalam hertz (Hz).



Menurut Daneil P. Hallhan dan James Kaufman (1997), terdapat enam peringkat atau kategori kurang upaya pendengaran.



Darjah Kategori Tahap pendengaran Penempatan

lebih daripada 26 dB Normal Boleh mendengar. Sekolah biasa.

27 hingga 40 dB Sedikit. Boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin tidak menyedari beberapa bunyi konsonan. Sekolah biasa dengan menggunakan alat bantu mengajar.

41 hingga 55 dB Ringan atau sederhana. Dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang kuat sahaja. Boleh mendengar pertuturan pada jarak 3 hingga 5 kaki. Perlu perhatian dari sekolah biasa dengan alat bantu dengar dengan yang ada guru khas. Ditempatkan sebahagian hari di sekolah biasa dan kelas khas.

56 hingga 70 dB Sederhana teruk. Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam pertuturan biasa. Ditempatkan di sekolah bercantum atau kelas khas.

71 hingga 90 dB Teruk. Tidak dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan. Ditempatkan di sekolah bercantum atau kelas khas.



91 dB ke atas Sangat teruk. Tidak dapat mendengar langsung bunyi-bunyi pertuturan dan lain-lain bunyi. Menghadapi masalah kerencatan bahasa, kesukaran bahasa dan tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya.







Terdapat beberapa ciri kesukaran dalam komponen pengamatan pendengaran. Antaranya adalah diskriminasi. Kanak-kanak yang mengalami masalah diskriminasi ini tidak boleh untuk mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Contohnya kanak-kanak tersebut diberikan aktiviti mendiskriminasi nama abjad yang hampir sama contohnya huruf “ p,d,b”. Namun kanak-kanak tersebut tidak dapat mengenal huruf, ataupun tidak dapat membezakan rentak irama huruf yang hampir sama walaupun setelah mendengar arahan dalam bentuk ayat yang menekankan kata sendi.



Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah pekak konduktif juga merupakan salah satu daripada ciri kesukaran dalam pengamatan pendengaran. Hal ini kerana, pekak konduktif punca kepekakan ini biasanya berlaku di bahagian telinga luar atau tengah yang bilazim atau abnormal. Kepekakan jenis ini juga dikenali sebagai pekak terhalang atau conductive deafness. Contoh keadaan pekak terhalang adalah seperti yang berikut:

i Atresia merupakan suatu keadaan yang saluran pendengaran di bahagian telinga luar tertutup atau tidak wujud langsung. Keadaan ini boleh diatasi dengan melakukan pembedahan apabila kanak-kanak berumur 18 bulan.

ii Eksternal Otitis pula disebabkan oleh jangkitan yang berlaku di bahagian saluran telinga luar.

iii Terlalu banyak tahi telinga atau cerumen.

iv Secretory Otitis media pula disebabkan kerana bahagian telinga tengah bernanah dan terdapat cecair yang menyakat getaran telinga.

v. lelangit rekah disebabkan oleh pembentukan bahagian telinga tengah yang tidak normal.

vi. Dysacusis merupakan suatu keadaan kecacatan deria yang mengakibat kesulitan untuk memahami bahasa pertuturan.

vii. Tinitus pula suatu keadaan bunyi bising yang sentiasa kedengaran di dalam telinga.



Terdapat satu lagi jenis kepekakan yang disebabkan oleh warisan baka yang “lemah”. Kepekakan ini dikenali sebagai pekak pengamatan atau “perceptive deafness”. Contoh pekak pengamatan adalah seperti berikut:

i. Down’s syndrome : Kanak-kanak ini dilahirkan bodoh dan bentuk matanya sepet. Keadaan pekak ini berlaku kerana dipercayai mereka mewarisi tiga kromosom pada pasangan kromosom 21.

ii. Hurler’s syndrome : Kanak-kanak ini dilahirkan terencat akal. Bentuk badan dan lehernya pendek, rambutnya kasar dan mulutnya selalu ternganga.

iii. Pendred’s syndrome : Kanak-kanak ini dilahirkan terencat akal dan kelenjar gondoknya (halkum) besar.

iv. Waardendurg syndrome : Kanak-kanak ini dilahirkan balar. Kulit, rambut serta semua bulu roma di badan kanak-kanak itu berwarna putih. Sesetengah mereka ada yang mengalami pekak pengamatan.

v. Usher’s syndrome : Sindrom ini dikenali sebagai retinitis pigmentosa atau rabun malam. Ada juga jenis sindrom ini yang berkaitan dengan ataxia atau sejenis terencat akal yang menunjukkan pergerakan yang bilazim atau pergerakan tidak normal.

vi. Banana syndrome : Keadaan kanak-kanak yang mewarisinya tidak dapat mendengar sesetengah intonasi suku kata dalam sepatah perkataan. Contohnya : Perkataan MENAMPAKKAN didengari sebagai ME…AN atau perkataan TERLANJUR-LANJUR didengar sebagai TER…JUR…JUR. Keadaan ini akan menimbulkan masalah membaca.